fbpx
Now Reading
Adik Kerap Tulis Ayat Al-Quran Demi Hafalan – Abang Mangsa Nahas Bas UPSI

Adik Kerap Tulis Ayat Al-Quran Demi Hafalan – Abang Mangsa Nahas Bas UPSI

Allahyarhamah Nurly Shahirah Azman iaitu salah seorang mangsa kemalangan bas melibatkan pelajar UPSI merupakan hafizah 30 juzuk al-Quran.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Insiden kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Banun, Gerik pada 9 Jun yang meragut nyawa 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sememangnya membuatkan ramai hiba.

Malah, ramai di kalangan ahli keluarga masih belum dapat menerima insan tersayang hilang sekelip mata lebih-lebih lagi selepas menyambut perayaan Hari Raya Aidiladha bersama.

Menurut laporan polis, siasatan awal mendapati bas persiaran yang dinaiki para pelajar itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik di laluan berbukit.

Awal pagi tadi, jenazah 14 pelajar UPSI yang terkorban sudah pun disolatkan di Masjid Hadhari, Jerteh dan dibawa ke tanah perkuburan. Manakala seorang lagi mangsa insiden, dikebumikan kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pasir Badak, Hulu Besut.

Baca Artikel Berkaitan: Nahas Bas UPSI: Negara Terus Berduka, Sultan Nazrin Titah Langkah Pencegahan Diambil

Baca Artikel Berkaitan: Nahas Bas UPSI: Pemandu Ada Rekod 18 Saman, Kebanyakan Kesalahan Kerana Memandu Laju

Baca Artikel Berkaitan: Nahas Bas UPSI: Mangsa Maut Dikategori Syahid Akhirat – Mufti Pulau Pinang

Nurly Shahirah Jadikan Bacaan & Hafalan Al-Quran Sebagai Rutin

Terbaharu, abang kepada Allahyarhamah Nurly Shahirah Azman, 23, iaitu salah seorang mangsa nahas kemalangan tersebut turut berduka cita dan tidak dapat menahan sebak tentang peristiwa yang menimpa adiknya.

Jelas lelaki dikenali sebagai Najmuddin itu, si adik, merupakan seorang yang rajin dalam pembelajaran ilmu kitab suci.

Memetik Sinar Harian, Nurly Shahirah merupakan seorang hafizah yang menghafal 30 juzuk al-Quran. Menurut Najmuddin, adik bongsunya sering mengamalkan bacaan kitab suci al-Quran pada setiap malam sejak kecil.

“Antara koleksi tahiri (ujian penulisan ayat al-Quran) arwah. Arwah suka mengulang Quran dan tulis (ayat) al-Quran satu (per satu) guna tangan untuk kuatkan hafalan.

“Berpusu-pusu media call aku dik tanya apa amalan kau. Ada media bagi tahu dekat tempat kejadian wangi sangat. Dik, kau jaga al-Quran sangat-sangat baik. Kau tak pernah terlepas mengulang al-Quran setiap hari,” katanya.

Allahyarhamah Dikenali Sebagai Insan Yang Baik Hati

Dedah si abang, Nurly merupakan seorang anak yang baik hati dan berbakti kepada keluarganya. Bukan itu sahaja, guru-guru sekolah rendah dan di peringkat menengah juga bersetuju dengan perkara sama.

“Aku saksi kau dik, hari-hari tak pernah lekang dengan al-Quran. Hari-hari kau ulang (hafal) Quran. Kau adik yang baik Nurly, syurga buat mu dik,” luahnya.

Menurut rakan mangsa, dipetik Kosmo, dia mendedahkan bahawa Nurly pergi menghadap Ilahi bersama kitab suci al-Quran dalam pelukan.

Perkara sama turut disahkan oleh Najmuddin di salah satu hantarannya.

Sumber: TikTok

Nurly Adalah Harapan Keluarga Tercinta

Sementara itu, abang sulung mangsa, Mohd Farid Firdaus Azman, 36, berkata, Nurly Shahirah yang merupakan bekas pelajar SM Imtiaz Besut, bercita-cita menjadi seorang guru pendidikan khas.

Allahayarmah juga dijadualkan untuk mengikuti latihan praktikal bermula Ogos depan. Pun begitu, impian menjadi pendidik dan berkhidmat kepada masyarakat itu tidak kesampaian.

“Arwah simpan cita-citanya sejak kecil untuk jadi pendidik dan kami sekeluarga amat terkejut dengan tragedi ini.

“Walaupun Nurly merupakan harapan keluarga, kami sekeluarga reda dengan takdir yang menimpa,” ujarnya.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Bas Bawa Pelajar UPSI Terbalik Di Jalan Jeli – Gerik, 15 Maut & Tujuh Parah

Baca Artikel Berkaitan: “Respect Keluarga Mereka” – Gambar AI Pelajar UPSI Tular Cetus Perdebatan Netizen

Baca Artikel Berkaitan: Nahas Bas UPSI: “Hantar Anak Malam Tadi, Pagi Ini Dapat Tahu Dia Meninggal Dunia” – Ibu

Orang Ramai Tersentuh Baca Kisah Nurly Dalam Menyanjungi Al-Quran

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai turut meluahkan rasa sebak membaca perkongsian abang mangsa nahas itu.

“Dia sangat menjaga al-Quran dan sekarang satu negara mendoakan untuk dia. Pengakhiran yang sangat indah,” kata seorang wanita.

Malah netizen juga berasa terharu mendengar amalan Nurly sepanjang berada di dunia ini.

“Pengakhiran yang sangat-sangat dicemburui. Ujian bagi keluarga, tapi nikmat syurga Allah balas untuk beliau. Insya-Allah,” ujar seorang lelaki.

Sementara itu, orang ramai turut tidak terlepas untuk mendoakan arwah serta ahli keluarga yang lain.

“Orang baik-baik Allah sayang, Allah ambil dulu. Semoga diberi pahala yang besar buat ahli keluarga yang ditinggalkan. Anak yang baik,” luah seorang pengguna Facebook.

Sumber: Facebook Najmuddin Azman
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.