fbpx
Now Reading
Siap Beri Nama ‘Daisy’, Wanita Di Afrika Selatan Kongsi Sebab Beli Proton X50 [Video]

Siap Beri Nama ‘Daisy’, Wanita Di Afrika Selatan Kongsi Sebab Beli Proton X50 [Video]

Menurut Lisa sebaik memandu uji kereta Proton X50 dia hanya mengambil masa selama 3 minit untuk membuat keputusan membelinya selain menyifatkan kenderaan tersebut begitu selesa.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Apabila ingin membeli kenderaan pastinya pelbagai perkara perlu dipertimbangkan dan ia bukan sekadar berapa harganya.

Sebaliknya antara perkara yang perlu diambil kira adalah komitmen penyelenggaraan, keselesaan, bayaran bulanan, ciri keselamatan, teknologi sesebuah kenderaan dan banyak lagi.

Jika di Malaysia tak dinafikan jenama tempatan seperti Proton sering menjadi pilihan ramai bukan sahaja menawarkan harga berpatutan sebalik kenderaannya juga dilengkapi dengan teknologi yang canggih.

Namun siapa sangka, jenama kereta tempatan ini tidak hanya menjadi idaman masyarakat di Malaysia tetapi turut disukai di luar negara.

Wanita Afrika Selatan kongsi kenapa pilih beli Proton X50

Baru-baru ini, seorang wanita dari Afrika Selatan yang dikenali sebagai Lisa telah berkongsi mengapa dia memilih untuk membeli Proton X50 sebagai keretanya.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Proton International di TikTok, Lisa telah membeli sebuah kereta Proton X50 dan memaklumkan dia begitu menyayangi kenderaan tersebut. Malah dia turut menamakan kereta Proton X50 itu sebagai ‘Daisy’.

Sewaktu disoal mengapa memilih untuk membeli Proton X50, Lisa memaklumkan dia mula membuat carian untuk kenderaan baharu pada pertengahan tahun lalu.

“Saya telah melihat pelbagai jenama yang berbeza dan saya fikir perkara yang menjadi keutamaan saya adalah perkhidmatan selepas penjualan, jenis sokongan yang diberikan, termasuklah keselamatan yang dimiliki sebuah kenderaan.

“Ini kerana kita mahukan kereta keluarga, dan adakah ia mempunyai mod lasak (sports mode),” katanya.

Rasa pengalaman yang menarik sepanjang bersama Proton X50

Ditanya bagaimanakah pengalamannya bersama Proton setakat ini, Lisa menyifatkan ia adalah sesuatu yang begitu menarik.

Malah dia berpendapat saat membuat keputusan untuk melihat kereta Proton X50 itu sehinggalah proses membelinya adalah terbaik.

“Ia adalah pengalaman yang menarik, meskipun saya mempunyai masalah kecil dengan bunyi bising pada cermin sisi ia diselesaikan dengan cepat dan cekap.

“Malah saya juga dipinjamkan Proton X90 sementara kereta saya diperbetulkan dan ia satu pengalaman yang lancar.

“Perkara ini merupakan hal yang sering diinginkan oleh pelanggan kepada setiap jenama,” jelasnya lagi.

Sifatkan X50 mempunyai bentuk yang cantik dan selesa

Bagi Lisa kereta diibaratkan seperti pasangan hidup malah akan digunakan untuk satu jangka masa yang lama.

Ini kerana, seorang individu juga meluangkan masa yang lama di dalam kereta dan Proton X50 sememangnya terbaik buatnya.

“Ia adalah kereta yang cantik, serta mempunyai ciri yang kuat di atas jalan. Ia mempunyai bentuk yang cantik.

“Bukan hanya itu, anda juga menerima plan servis selama lima tahun termasuk jaminan (warranty). Anda tahu yang anda berada di tempat yang selamat kerana ia mempunyai segala perkara yang diperlukan. Ia sangat selesa.”

@protoninternational “It’s more than just a car—it’s my daily thrill. That was what Lisa told our team at @Proton South Africa when we sat down with her last year to talk about her Proton X50. #ProtonSouthAfrica #protoninternational #ProtonX50 ♬ original sound – Proton International

Hanya ambil masa 3 minit untuk buat keputusan nak beli Proton X50

Lebih mencuri tumpuan Lisa hanya mengambil masa selama tiga minit untuk membuat keputusan membeli kenderaan tersebut sejurus memandu uji kereta berkenaan.

“‘Ia lebih daripada sebuah kereta. Ia adalah keseronok untuk setiap hari saya.’ Itu yang dikatakan Lisa kepada team Proton Afrika Selatan sewaktu kami duduk bersamanya untuk berbual mengenai Proton X50 pada tahun lalu (2024),” kata Proton International di ruang kapsyen.

Melihat di ruangan komen, ada yang memberi amaran untuk tidak memandu uji Proton X50 sekiranya tidak mempunyai plan untuk membelinya.

Ini kerana individu itu mungkin akan jatuh cinta kepada kereta tersebut serta-merta.

Tidak kurang juga ada yang memberi cadangan Proton perlu memberi fokus yang lebih banyak untuk menjual kenderaannya di luar negara.

Ada juga menyifatkan mereka bangga dengan Proton kerana ia menjadi pilihan orang ramai sehingga keluar negara.

“Jika X50 tidak ada dalam senarai anda, jangan pergi memandu ujinya atau melawat ke ruang pameran. Awak akan jatuh cinta dengannya serta-merta seperti saya.”
“Sebab itu jangan pergi untuk test drive. Kemudian anda akan membelinya”
“Saya namakan Proton X50, Intan”
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.