fbpx
Now Reading
“Masa Dekat Atas Bukan Main, Masa Aku Jatuh..”- Jojo Kecewa Ada Netizen Beri Komen Negatif Selepas Tewas

“Masa Dekat Atas Bukan Main, Masa Aku Jatuh..”- Jojo Kecewa Ada Netizen Beri Komen Negatif Selepas Tewas

Kata Johan Ghazali, dia malu dengan mentaliti pemilikiran segelintir netizen yang hanya berikan sokongan apabila atlet berjaya mendapat kemenangan namun apabila kalah sebaliknya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebut mengenai Johan Ghazali atau mesra dipanggil Jojo pasti ramai yang mengenali atlet Muay Thai yang selalu mengharumkan nama negara dalam ONE Championship.

Malah kegigihan anak muda ini juga dapat dilihat apabila berusaha keras dalam setiap latihan dan juga perlawanan yang disertainya.

Meskipun sebelum ini pernah mengalami kecederaan dan menerima lima jahitan di dahi selepas perlawanan namun Jojo menganggap ia perkara biasa dalam sukan May Thai.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Perkara Biasa Dalam Sukan Muay Thai” – Johan Ghazali Terima 5 Jahitan Selepas Perlawanan ONE Championship [Video]

Luah rasa malu terhadap sikap segelintir penyokong yang memberi komen tak sepatutnya

Namun baru-baru ini, Jojo telah meluahkan rasa kecewanya terhadap segelintir individu yang bertindak memberi kecaman selepas dia kalah sewaktu pertarungan bersama petarung Colombia-Amerika, Diego Paez dalam aksi One Fight Night 32.

Perlawanan di Stadium Lumpinee, Bangkok, Thailand itu telah berlangsung pada 7 Jun yang lalu.

Menerusi hantaran di Instagram, Jojo turut menyifatkan dia malu dengan mentaliti segelintir netizen yang hanya akan memberikan sokongan pada atlet yang berjaya meraih kemenangan.

“Kepada pembenci aku yang dari Malaysia, sebab koranglah negara kita tak boleh sampai ke tahap seterusnya. Korang jangan haraplah nak buat aku koyak dengan komen-komen bahalol korang, tapi aku malu, malu dengan mentaliti sampah orang aku sendiri.

“Aku umur 18 mengorbankan nyawa aku atas gelanggang demi mengangkat nama negara, pagi tadi aku bangun kaki sakit tak dapat nak jalan, kepala sakit. Modal, aku sendiri pun keluar nak pastikan persediaan aku tip top, tapi untuk apa?

“Datuk aku, Tan Sri Ghazali Che Mat mempertaruhkan nyawanya sendiri demi negara ini. Bapa aku berkhidmat sebagai polis selama 25 tahun demi negara ini. Adik-beradik aku semua wakil Malaysia di peringkat yang tertinggi, tapi untuk apa?

“Masa aku dekat atas bukan main, masa aku jatuh.. Keluar perangai sebenar rakyat kita,” luahnya.

Tak peduli dengan kata orang, mahu fokus pada diri dan penyokong sebenar

Malah Jojo juga mengatakan dia tidak peduli sekiranya ada individu yang mahu mengatakan dirinya belagak mahupun mengejar populariti.

Bukan hanya itu, Jojo memaklumkan hanya mahu memberi fokus kepada diri sendiri dan individu yang benar-benar menyokongnya.

“Korang cakap lah apa korang nak cakap, aku berlagak lah, aku kejar glamour lah apa lah. Tapi korang jangan lupa, disebabkan aku yang usaha mengejar glamour, yang tak glamour pun boleh jadi glamour.

“Bermula dari sekarang aku hanya mementingkan diri aku sendiri dan orang yang betul-betul support aku.

“Ubahlah mentaliti bang*ng ni. Malaysia boleh tapi rakyat dengki. Korang ingat aku akan koyak (marah/bengang) dengan apa yang korang cakap? Mentaliti kita berbeza, sebab itu aku yang berlawan, engkau hanya sekadar penonton. Terima kasih semua.”

Ramai beri sokongan dan mahu Jojo fokus

Melihat di ruangan komen, ramai yang memberikan kata-kata positif dan sokongan kepada Jojo untuk tidak menghiraukan kecaman tidak matang yang dilontorkan oleh segelintir individu tersebut.

Malah ramai yang menasihatkannya untuk sabar dan terus fokus kerana walau apa pun yang berlaku dia tetap juara di hati semua.

“Ramai yang support awak Jojo. Kami sentiasa di belakang, ‘terus langgar’. Awak juara”
“Come back stronger Jojo, satu orang membenci anda, sejuta yang sayang anda. Kita tak hidup untuk manusia sayang, tapi kita hidup untuk Tuhan sayang kita.”
“Teruskan perjuangan Johan, abaikan mulut manusia yang tak ada beri kepentingan”
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.