fbpx
Now Reading
Relevankah Belajar Tinggi Tapi Gaji Sikit? Ramai Setuju Pendapat Dr Malar, Belajar Bukan Untuk Duit Tapi Bina Peluang

Relevankah Belajar Tinggi Tapi Gaji Sikit? Ramai Setuju Pendapat Dr Malar, Belajar Bukan Untuk Duit Tapi Bina Peluang

Dalam perkongsian Dr Malar dia turut berpendapat pelajaran menjadikan seseorang lebih berfikiran jauh, membentuk jati diri selain membuka banyak peluang kepada diri sendiri.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Tak dinafikan dunia teknologi pada hari ini telah banyak membuka peluang pekerjaan kepada orang ramai untuk meneruskan kehidupan mereka.

Namun kewujudan media sosial di masa kini memperlihatkan kelahiran ramai influencer baharu yang secara tidak langsung telah membuatkan segelintir masyarakat merasakan pelajaran formal tidak lagi penting.

Malah ada yang berpendapat dengan menjadi influencer atau seseorang yang terkenal dengan mencipta konten sahaja boleh menjana pendapatan yang lumayan.

Individu persoal masih relevan ke belajar tempoh lama tapi gaji sikit berbanding jadi influencer dapat gaji lumayan

Baru-baru ini, seorang pengguna di Thread telah mempersoalkan adakah sistem pendidikan masih relevan di masa kini, selepas membuat perbezaan mengenai individu yang menyambung pelajaran dengan individu terkenal di media sosial yang jelas mempunyai tangga gaji berbeza.

“Belajar empat tahun, kerja gaji RM2,500 (sebulan). Budak TikTok buat RM2,500 dalam masa seminggu saja.

“Sebenarnya, sistem pendidikan kita masih relevan ke di masa kini?” soalnya di Thread.

Dr Malar kongsi pendapat, pelajaran adalah untuk bina peluang

Status itu kemudiannya menarik perhatian pengamal perubatan terkenal, Dr Malar Santhi yang memberi perbezaan dan pendapat mengenai persoalan pengguna berkenaan.

Jelas Dr Malar selepas beberapa tahun mungkin juga golongan ‘influencer’ yang dimaksudkan individu berkenaan mempunyai kesukaran untuk mendapat RM400 sebagai pendapatannya.

Ini kerana, mereka juga berpotensi untuk sakit dan sebagainya. Disebabkan bekerja sendiri membuatkan mereka tidak mempunyai kebajikan seperti mereka yang bekerja di dalam syarikat dan perlu menanggungnya sendiri.

“Lepas empat tahun, TikToker tu nak dapat RM400 pun struggle (bersusah payah). Ditambah dengan jatuh sakit, tiada cuti sakit (MC) berbayar, tiada SOCSO, tiada EPF,” katanya.

Namun perkara ini berbeza dengan individu yang menyambung pelajaran di mana selepas beberapa tahun bekerja boleh mendapatkan kenaikan gaji, menambah kemahiran serta menjadi pakar dalam industri yang diceburinya.

Pelajaran menjadikan seseorang lebih berfikiran jauh

Bukan hanya itu dia juga berpendapat pelajaran bukanlah untuk duit semata-mata sebaliknya boleh menjadi ‘kunci’ dalam membina lebih banyak peluang kepada seseorang individu.

“Manakalah yang belajar ni, selepas empat tahun gaji boleh naik ikut industri, kepakaran dan kerajinan. Pelajaran bukan untuk duit.

“Pelajaran untuk menjadikan kita insan lebih baik, lebih celik, lebih banyak peluang.”

Minta orang ramai jadikan kerjaya lain sebagai pengajaran

Malah Dr Malar juga meminta orang ramai untuk melihat kerjaya seperti e-hailing atau penghantar barangan yang dahulunya boleh mendapat pulangan lumayan namun kini tidak seperti itu.

Selain itu, Dr Malar turut menasihatkan masyarakat khususnya anak muda untuk menjadikan perkara itu sebagai satu pengajaran.

Ramai setuju pelajaran merupakan perkara yang relevan sepanjang masa

Perkongsian pendapat itu kemudiannya menjadi tular di X, dan ramai yang bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Dr Malar bahawa pelajaran merupakan perkara yang sentiasa relevan.

Malah ada yang berpendapat generasi di masa kini lebih banyak berfikiran cetek untuk menjadi kaya dengan cepat. Perkara ini juga mungkin disebabkan pengaruh rakan-rakan dan media sosial.

Walau bagaimanapun ada juga yang berpendapat masalah itu disebabkan menormalisasikan belajar tinggi untuk mendapat ‘kerja bagus’. Katanya ia tidak salah namun tidak semestinya betul.

Ini kerana ‘kerja bagus’ berubah mengikut peredaran masa, malah individu itu turut membezakan ‘kerja bagus’ di zaman dahulu dibayar setara dengan pendidikan dan tidak lagi di masa kini.

Sebaliknya berpendapat mereka yang mempunyai pelajaran mempunyai kemahiran untuk meneruskan hidup dalam pekerjaan dengan baik diaplikasikan dengan betul.

Khairul Aming setuju dengan pendapat Dr Malar

Dalam pada itu, influencer dan usahawan, Khairul Aming juga bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Dr Malar dan turut memberi contoh memandangkan dia juga berada dalam industri sama sebagai pempengaruh.

“Benda ni betul. Kalau bergantung dekat reviu bayaran boleh ‘survive’ untuk tempoh yang pendek sahaja (kurang dari lima tahun, malah ramai tak survive lebih dari tiga tahun).

“Your rate card (harga servis) bergantung kepada ‘engagement’ (tarikan) dan relevan seseorang dalam pasaran. Semakin hari semakin ramai pembina konten dan semakin sukar untuk menarik orang ramai malah ia lebih sukar untuk kekal relevan.

“Jenama atau syarikat pula akan sentiasa menyapa individu yang masih relevan pada ketika itu (untuk memberi tawaran atau bekerjasama),” jelasnya.

Berikut adalah komen netizen:

“Ramai budak dari gen Z memang nak hidup mudah dengan cara cepat kaya. Sebabnya didikan di rumah dan pengaruh luar termasuk kawan-kawan dan media sosial.”
“Dan sekarang ramai tengah brag (kecoh) pasal kurier gaji RM10,000. Deliver beratus barang sehari. Kerja tanpa henti selama 30 hari”
“Yang pengasas TikTok tu pun keluaran universiti. Ingat kalau tak ada keluaran universiti pembina konten tu semua boleh ke dapat pendapatan macam tu? Nak harap pembina konten tak berpelajaran teroka algorithm? Lambat lagi”
“Satu hari nanti, kalau nak jadi pengurus kantin pun perlukan PHD (doktor falsafah), baru budak-budak yang kata pendidikan dah tak relevan ni ada akan sikit”
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.