fbpx
Now Reading
Peniaga Di Taman Melati Jual Nasi Ayam RM3.50 Buat Ramai Tak Sabar Nak Cuba [Video]

Peniaga Di Taman Melati Jual Nasi Ayam RM3.50 Buat Ramai Tak Sabar Nak Cuba [Video]

Menerusi video, peniaga wanita itu turut memaklumkan dia menawarkan harga nasi ayam RM3.50 kerana ingin berkongsi rezeki bersama pelanggan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Tak dinafikan ekonomi yang semakin mencabar pada ketika ini serta kenaikan harga bagi segelintir barang turut membuatkan para peniaga tersepit khususnya bagi mereka yang menjalankan perniagaan makanan.

Namun ada juga segelintir peniaga yang masih berusaha untuk menyediakan makanan pada harga yang murah dengan kualiti yang terbaik demi menjamu pelanggannya.

Meskipun tidak mendapat keuntungan yang besar namun kepuasan dapat menyediakan makanan terbaik dan berkualiti untuk pelanggan lebih memuaskan mereka.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga Jual Nasi Hujan Panas Siap Lauk Ayam Harga RM3 Raih Pujian [Video]

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Nasi Arab Ayam Seekor RM35 Buat Ramai Nak Cuba [Video]

Peniaga jual nasi ayam RM3.50 raih perhatian

Perkara sama turut dilakukan oleh seorang peniaga wanita apabila menawarkan satu pinggan nasi ayam dengan harga tak masuk akal iaitu RM3.50 sahaja.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Santaikitamy di TikTok, awalnya kelihatan perakam telah berkunjung di sebuah kedai makan, Warung Pakcik Bawang Mee Udang yang terletak di Taman Melati, Kuala Lumpur.

Sebaik sahaja sampai, dia kemudian menegur seorang wanita dan memaklumkan ingin memesan satu hidangan nasi ayam yang berharga RM3.50.

Kelihatan wanita itu segera membuka periuk dan mengambil nasi untuk diletakkan ke dalam pinggan. Peniaga berkenaan turut menggunakan satu mangkuk untuk menyukat nasi yang diambil.

Isi nasi banyak, ayam bersaiz standard dan tak terlalu besar

Malah dia mengisi mangkuk itu dengan nasi yang penuh sebelum meletakkannya ke atas pinggan bersama seketul ayam, sup, kicap dan sambal.

Wanita itu turut mengatakan dia menawarkan harga RM3.50 kerana ingin berkongsi rezeki dengan pelanggan.

Turut kelihatan peniaga itu langsung tidak kedekut apabila meletakkan kicap dan sambal yang banyak ke dalam pinggan pelanggan.

Pelanggan itu kemudiannya menyifatkan nasi ayam itu begitu enak dan isinya juga lembut.

“Kita makan pula dengan nasi. Hmm sos dan kicap dia ada rasa dan sup dia bukan jenis sup kosong. Dia ada rasa ayam (sup).

“RM3.50 korang dapat full complete nasi ayam, memang berbaloi,” kata pelanggan berkenaan.

@santaikitamy Nasi Ayam Full Portion RM3.50 je !! Murah Terukk ! 📍Warung Pakcik Bawang Mee Udang, 17 Jalan Madrasah Taman Melati, Kuala Lumpur #SantaiKita #fyp #Foodie #MakanLokal #FoodieKL #KLFood #HalalFoodie #NasiAyam ♬ original sound – Santaikita

Buat anda yang ingin mencuba boleh berkunjung ke:

  • Warung Pakcik Bawang Mee Udang
  • 17 Jalan Madrasah Taman Melati, Gombak, Kuala Lumpur

Ramai teruja dan nak cuba nasi ayam RM3.50

Melihat di ruangan komen, ramai yang teruja dan tak sabar ingin mencuba nasi ayam di kedai makan berkenaan.

Malah ramai yang tidak sangka peniaga itu boleh menawarkan harga nasi ayam semurah itu.

Tidak kurang ada yang mendoakan agar peniaga itu sentiasa dimurahkan rezeki kerana menawarkan harga yang murah untuk makanan dijualnya.

“Aaa teringat makan mi udang dengan sini dari mengandung samapai anak sorang”
“Dekat Taman Melati, Gombak. Dari dulu harga tak naik. Saya datang beli bungkus, seminggu sekali. Nak makan sini ramai sangat. Servis lambat sikit”
“Meniaga macam ni mungkin tak kaya duit. Tapi orang yang doakan dia atas kebaikan hati dia..”
“RM3.50? Biasa kalau dah nama nasi ayam dah atas RM8 paling murah. Murah rezeki akak ni”

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.