“Drive Thru Ke Ni?” – Gelagat Keluarga Sambut Hari Jadi Tak Sampai Seminit Buat Ramai Terhibur
Difahamkan, mereka semua terpaksa mempercepatkan proses majlis itu kerana individu yang dirai lambat tiba dan diri masing-masing yang sudah mula mengantuk.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap kali menyambut ulang tahun kelahiran, ramai memilih untuk mencipta suasana gembira bersama keluarga. Ada yang buat kejutan, ada juga yang siapkan dekorasi dan kek cantik sebagai simbolik meraikan insan tersayang.
Namun, semua perancangan kadangkala bergantung pada satu perkara utama iaitu kehadiran individu yang diraikan. Kalau dia lambat, maka lambatlah segalanya.
Baru-baru ini, satu rakaman video yang dimuat naik ke TikTok telah mencuri perhatian ramai apabila keluarga yang meraikan hari jadi terpaksa menyambutnya dengan cara paling ringkas dan kelakar.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Selamat Hari Jadi, Dearself” – Ramai Sebak Aksi Pakcik Ini Sambut Birthday Seorang Diri
Baca Artikel Berkaitan: “Comel Je!” – Gelagat Si Kecil Halau Ayah Balik Ketika Tunggu Di Luar Kelas Buat Ramai Geli Hati
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gosip Dengan Bapa Tak Pandang Kiri Kanan, Reaksi Si Anak Kantoi ‘Ngumpat’ Ibu Bikin Dekah
Nyanyi Laju, Tiup Lilin & Terus Angkat Meja
Menerusi satu perkongsian di laman TikTok (@halijaharis1), seorang pengguna berkongsi suasana ketika keluarganya menyambut ulang tahun kelahiran salah seorang ahli.
Dalam video tersebut, seorang wanita dilihat mendorong seorang lelaki ke arah meja dalam keadaan tergesa-gesa.
Seorang lagi lelaki pula memegang kek, sambil ahli keluarga lainnnya membakar lilin di atasnya dengan cepat. Ada juga yang dilihat turut meletakkan kotak dan pelapik kek di atas meja.
Beberapa saat kemudian, kesemua ahli keluarga mula berkumpul mengelilingi meja tersebut.
Apa yang mencuit hati adalah nyanyian lagu hari jadi yang dinyanyikan dalam tempo sangat laju, dengan hanya beberapa rangkap sahaja sebelum mereka cepat-cepat menyuruh lelaki itu meniup lilin.
Sebaik lilin ditiup, mereka terus bersorak dan segera mengalihkan semua barang di atas meja.
Malah, meja itu sendiri turut diangkat dan dibawa ke dapur. Pemilik video turut dilihat menutup suis lampu di ruang tamu, menjadikan suasana sambutan semakin kelakar dan spontan.
@halijaharis1 yg penting dah nyanyi
♬ Up and Away (Vocalese) – GHOSTLAND
Tonton video penuh [DI SINI].
Netizen Terhibur, Ada Yang Samakan Dengan ‘Drive-Thru’
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat keluarga tersebut. Ada yang berjenaka mengatakan sambutan itu seperti “birthday drive-thru” kerana segalanya berlaku begitu pantas.

Mengenali rakyat Malaysia yang kreatif dan suka bergurau, ada juga yang membayangkan situasi sama berlaku dalam keluarga mereka sendiri jika yang diraikan tiba terlalu lewat malam.



Sambutan Hari Jadi Tak Semestinya Mewah
Setiap keluarga ada cara tersendiri menyambut hari istimewa. Ada yang suka secara meriah, ada juga yang lebih suka sambutan ringkas. Seperti sebelum ini, seorang wanita memilih untuk menyambut hari lahirnya dengan bersedekah.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Sambut Hari Lahir Dengan Cara Luar Biasa, Wanita Ini Belanja Minyak Percuma Untuk Rider
Menerusi satu video di TikTok (@nxssdna), wanita itu dilihat memasuki sebuah stesen minyak dan memaklumkan kepada penjaga kaunter bahawa dia ingin membayar minyak untuk penunggang motosikal yang hadir hari itu.
Disebabkan perlu segera ke tempat kerja, dia hanya sempat membuat pindahan wang kepada penjaga kaunter untuk diuruskan bagi pihaknya.
@nxssdna 20/5. Happy birthday dearself ❤️ Alhamdulillah ada rezeki lebih dapat share time birthday. Terima kasih semua yang mendoakan 🫶🏻 (please ignore double chin & DILARANG AMBIL VIDEO TANPA KEBENARAN) #may #birthday #CapCut
♬ suara asli – Gio Suganda – Gio Suganda
Tonton video penuh [DI SINI].
Walaupun ringkas, sambutan seperti itu memberi makna besar kepada penerima bantuan, dan menjadi satu cara berbeza menyambut ulang tahun kelahiran.
Baca Artikel Berkaitan: “Saya Tak Ada Kawan” – Gadis Datang Beli Muffin Untuk Sambut Birthday Sendiri Undang Sebak
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Suami Teruja Isteri Buat Surprise Ucapan Hari Jadi Di Ferris Wheel, FunPark Gamuda Luge Garden



