Kisah Seorang ‘Hoarder’, Anak Terpaksa Buang Barang Bertimbun Ketika Ibu Masuk Hospital
Difahamkan, anak-anak kepada wanita itu berasa malu apabila tetamu yang datang ke rumah menyangka mereka pemalas kerana tidak mahu mengemas dan membersihkan rumah.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Mungkin ada di antara kita yang menghadapi masalah di mana ibu bapa atau ahli keluarga suka menyimpan barang-barang lama yang tidak lagi boleh digunakan di rumah sehingga bertimbun dan kelihatan semak.
Mereka berasa sayang ingin membuang barang tersebut kerana berfikir ia mungkin boleh digunakan lagi atau mempunyai nilai sentimental tersendiri.
Korang tak keseorangan, pasti ada individu lain yang menghadapi masalah sama apabila ada ahli keluarganya merupakan seorang ‘hoarder’.
Tular kisah anak buang barang dalam rumah ketika ibu di hospital
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial perkongsian seorang wanita dikenali sebagai Sri Hartini mengenai kisah benar seorang ibu yang gemar menyimpan barang-barang lama yang sudah rosak atau tidak lagi digunakan di dalam rumah.
Menerusi hantaran carousel yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, Sri Hartini berkata kisah terbabit yang dikongsikannya telah mendapat kebenaran oleh anak-anak wanita berkenaan dengan harapan masyarakat memahami serta dapat mempelajari sesuatu dari perkara itu.
Menurutnya, anak-anak kepada wanita yang menghidapi ‘hoarding disorder’ itu hanya dapat membuang barang-barang lama di rumah terbabit selepas ibu mereka dimasukkan ke dalam hospital.
Anak malu tetamu ingat mereka malas kemas rumah, biar barang bertimbun
Kongsi Sri Hartini, anak-anak kepada wanita itu berasa malu apabila tetamu yang datang ke rumah menyangka mereka pemalas kerana tidak mahu mengemas dan membersihkan rumah.
“Padahal, mak (kami) tak benarkan buang barang langsung, anak-anak nak tolong kemas pun selalu tak dibenarkan.
“Kami selalu bincang adik beradik macam mana nak kosongkan barang-barang mak ini. Allah bagi cara bila mak sakit masuk hospital, itu yang kami dapat laluan untuk buang barang,” luah si anak yang ditulisnya.

Pokok menjalar hingga tutup pagar rumah pun tak dibenarkan tebas
Menurutnya lagi, anak-anak wanita itu turut menceritakan bahawa ibu mereka juga tidak membenarkan mereka untuk membuang pasu bunga lama yang tidak lagi digunakan dan menebas pokok menjalar yang telah menutup pagar rumah.
“Pasu bunga memang cantik, tapi kalau dah berpuluh-puluh? Ada yang retak, kosong dan tinggal tanah keras. Dulu rajin, sekarang tak sempat jaga, dari jadi hobi akhirnya jadi beban di laman rumah.
“Pokok menjalar dah tutup pagar rumah. Anak-anak nak tebas, tapi mak marah, padahal dan penuh semak,” tulisnya lagi.
Ustaz nasihat buang barang tak diguna kerana jadi tempat mahkul halus bertenggek
Berkongsi lanjut, dia berkata anak-anak wanita itu telah menjemput dua orang ustaz datang ke rumah mereka selepas ibunya melihat sesuatu kelibat dipercayai makluk halus dan mengalami masalah sukar tidur serta sakit badan.
“Mak mesti mengamuk bila anak-anak nak buang barang lama. Anak murid yang datang tuisyen di rumah pernah cakap nampak benda dan bunyi yang menakutkan. Anak-anak saudara yang kecil pun nampak macam-macam ‘benda’.
“Anak-anak panggil ustaz untuk ubatkan mak dan ‘pagarkan’ rumah. Kedua-dua ustaz pesan suruh buang barang-barang yang tidak guna sebab banyak yang ‘bertenggek’ tinggal di barang-barang tak terpakai itu. Ganggu kesihatan dan ketenangan rumah,” tulisnya.
Mak nampak makin tenang lepas barang-barang bertimbun dibuang
Kongsi Sri Haritini lagi, ibu kepada anak-anak itu merajuk setelah keluar daripada hospital dan mengetahui bahawa barangan di rumahnya telahpun dibuang.
“Anak-anak serba salah, cuma kali ini mak macam pasrah sahaja mungkin sebab sudah tidak larat. Perlahan-lahan mak nampak lebih tenang. Tidur malam pun tidak terganggu, rupanya rumah lapang hati pun lapang tiada gangguan.
“Bila rumah penuh ‘simpan’ hati kita jadi sempit, kadang-kadang sayang kita itu tak kena tempat,” kongsinya.
Untuk tonton penuh carousel klik [DI SINI]
Ketahui apa itu hoarding disorder
Untuk info, seseorang yang digelar ‘hoarder’ atau sayang membuang barang yang tidak lagi digunakan dan gemar mengumpulnya sebenarnya mempunyai masalah gangguan mental yang dikenali sebagai ‘hoarding disorder’.
Ia merupakan salah satu penyakit mental yang dikategorikan dalam ‘Diagnostic Manual and Statistical Manual of Mental Disorder’ (DSM-5).
Kajian oleh American Psychiatric Association pada tahun 2013 mendapati bahawa sekitar dua pertiga (66%) daripada mereka yang menghidap masalah ini tidak menyedarinya.
Berikut merupakan tanda-tanda bagi seseorang yang mengalami masalah mengumpul barang itu:
- Mengambil barangan berlebihan yang tidak diperlukan.
- Kerap mengalami rasa sukar untuk membuang dengan barangan tanpa mengira nilainya.
- Berasa perlu untuk menyimpan semua barangan dan akan kecewa jika terpaksa membuangnya.
- Sukar untuk membuat keputusan.
- Suka bertangguh.
Baca Artikel Berkaitan: 20 Tahun Hidup Dalam Rumah Penuh ‘Sampah’, Wanita Alami ‘Hoarding Disorder’ Menangis Tak Mahu Barang Dibuang
Baca Artikel Berkaitan: “Nak Guna Aksesori” – Lelaki Ada Masalah Kumpul Barang Siap Beli Kereta Rosak










