fbpx
Now Reading
Pelanggan Wanita Bantu Pelancong China Nak Beli Durian Guna Bahasa Mandarin Buat Ramai Kagum [Video]

Pelanggan Wanita Bantu Pelancong China Nak Beli Durian Guna Bahasa Mandarin Buat Ramai Kagum [Video]

Kongsi peniaga durian yang dikenali sebagai Amin, tiga orang pelanggan dari China yang datang ke gerainya itu menghadapi kesukaran untuk berkomunikasi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Bahasa merupakan medium komunikasi utama yang digunakan oleh setiap individu.

Bila sebut tentang bahasa, majoriti orang ramai hanya fasih menggunakan bahasa ibunda dan bahasa kedua seperti bahasa Inggeris.

Tidak semua namun ada juga individu yang turut mempunyai kemahiran dan menguasai bahasa ketiga.

Antara bahasa ketiga yang sering menjadi pilihan orang ramai antaranya seperti bahasa Arab, Jerman, Perancis atau bahasa Mandarin.

Pelanggan Wanita Bantu Peniaga Durian Terangkan Harga Kepada Pelancong China

Baru-baru ini, tular di media sosial seorang wanita melayan tiga orang pelanggan dipercayai pelancong luar negara dari China.

Apa yang menjadi perhatian adalah wanita berbaju kurung itu dilihat dengan santai namun penuh yakin melayan tiga orang pemuda tersebut menggunakan Bahasa Mandarin.

Kejadian itu dikongsikan sendiri oleh peniaga durian berkenaan dalam satu video di TikTok @aminnnrosli.

Pelanggan Alami Kesukaran Berkomunikasi, Peniaga Mohon Bantuan Terangkan Harga

Kongsi peniaga durian yang dikenali sebagai Amin, pelanggan dari China yang datang ke gerainya itu menghadapi kesukaran untuk berkomunikasi walaupun harga durian telah dipaparkan di gerainya itu.

Malah, mereka juga tidak memahami bahasa yang digunakan walaupun dia cuba berinteraksi menggunakan bahasa Inggeris.

Namun nasibnya baik apabila seorang wanita yang juga merupakan pelanggan di gerainya itu membantu Amin menerangkan harga durian dalam bahasa Mandarin.

Kongsi Amin kepada BuzzKini, anak-anak pelanggan wanita itu juga fasih menggunakan bahasa tersebut.

Menerusi video itu, pelanggan wanita berkenaan sedang menerangkan kepada tiga orang pemuda tersebut harga durian Udang Merah Gred A yang dijual pada harga RM45 sekilo.

Kongsi peniaga itu lagi, dia hanya menjual raja buah itu ketika tiba musimnya di Balik Pulau di gerai miliknya yang terletak di Pusat Beli Belah Mydin, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Pelanggan Wanita Turut Kongsi Kisah Sebenar Di Ruangan Komen

Lebih menarik, pelanggan wanita itu turut muncul di ruangan komen menjelaskan situasi sebenar ketika kejadian.

Jelas pelanggan berkenaan, dia secara sukarela membantu peniaga itu menerangkan harga selepas melihat peniaga durian tersebut menghadapi kesukaran untuk berkomunikasi dengan tiga orang pelanggan tersebut.

Malah, dia turut memuji kesedapan durian yang dijual oleh peniaga itu dan mendoakan agar duriannya laris terjual.

Ramai Kagum Lihat Kefasihan Wanita, Siap Ada Yang Mahu Belajar Bahasa Cina

Video yang telah mendapat tontonan lebih 2.2 juta itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa kagum melihat kebolehan pelanggan wanita itu yang fasih menggunakan bahasa Mandarin.

Malah, ada juga yang menyuarakan hasrat mahu mempelajari bahasa berkenaan agar dapat digunakan pada waktu sebegini.

Ini antara komen menarik pengguna TikTok:

“Wow! Bahasa Mandarin Akak Ni Lagi Baik Dari Saya”

“Lancarnya Akak Ni Cakap Bahasa Cina”

“Belajar Lebih Dari Satu Bahasa Bukanlah Merugikan, Lihat Hasilnya”

“Terbaik Kakak Ni Dapat Membantu Peniaga Macam Abang Durian”

“Sempoi Je Kakak Cakap Bahasa Mandarin Dengan Pelanggan, Tauke Kena Upah Sebiji Durian Pada Kakak Tu”

“Seronok Dengar Kakak Ni Cakap Bahasa Cina, Fasih Macam Bahasa Melayu”

Baca Artikel Berkaitan: Peniaga Di China Sanggup Belajar Bahasa Melayu Sebagai Usaha Tarik Ramai Pelanggan Nusantara

Baca Artikel Berkaitan: “Power Dia Borak” – Lelaki Dari Amerika Dipuji Tak Kekok Berbahasa Melayu [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.