fbpx
Now Reading
“Kebersihan Out!” – Ramai Geli Lihat Cacing Ditemui Dalam Makanan, Masih Hidup & Bergerak Atas Pinggan [Video]

“Kebersihan Out!” – Ramai Geli Lihat Cacing Ditemui Dalam Makanan, Masih Hidup & Bergerak Atas Pinggan [Video]

Dakwa pelanggan berkenaan, kedai itu telah membuat bayaran balik (refund) mengikut harga makanan yang terjejas dan memberi kek percuma kepadanya sebagai ganti rugi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kebersihan merupakan aspek penting yang perlu diambil kira lebih-lebih lagi peniaga makanan.

Ia penting bagi mengelakkan daripada berlakunya perkara tidak diingini yang boleh memudaratkan pelanggan.

Entah mengapa, walaupun pelbagai peringatan telah dibuat, ada segelintir peniaga dilihat sambil lewa dan mengabaikan aspek kebersihan ini.

Cacing Masih Hidup Ditemui Dalam Pinggan Makanan

Baru-baru ini, tular di media sosial penemuan cacing dalam sebuah hidangan yang dipesan oleh seorang lelaki.

Apa yang menjadi perhatian adalah cacing yang berwarna hitam itu masih hidup malah bergerak-gerak di atas pinggan.

Situasi yang menjijikkan itu dikongsikan sendiri oleh lelaki berkenaan di Threads @ezzra46.

Melalui perkongsian tersebut, dapat dilihat masih terdapat makanan seperti kentang, salad serta daging yang disaluti keju pada pinggan berkenaan.

Difahamkan, masakan barat itu dipesan oleh pengguna itu di sebuah kedai makan yang terletak di Kuantan, Pahang.

Kedai Bayar Ganti Rugi Harga Makanan Dipesan & Bagi Kek Kepada Pelanggan

Kongsi pengguna itu lagi, dia telah memaklumkan kepada pihak kedai makan mengenai insiden tersebut.

Dakwanya, kedai itu telah membuat bayaran balik (refund) mengikut harga makanan yang terjejas dan memberi kek percuma kepadanya.

“Aku nak tanya pendapat korang. Bila korang tengah makan sekali keluar ulat (cacing) macam ni.

“Lepas tu kedai ni refund harga makanan sahaja dan bagi kek free, apa korang akan buat?” tulisnya.

View on Threads

Pengguna Media Sosial Beri Pelbagai Reaksi, Ada Yang Anggap Peniaga Tak Sengaja

Perkongsian yang telah mendapat lebih 50,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, masing-masing mempunyai pendapat tersendiri apabila melihat keadaan tersebut.

Ramai yang meluahkan rasa geli melihat cacing yang masih hidup berada pada pinggan pelanggan berkenaan.

Malah, ada yang menyifatkan peniaga makanan itu tidak menitik beratkan aspek kebersihan memandangkan terdapat cacing yang dipercayai datang daripada salad tersebut.

Namun, ada pula pengguna media sosial yang berpendapat kemungkinan peniaga itu telah membersihkan sayur berkenaan namun mungkin dia terlepas pandang.

Apatah lagi, peniaga itu telah membuat refund dan memberi ganti rugi. Pun begitu, ada yang merasakan pengguna berkenaan perlu membuat laporan kepada pihak KKM walaupun ganti rugi telah dibayar.

6 Cara Buat Aduan Peniaga Atau Restoran Kotor Kepada KKM

Tahukah anda, orang ramai sebenarnya boleh membuat aduan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) jika berhadapan dengan situasi sebegini.?

Terjumpa bendasing dalam makanan? Makanan tercemar? Makanan yang dibeli rosak? Kedai makan kotor? Semua situasi ini boleh dilaporkan kepada KKM.

Langkahnya mudah sahaja. Individu hanya perlu membuat enam cara di bawah:

  1. Datang sendiri ke pejabat Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), KKM atau Pejabat Kesihatan Daerah
  2. Hubungi BKKM di talian 03-8885 0797 atau talian 1MOCC iaitu 03- 8000 8000
  3. Laporkan aduan ke laman web SISPAA
  4. Buat aduan di laman Facebook BKKMHQ
  5. Fakskan aduan ke talian 03-8885 0769
  6. Tulis surat aduan dan alamatkan ke Pejabat BKKM atau Jabatan kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat.

6 Cara penyampaikan aduan ke pada pihak kami.

Posted by Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM on Tuesday 8 August 2017

Ini antara komen menarik pengguna Threads:

“Cacing Dari Salad Tu, Tengok Pun Dah Geli, Kalau Kena Dekat Diri Sendiri, Confirm Pinggan, Meja Dah Melayang”

“Kena Check Betul Ke Tak Pekerja Tu Ada Ambil Kursus Pengendalian Makanan, Duit Refund & Kek Pun Tak Dapat Hilangkan Trauma Sis”

“Serius Geli Tengok, Kebersihan Out”

“Cacing Tu Allahuakbar, Kalau Dia Refund, Maafkan Jela Tapi Kena Pesan Betul-Betul Dekat Peniaga Berhati-Hati Dan Jaga Kualiti Makanan”

“Refund Saja Tak Memadai, Jika Berlaku Pada Anda, Tak Mustahil Berlaku Kepada Yang Lain”

Baca Artikel Berkaitan: “Geli Tekak Aku” – Wanita Luah Rasa Kecewa, Daun Pisang Balut Pulut Sambal Yang Dibeli Kotor [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Tular Pekerja Kedai Mamak Didakwa Basuh Pinggan Dalam Tong Sampah Buat Ramai Geli [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Jumpa Ulat Dalam Botol Kicap, Lelaki Cirit-Birit & Sakit Perut Selepas Makan Sushi

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.