fbpx
Now Reading
Gelagat Kanak-Kanak Lepas Kantoi Kena ‘Tangkap’ Polis Kerana Main Basikal Lajak Undang Pelbagai Reaksi

Gelagat Kanak-Kanak Lepas Kantoi Kena ‘Tangkap’ Polis Kerana Main Basikal Lajak Undang Pelbagai Reaksi

Ketika disoal oleh anggota polis berkenaan sebab mengapa basikal tiada brek, salah seorang daripada mereka mendakwa brek yang dipesan dari platform dalam talian belum sampai.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Fasa kanak-kanak sememangnya penuh dengan imaginasi. Malah, pada peringkat ini, sikap mahu mencuba mereka juga amat tinggi.

Apa mereka tahu, setiap perkara yang dibuat itu boleh mendatangkan keseronokan dan kepuasan.

Bagi orang dewasa, perkara yang dianggap menyeronokkan ini kadangkala boleh mendatangkan bahaya kepada si pelaku, lebih teruk jika ia boleh melibatkan orang lain.

Tiga Kanak-Kanak Kantoi Dipercayai Main Basikal Lajak, 2 Daripada 3 Basikal Tiada Brek

Semalam (8 Jun), tular di media sosial video tiga orang kanak-kanak yang ditahan polis di sebuah tepi jalan raya dipercayai kerana bermain basikal lajak.

Menerusi video tular yang dikongsikan di TikTok @smorkdorm02, kelihatan kesemua budak lelaki itu duduk dan ada yang mula menangis serta memohon maaf.

Apa yang menjadi perhatian adalah hanya salah satu basikal daripada mereka yang mempunyai brek manakala dua yang lain tiada.

Ketika disoal oleh pihak polis berkenaan sebab mengapa basikal milik mereka itu tiada brek, salah seorang daripada mereka mendakwa brek yang dipesan dari platform dalam talian belum sampai.

Kanak-Kanak Berterusan Mohon Maaf, Rayu Tak Mahu Di Bawa Ke Balai

Malah, ketika anggota tersebut meminta kesemua mereka masuk ke dalam kereta, budak lelaki berkenaan dilihat menangis dan merayu agar tidak dibawa ke balai polis.

Tidak hanya itu, salah seorang daripada mereka yang memakai baju T-shirt berwarna hitam dan berumur 11 tahun dilihat merayu dan terduduk di hadapan anggota polis berkenaan.

“Saya minta maaf pak cik. Tak mahu,” katanya.

Lebih mencuit hati, menerusi hantaran berasingan, budak lelaki berkenaan mendakwa ibu bapanya mahu membawa dia berjumpa datuknya di hospital menyebabkan dia enggan masuk ke dalam kereta polis tersebut.

Sedangkan, dua orang lagi rakannya telahpun masuk ke dalam kenderaan tersebut.

Namun, anggota berkenaan dilihat tidak mengendahkan apa yang dikatakan oleh kanak-kanak lelaki itu dan tetap memaksanya masuk ke dalam kenderaan.

Budak lelaki itu kemudiannya dilihat merayu memohon maaf siap melutut kepada anggota polis berkenaan.

@smorkdorm02 part 1 .. pgajaran untuk anak2 Dan pesanan untuk ibubapa pantau anak2 anda semua #malangxberbau #bukancontent ♬ bunyi asal – Fianssssshop

Tonton video penuh [DI SINI]

Janji Tak Nak Main Basikal Lajak, Siap Nak Pergi Jual Basikal Dekat Tepi Besi Buruk

Setelah beberapa ketika, anggota polis berkenaan dilihat melepaskan kesemua kanak-kanak lelaki tersebut.

Namun sebelum itu, dia dilihat meminta budak lelaki itu untuk berjanji memasang brek pada basikal mereka.

Lebih melucukan, ada yang siap berjanji mahu menjual basikal mereka itu kepada kedai besi buruk.

Kedengaran kesemua kanak-kanak berkenaan kemudiannya mengucapkan terima kasih dan terus berlalu pergi.

Tonton video penuh [DI SINI]

Ramai Puji Tindakan Anggota Polis Tegur Kanak-Kanak, Bantu Elakkan Perkara Merbahaya

Perkongsian yang telah mendapat lebih 1.7 juta tontonan itu dan tular di X nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen,ramai yang memuji tindakan anggota polis itu yang menegur perbuatan kanak-kanak terbabit.

Apatah lagi, kesemua mereka dilihat bermain di jalan raya yang sememangnya boleh mengundang bahaya malah basikal juga tidak mempunyai brek.

Ibu Bapa Boleh Dikenakan Tindakan Jika Anak Main Basikal Lajak

Sebagai info, ibu bapa boleh dikenakan tindakan sekiranya membenarkan anak bermain basikal lajak.

Bukan itu sahaja, mereka yang menunggang basikal lajak boleh ditahan pihak berkuasa dan dikenakan saman memandangkan Kaedah 42(1) LN 165/59 menyebut tiada seorang pun penunggang basikal yang boleh menunggang basikal di atas jalan melainkan dilengkapi dengan brek efektif yang beroperasi secara berasingan pada kedua-dua tayar (brek depan dan belakang).

Di bawah Seksyen 33 Akta Kanak-kanak 2001, ibu bapa yang membiarkan anak-anak terbabit dalam kegiatan basikal lajak dan membahayakan diri serta orang lain boleh dikenakan denda RM20,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Ini antara komen menarik pengguna TikTok:

“Agak-Agak Budak-Budak Ni Insaf Tak Selepas Kejadian Ni”

“Main Basikal Lajak Dekat Jalan Besar, Bahaya Tu, Terima Kasih Atas Keprihatinan”

“Biar Dia Menangis Sekarang, Jangan Mak Bapa Menangis Kemudian Hari, Terima Kasih Pihak Polis”

“Apa Benda La Undang-Undang Sekarang, Main Basikal Pun Salah, Cuma Tiada Brek Je”

“Semoga Adik-Adik Ini Fikir Ye, Abang Polis Ni Tegur Sebab Sayang, Bukan Sebab Dia Polis Dia Buat Gitu”

Baca Artikel Berkaitan: Budak Basikal Lajak Ditahan Polis dan Diberi Amaran Keras

Baca Artikel Berkaitan: Anda Boleh Ambil Gambar atau Video Aktiviti Basikal Lajak Untuk Makluman Pihak Polis

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.