fbpx
Now Reading
Ramai Terhibur Fazz Ahmad Antara Rapper Pilihan Altimet – “Saya Boleh Buat Style Semua, Kecuali Dia” [Video]

Ramai Terhibur Fazz Ahmad Antara Rapper Pilihan Altimet – “Saya Boleh Buat Style Semua, Kecuali Dia” [Video]

Menurut Altimet lagi, Fazz Ahmad juga tiada persaingan dalam pasaran rap dengan apa yang dibawa olehnya menyebabkan orang ramai mudah memberi tumpuan kepadanya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

‘Movement’ hip-hop seperti rap sememangnya mendapat tempat di Malaysia, meskipun tidak semua orang meminatinya, namun boleh dikatakan ramai juga rakyat di negara ini yang menggemari teknik nyanyian sedemikian.

Lihat sahaja betapa banyaknya kumpulan rap yang ada di negara ini dan juga ‘rapper’ terkenal seperti Malique, Sona One, Joe Flizzow bahkan pelawak terkenal Zizan Razak juga menceburi dunia rap.

Tidak dinafikan, rap merupakan salah satu seni muzik dalam menyampaikan sesuatu cerita atau kisah dengan berkata-kata dengan cepat, namun ada juga yang menjadi ‘rapper’ sekadar suka-suka untuk menghiburkan orang ramai seperti Fazz Ahmad.

Fazz Ahmad antara rapper pilihan Altimet

Walaupun sekadar suka-suka, siapa sangka Fazz Ahmad yang terkenal dengan tagline ‘young rapper number one’ itu ternyata menjadi antara rapper pilihan bekas penyanyi rap, Altimet yang kini bergelar Yang Berhormat (YB).

Altimet menyebut nama Fazz Ahmad dalam satu rancangan audio siar (podcast), Borak Kaypoh ketika diajukan soalan oleh ‘podcaster’ mengenai rappers pilihannya pada tiga bulan yang lalu.

Fazz Ahmad yang baru mengetahui tentang perkara itu kemudiannya berkongsi klip podcast terbabit di akaun TikTok miliknya semalam (2 Jun).

Altimet akui tak boleh tiru gaya rap Fazz Ahmad

Dalam siaran podcast tersebut, Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman menyatakan beliau boleh membuat gaya rap kesemua ‘rapper’ di Malaysia kecuali Fazz Ahmad.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya itu juga mengakui beliau terhibur dengan apa yang dilakukan oleh ‘rapper’ terbabit.

“Entertainment value dia (Fazz Ahmad) sangat tinggi, untuk (pada pendapat) saya secara peribadi,” kata Altimet.

Fazz Ahmad disifatkan bijak, tiada pesaing

Menurut Altimet lagi, Fazz Ahmad juga tiada persaingan dalam pasaran rap dengan apa yang dibawa olehnya menyebabkan orang ramai mudah memberi tumpuan kepadanya.

“Tiada siapa boleh lawan dia, sebab rappers yang macam ‘dark’ ada, rappers yang main jalanan ada, rappers yang ‘super lyrical’ ada, semua tengah bersaing, siapa yang bersaing dengan Fazz Ahmad? Takda.

“Dalam ‘perlumbaan’ dia menang sorang. Dia sangat bijak,” katanya lagi.

@fazzahmad2

Steady Yb bang met

♬ original sound – Fazz Ahmad

Mungkin Altimet hanya berseloroh memilih Fazz Ahmad sebagai salah satu rapper pilihnya, namun apa yang diperkatakan oleh Ketua Keadilan Cabang Ampang itu ada betulnya juga.

Video penuh podcast tonton di sini:

Memindai ke ruangan komen pada hantaran di TikTok pula, rata-rata pengguna media sosial dilihat terhibur mendengar penjelasan yang diberikan oleh Altimet.

Kebanyakan netizen juga berseloroh dengan mengakui Fazz Ahmad sememangnya ‘rapper’ nombor satu di Malaysia.

Kalau korang tak kenal Fazz Ahmad memang korang tak cukup legend lah. Mesin rumput, basuh motor habis dirapnya.😂

Berikut artikel yang diberikan netizen:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.