fbpx
Now Reading
“Guna Wang Simpanan Sendiri, Tiada Jet Peribadi Seperti Yang Difitnah” – Nurul Izzah

“Guna Wang Simpanan Sendiri, Tiada Jet Peribadi Seperti Yang Difitnah” – Nurul Izzah

Jelas Nurul Izzah, beliau dan suaminya menunaikan ibadah haji dengan menggunakan visa mujamalah di mana segala urusan logistik diuruskan oleh sebuah agensi pelancongan berlesen.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Baru-baru ini, kecoh di media sosial selepas ada pihak yang mendakwa anak sulung perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Nurul Izzah Anwar bermewah-mewah semasa menunaikan haji di Tanah Suci.

Nurul Izzah dan suaminya, Yin Shao Loong didakwa mengambil pakej haji bernilai lebih RM200,000 bagi setiap seorang.

Malah, beliau juga dituduh menetap di sebuah hotel paling mewah yang berada di Mekah berdasarkan sekeping gambar yang ditularkan.

Nurul Izzah tampil nafi, dakwa diri difitnah

Enggan berdiam diri, Timbalan Presiden PKR itu tampil memberi penjelasan dan menafikan perkara itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di akaun X miliknya semalam (9 Jun).

Menurutnya, mereka berpeluang menunaikan ibadah haji sebagai tetamu Allah SWT melalui visa mujamalah dan segala urusan logistik termasuk tempat tinggal dan pengangkutan telah diatur oleh sebuah agensi pelancongan berlesen.

“Gambar pertama semasa pertemuan bersama saudara Muneeb di Madinah bukan di Mekah, beliau berkongsi perkembangan terkini graduan Malaysia di Madinah. Gambar kedua, tempat tinggal kami yang berdekatan dengan kawasan khemah warganegara Malaysia di Mina.

“Banyak hantaran dan mesej berkaitan fitnah telah dikirim kepada saya. Apabila ada sesuatu yang tidak benar tersebar begitu jauh dari hakikat sebenar, maka ia perlu diperbetulkan,” katanya.

Tiada jet peribadi, guna wang simpanan sendiri

Menurutnya lagi, penerbangan beliau dan suami ke Tanah Suci juga menaiki pesawat komersial dengan menggunakan wang simpanan sendiri.

“Tiada jet peribadi seperti yang di fitnah, perjalanan dilakukan sama seperti jutaan jemaah haji yang lain.

“Dalam kita berbeza pandangan dan bertarung dalam medan politik di dunia, jangan lah sehingga ibadah dijadikan sebagai bahan tohmahan dan fitnah.

“Biarlah kita saling mendoakan, semoga Allah SWT mengurniakan rezeki dan peluang kepada lebih ramai umat Islam untuk menjadi tetamuNya dalam keadaan yang dimudahkan, diterima amal, dan dijauhkan daripada fitnah manusia,” katanya lagi.

Sebelum ini, beberapa pengguna media sosial mempersoalkan siapakah yang menanggung kos ibadah haji Nurul Izzah yang didakwa menelan belanja lebih RM200,000 setiap seorang.

Malah, ada juga yang mempersoalkan bagaimana Puteri Reformasi itu berjaya mendapat slot jemaah haji.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.