fbpx
Now Reading
4 Jemaah Haji Indonesia Didakwa Merokok Dalam Bilik Hotel, Jadi Punca ‘Fire Alarm’ Berbunyi [Video]

4 Jemaah Haji Indonesia Didakwa Merokok Dalam Bilik Hotel, Jadi Punca ‘Fire Alarm’ Berbunyi [Video]

Dakwa seorang pengguna X, lonceng penggera kebakaran yang berbunyi itu menyebabkan para jemaah haji yang menetap di hotel terbabit menjadi panik.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pada ketika ini, jemaah haji dari seluruh dunia di Tanah Suci telah menyelesaikan ibadah rukun Islam kelima itu.

Pasti banyak video mahupun gambar yang dimuat naik di media sosial oleh segelintir jemaah di sana sebagai kenang-kenangan mahupun perkongsian buat ahli keluarga dan orang ramai.

Bagaimanapun, tidak dinafikan ada juga sebahagian jemaah haji yang berada di sana bertindak melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak sepatutnya dan dilarang.

Tular dakwaan jemaah haji Indonesia merokok di bilik

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial perkongsian seorang individu yang mendakwa terdapat jemaah haji dari Indonesia yang merokok di dalam bilik hotel sehingga menyebabkan loceng penggera kebakaran aktif.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun X @Icikiwwir, kejadian dikatakan berlaku pada baru-baru ini di sebuah hotel di Tanah Suci.

Individu itu berkongsi perkara terbabit ketika memberi respon ciapan seorang pengguna X mengenai keluhan ibunya mengenai terdapat jemaah haji republik itu yang merokok sesuka hati di lorong-lorong di Arafah dan Mina.

Loceng penggera kebakaran berbunyi, semua jemaah haji jadi panik

Menerusi video yang dikongsikan @Icikiwwir, kedengaran bunyi ‘fire alarm’ bergema di dalam bangunan hotel berkenaan.

Dakwanya, loceng penggera kebakaran itu berbunyi kerana terkesan dengan asap rokok yang dihisap oleh empat jemaah di dalam sebuah bilik.

“Sudah tahu bilik di tingkat 19, malah berempat merokok di bilik, penggera berbunyi semua jemaah nangis dan takut kerana sukar gunakan tangga kecemasan.

“Padahal syarat beribadah itu harus berakal,” ciapnya.

@inilahcom Sebuah video yang memperlihatkan kepanikan jamaah haji akibat alarm kebakaran di sebuah hotel viral di media sosial. Rupanya, kepulan asap dari rokok yang dinyalakan oleh beberapa jamaah asal Indonesia menjadi penyebab alarm tersebut aktif. Video tersebut diunggah di platform X oleh akun @/Icikiwwir pada 7 Juni 2025 pukul 18.58 WIB. Dalam unggahannya, ia merespons keluhan warganet lain soal jamaah yang merokok sembarangan di lorong Arafah. Ia membagikan pengalamannya sendiri yang baru saja terjadi, di mana empat orang merokok di dalam kamar lantai 19 hotel. Akibatnya, alarm kebakaran menyala di seluruh lantai, membuat para jamaah lansia panik, menangis, dan gemetar karena kesulitan menggunakan tangga darurat. #inilahNews #Haji2025 #JamaahHajiIndonesia #Inilahcom #titiktengah #titikcerah ♬ original sound – Inilah.com

Bagaimanapun, setakat artikel ini ditulis tidak dapat dipastikan mengenai kesahihan perkara tersebut.

Baca Artikel Berkaitan: Gantung Baju Di Fire Sprinkler Hingga Bilik Dipenuhi Air, Jemaah Umrah Didenda Ratusan Juta Rupiah [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Joget Depan Kaabah? Lelaki Indonesia Kecewa Sikap Negatif Segelintir Jemaah Haji Dari Negaranya [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Jemaah Haji Indonesia Didakwa Jual Rojak Di Tanah Suci Undang Perhatian Ramai [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.