Tindakan Buang Najis Ketika Cuci Perut Lembu Di Sungai Undang Pelbagai Reaksi [Video]
Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan individu berkenaan membasuh perut lembu dan najis di sungai air yang mengalir deras.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pada Sabtu (7 Jun) yang lalu seluruh umat Islam di Malaysia ini telah menyambut Hari Raya Aidiladha dan setiap kali tibanya perayaan ini ramai yang tidak melepaskan peluang untuk membuat ibadah korban.
Apabila melakukan ibadah korban ramai yang bergotong-royong dan saling membantu untuk menguruskannya daripada proses penyembelihan, melapah, mencuci termasuklah pengagihan daging kepada orang ramai.
Meskipun perayaan ini disambut dengan meriah namun ia juga membawa seribu keinsafan kepada orang ramai dalam memahami maksud sebenar kepada ibadah korban yang dilakukan.
Tindakan individu cuci perut dan najis lembu dalam sungai raih perhatian
Baru-baru ini, tular satu video memaparkan tindakan beberapa individu yang dilihat terlibat dalam proses mencuci organ dalaman haiwan korban di sebuah sungai.
Menerusi video tersebut, awalnya kelihatan dua individu memegang satu besen yang berisi perut lembu untuk dicuci.
Namun apa yang menjadi perhatian, kelihatan mereka membersihkan perut lembu yang berisi najis secara terus di dalam sungai berkenaan.
Air jadi hijau sebaik najis dibuang dalam sungai
Perkara itu membuatkan air yang mengalir menjadi hijau sehingga kulit pada bahagian perut bersih dari najis-najis haiwan itu.
Malah turut kelihatan seorang individu turut mencuci kulit tersebut di bahagian depan dan belakang dengan hanya menggunakan air sungai yang mengalir deras.
“Cara mudah cuci perut lembu,” tulis individu berkenaan di dalam video.
Tindakan cuci perut dan najis dalam sungai raih pelbagai reaksi
Tindakan individu berkenaan kemudiannya telah mendapat pelbagai rekasi di kalangan orang ramai yang menonton video tersebut.
Ini kerana ada yang berpendapat ia adalah satu tindakan yang tidak wajar dan mencemarkan kawasan sungai dengan membuang bahan seperti najis ke dalam air bersih berkenaan.
Bukan hanya itu, ada yang berpendapat tindakan membuang najis tersebut ke dalam sungai boleh merosakkan ekosistem sungai berkenaan dan mengatakan ia lebih baik jika ditanam.
Malah ada yang mengecam tindakan tersebut dan meminta orang ramai untuk tidak menormalisasikan perkara itu.
Namun ada segelintir merasakan ia tidak memberi kesan kerana air sungai sentiasa mengalir dan dilakukan sejak dahulu lagi.
Tidak kurang ada yang mengatakan dalam perut lembu tersebut hanya mengandungi rumput yang menjadi makanan haiwan berkenaan.
Video sama turut tular di X dan mendapat reaksi yang sama di kalangan orang ramai.
@muhammadhussaini04 Alhamdulillah kerja jadi mudah & cepat…🤲🤲 #rayakorban #aidiladha25 #basuhperutlembu ♬ suara asli – ŕìèď♡ñe⁹⁹
Tindakan basuh najis dan perut lembu di sungai undang kemudaratan
Susulan daripada perkara itu, Public Health Malaysia (PHM) kemudiannya tampil menjelaskan perbuatan membasuh najis dan perut lembu secara terus ke dalam sungai membawa lebih banyak kemudaratan dari kebaikan.
Ini kerana najis terbabit mengandungi bakteria berbahaya seperti E.coli dan Salmonella. Selain itu, najis juga boleh menyebabkan ikan mati, air menjadi keruh, berbau busuk serta mikroorganisma semula jadi terganggu.
Pengendalian organ dalaman dan najis seharusnya dilakukan sekurang-kuranganya 50 hingga 10 meter dari sungai, longkang serta sumber air awam
Oleh itu, PHM turut memberi saranan atau cadangan untuk mencuci perut haiwan seperti:
- Menyediakan lubang najis atau tong najis khas yang dikambus selepas digunakan.
- Perut dan usus tidak boleh dibasuh di sungai.
- Najis dan organ buangan dikumpulkan dalam plastik hitam tebal dan dihantar ke tapak pelupusan.
- Sisa haiwan ditanam dalam lubang dalam, jauh dari sungai dan rumah.
- Jangan biarkan sisa terbuka adalah dimakan haiwan liar.

“Sungai itu hidup, ia bukan tong sampah dan setiap air yang mengalir akan sampai ke tumbuh manusia juga, kita sendiri atau anak kita nanti,” katanya.

Berikut adalah komen netizen:
“Itu bukan tahi lembu. Ini CUD (rumput atau makanan separa cerna untuk dimamah semula). Tahi tak dicuci dan organ berkaitan taik ditanam termasuk usus besar lembu..”

“Soalan serius? Ini memang tindakan salah atau tidak? Dan kalau salah apa alternatif yang sepatutnya? Saya betul-betul tak tahu dan nak tahu”

“Aikk? Tu bukan kimia tu rumput yang lembu makan. Air sungai mengalir kan. Dekat mana yang rosakkan alam sekitarnya? Tak faham lah cik”

“Betul tu. Patutnya tahi-tahi tu tanam lah dulu. Lepas tu nak basuh-basuh dekat sungai tak ada siapa marah. Tapi tulah zaman sekarang ni banyak yang pemalas nak cepat senang dengan taik dibasuh sekali dalam sungai..”




