“Menyedihkan”- Peserta Ekperimen Sosial Dikritik Tak Tahu Nama Agong [Video]
Menerusi video yang dikongsikan, turut ada peserta yang menjawab Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berasal dari Terengganu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebagai rakyat di sesebuah negara adalah penting untuk kita mengambil tahu isu semasa, menambah pengetahuan am dan sebagainya.
Antara pengetahuan am yang perlu diketahui oleh orang ramai seperti kawasan bersejarah di Malaysia, pemimpin, nama-nama individu yang berjasa di negara ini dan banyak lagi.
Perkara ini secara tidak langsung membantu memupuk rasa cintakan negara selain menjadi duta kecil dalam mempromosikan negara sekiranya berurusan dengan orang luar seperti pelancong.
Namun tak dinafikan meskipun ia penting masih ada lagi segelintir indvidu di luar sana yang memandang remeh terhadap perkara ini. Malah merasakan ia bukan suatu pengetahuan yang diperlukan buat mereka, apabila ditanya jawapan yang diberikan juga membuatkan ramai menepuk dahi.
Lelaki tanya nama Agong, ramai tak dapat jawab
Terbaharu, tular satu video di X memaparkan seorang lelaki yang berkunjung ke pasar malam untuk membuat eksperimen sosial dengan bertanyakan soalan mengenai Yang di-Pertuan Agong (YDPA) di Malaysia.
Eksperimen itu dipercayai dilakukan oleh lelaki berkenaan bersempena dengan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong yang disambut pada 2 Jun lalu.
Menerusi video yang dikongsikan, awalnya kelihatan seorang lelaki yang lengkap memakai Baju Melayu dan bertanjak telah bertanya kepada orang ramai ‘siapakah nama Yang di-Pertuan Agong yang terkini?’
Ada yang jawab nama Perdana Menteri
Peserta pertama yang memakai tudung berwarna krim kemudiannya menjawab Datuk Seri Anwar Ibrahim, malah dia turut mengatakan ‘baginda’ berasal dari negeri Terengganu.
Manakala peserta kedua menjawab Agong yang terkini adalah Tunku Mahkota Johor (TMJ).
Peserta ketiga pula memohon maaf kerana tidak mengetahui siapakah Agong yang terkini.
Namun soalan itu berjaya dijawab oleh peserta keempat apabila ia mengatakan Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.
Tak ramai yang dapat jawab dengan betul
Sebaik menjumpai peserta wanita yang dapat menjawab soalan dengan betul, kelihatan lelaki yang memakai baju Melayu begitu teruja.
Malah dia turut menghadiahkan satu sampul dipercayai berisi duit bagi soalan yang dijawab dengan betul. Dia kemudian meneruskan soalan dengan bertanya ‘Sultan Ibrahim berasal dari mana?’.
Wanita itu lalu menjawab berasal dari Johor namun dia tidak dapat menjawab apabila lelaki itu bertanya ‘Sultan Ibrahim merupakan Agong yang ke berapa dilantik di Malaysia?’.
Soalan sama juga gagal dijawab oleh beberapa lagi peserta di mana rata-rata menyebut baginda sebagai YDPA yang kelima hingga ke-10.
Soalan itu bagaimanapun berjaya dijawab oleh perserta terakhir apabila dia menjawab Sultan Ibrahim merupakan yang ke-17 ditabalkan sebagai Agong.
@abgboy_oe Ada yang kerja ke esok? 🤔 #abgboy #topikuning #pasarmalam #kongsirezeki #fyp #fypage #fypシ゚
♬ 原声 – AbgBoy – AbgBoy
Pengetahuan am amat kurang masa sekarang. pic.twitter.com/5NJP1mSdra
— ًِ (@bckupacc99) June 1, 2025
Ramai kecewa apabila ada yang tak tahu nama Agong dan kurang pengetahuan am
Melihat di ruangan komen, ramai meluahkan kekecewaan mereka apabila rata-rata dari peserta itu tidak dapat menjawab soalan pengetahuan am itu dengan betul.
Bukan itu sahaja, ada juga menyifatkan ia sesuatu perkara yang menyedihkan untuk generasi yang akan datang memandangkan ada yang gagal membezakan antara Perdana Menteri dan YDPA.
Malah ada yang menasihatkan untuk mereka yang tidak mengetahui perkara itu untuk membaca buku atau membuat carian di internet untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.
Namun ada juga mengatakan rata-rata peserta dilihat berusia bawah 18 tahun dan mempunyai pengetahuan am yang masih cetek.
“Kalau tanya nama Agong tapi tak dapat jawab tu, hmm duduk negara mana lah”

“Ya pengetahuan am tu penting dan generasi sekarang dah tak kisah tu. Berita harian pun dia orang tak ambil tahu”

“Tengok pada video yang dia tanya (peserta), kebanyakan umur lingkungan 18 tahun dan ke bawah golongan gen alpha.Pengetahuan am negara pun masih cetek..”

“Yang Anwar Ibrahim tu kita perlu bercakap”

“Malu pula tengoknya”




