fbpx
Now Reading
Ramai Kagum Lihat Keperibadian Warga Emas, Enggan Terima Bantuan & Anggap Orang Lain Lebih Memerlukan [Video]

Ramai Kagum Lihat Keperibadian Warga Emas, Enggan Terima Bantuan & Anggap Orang Lain Lebih Memerlukan [Video]

Jelas warga emas berkenaan, dia selesa dengan kehidupan sekarang ditambah dengan bantuan kebajikan sebanyak RM600 sebulan yang dipercayai diberikan oleh pihak kerajaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap orang berbeza jalan kehidupannya. Ada yang dikurniakan kehidupan yang senang namun ada juga yang diuji dengan kesusahan.

Buat mereka yang diuji, itu bukanlah menjadi satu cabaran atau alasan dalam menempuh hari mendatang.

Ada yang bekerja keras bagi menampung kehidupan seharian namun pada masa yang sama tetap bersyukur dengan nikmat kecil yang dikurniakan.

Warga Emas Bersyukur Dengan Kehidupan, Enggan Terima Bantuan Yang Ditawar

Semalam (5 Jun), tular di media sosial respon positif seorang lelaki warga emas yang sanggup menolak bantuan yang diberikan.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @cahayaicha__, kelihatan Icha yang merupakan seorang pempengaruh itu menghampiri warga emas berkenaan.

Icha kemudiannya bertanyakan kepada lelaki itu mengenai status perkahwinannya sebelum menawar diri untuk membelanja barang dapur.

Apa yang menjadi perhatian adalah warga emas yang berusia 80 tahun itu menolak dengan baik pemberian Icha.

“Tak apa, saya masak pakai dapur kayu, tak apa, terima kasih,” jelasnya.

Mahu Bantuan Diberi Kepada Yang Memerlukan

Lebih menyentuh hati, warga emas itu pula yang meminta Icha memberikan bantuan tersebut kepada mereka yang lebih memerlukan.

Jelasnya, dia selesa dengan kehidupan sekarang ditambah dengan bantuan kebajikan sebanyak RM600 sebulan yang dipercayai diberikan oleh pihak kerajaan.

“Saya sorang umur 80 tahun, tolong orang lain. Saya tak apa. Anwar (Perdana Menteri) ada bagi saya bantuan kebajikan RM600 sebulan. Semua cukup,” katanya.

Enggan Hampakan Si Pemberi, Hanya Terima RM50 & Anggap Jumlah Itu Mencukupi

Namun, enggan menghampakan Icha yang dilihat tetap mahu menghulurkan bantuan, warga emas itu hanya meminta sekeping RM50.

Jelasnya, nilai sebegitu amat mencukupi bagi menampung perbelanjaan makanannya selama seminggu.

“Baki (wang) itu, you bagi orang lain lagi bagus,” katanya.

Malah, dia juga meluahkan rasa syukur dengan kehidupannya pada masa kini.

Bukan itu sahaja, pada hujung video berkenaan, warga emas berkenaan sanggup berpatah balik bertemu Icha kerana teringat kebaikan Icha yang memberinya RM50.

@cahayaicha__

Kali pertama jumpa orang yang sangat kuat bersyukur dalam hidup nya

♬ original sound – Cahaya icha – Cahaya icha

Tonton video penuh [DI SINI]

Ramai Kagum Lihat Keperibadian Warga Emas

Video yang telah mendapat lebih 2.3 juta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang kagum dan memuji keperibadian warga emas itu yang dilihat bersyukur dengan kehidupannya dan tidak mengambil kesempatan atas bantuan yang diberikan.

Apatah lagi, dia siap meminta influencer tersebut memberi bantuan itu kepada mereka yang lebih memerlukan sedangkan bagi mereka dia juga sepatutnya menerima bantuan sebegitu.

Ini antara komen menarik pengguna TikTok:

“Subhanallah Pak Cik Ni, Tak Pentingkan Diri Sendiri, Contoh Yang Terbaik Yang Pak Cik Ni Cakap”

“Bagus Pak Cik Ni, Tak Tamak, Apa Yang Dia Dapat Dah Syukur”

“Bagusnya Pak Cik Ni Tak Tamak, Bagi Dia, Cukup RM600 Sebulan, Dia Tak Pentingkan Diri & Minta Dahulukan Orang Lain Yang Lebih Memerlukan”

“Walaupun Pak Cik Ni Nampak Susah Tapi Dia Tak Selfish, Respect! Semoga Pak Cik Sihat Selalu”

Baca Artikel Berkaitan: Tak Henti Ucap Rasa Syukur, Peniaga Warga Emas Berkerusi Roda Sebak Bila Ada Yang Beli Semua Barang Jualan [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Ini Kita Support” – Aksi Peniaga Warga Emas Tunduk Hormat Tanda Terima Kasih Buat Ramai Tersentuh [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.