“Masa Booking Lawa” – Wanita Kongsi Pengalaman, Dapat Homestay Kotor Ketika Bercuti Di Langkawi [Video]
Jelas wanita berkenaan, pemilik homestay telah memulangkan duitnya (refund) dan dia sekeluarga berjaya mendapat rumah inap desa lain dalam masa satu jam.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Bila pergi bercuti perkara paling penting dan sering dititik beratkan adalah pemilihan tempat tinggal.
Ada yang lebih selesa duduk di hotel namun bagi mereka yang datang bercuti bersama keluarga, rumah inap desa atau homestay menjadi pilihan.
Kebiasaannya, individu akan membuat tempahan secara online setelah melihat gambar persekitaran yang cantik serta review yang menyakinkan.
Namun kadangkala, tidak semua gambar yang disertakan menggambarkan realiti sebenar keadaan tempat tersebut.
Homestay Kotor & Dalam Keadaan Tidak Terurus, Tak Sama Macam Dalam Gambar
Baru-baru ini, tular di media sosial keadaan sebuah homestay di Pulau Langkawi, Kedah yang ditempah oleh seorang wanita ketika bercuti bersama keluarga di pulau bersejarah itu.
Menerusi perkongsian video di TikTok @mira.advisor, wanita yang dikenali sebagai Mira itu berkongsi pengalamannya mendapat homestay yang jauh berbeza dari apa yang digambarkan.
Difahamkan, inap desa itu ditempah olehnya sewaktu dia bersama ahli keluarga datang ke Pulau Langkawi bagi menyaksikan Langkawi International Maritime and Aerospace (LIMA) baru-baru ini.
“Masa booking gambar lawa, dah sampai lain pula story. Dugaan ke LIMA 2025 beramai ramai dalam 13 orang dewasa dan kanak-kanak.
“Dah sampai homestay and nak check in, tengok persekitaran memang tak selamat, tak bersih dan seram,” tulisnya menerusi ruang kapsyen.
Daun Dah Tumbuh Pada Dinding Dapur, Siap Ada Bangkai Katak Dalam Kolam
Melalui perkongsian itu, dapat dilihat bahagian dapur inap desa berkenaan berada dalam keadaan tidak terurus malah daun hijau dilihat menjalar pada periuk yang tergantung.
Bukan itu sahaja, dakwa Mira, kolam juga berlendir serta turut terdapat bangkai katak yang telah pecah isi perutnya dalam kolam berkenaan.
Malah, kerusi rehat yang terdapat pada tepi kolam juga dilihat reput dan tidak selamat untuk diduduki.
Kongsi Mira lagi, sehari sebelum kedatangannya sekeluarga, pemilik homestay berkenaan ada memaklumkan terdapat bangkai biawak yang mati di dalam rumah.
Namun, pemilik homestay berkenaan bersetuju untuk memberi rumah mengikut pintu lain.
Pun begitu, pemilik homestay itu kemudiannya bertindak memulangkan semula duit kepada Mira memandangkan dia tidak sempat mengemas rumah seperti yang dijanjikan.
@mira.advisor Masa booking gambar lawa, dah sampai lain pula story 😆 Dugaan ke LIMA 2025 beramai ramai dalam 13 orang dewasa dan kanak2. Dah sampai homestay and nak check in, tgk persekitaran mmg tak selamat.. tak bersih dan sheram. Sehari sebelum owner ada call bagitahu ada biawak mati dlm rumah dia.. so bila berbincang, dia setuju bagi rumah pintu yg lain.. tp bila dh smpai, Owner homestay bagitahu tak sempat kemas rumah yg dijanjikan tu and agreed utk refund sepenuhnya.. Dah sampai sana weh, homestay pula mmg tak selamat diduduki.. telefon sana sini dan alhamdulillah dpt homestay baru yg lebih dekat dgn airport dan byk bilik.. terima kasih sgt kt yang membantu kami.. rumah cantik sgt! Tak tahu nk dikategorikan sebagai scam atau tak sbb owner refund.. cuma mmg huru hara hari pertama kami.. saje share dgn semua sebagai kenangan, takde niat nk post owner tu pun ☺️ Tahun 2027, kami akan booking setahun awal okeh 😜
♬ bunyi asal – user2065896913558 – tehhana02
Tonton video penuh [DI SINI]
Berjaya Cari Homestay Lain Dalam Masa Satu Jam
Sebaik melihat keadaan inap desa berkenaan yang tidak selamat untuk diduki, Mira sekeluarga nekad untuk mencari homestay lain dalam masa satu jam dengan bantuan seorang individu baik hati di Langkawi.
“Dah sampai sana weh, homestay pula memang tak selamat diduduki. Telefon sana sini dan Alhamdulillah dapat homestay baru yang lebih dekat dengan airport dan banyak bilik.
“Terima kasih sangat dekat yang membantu kami. Rumah cantik sgt!
“Tak tahu nak dikategorikan sebagai scam atau tak sebab owner refund. Cuma memang huru-hara hari pertama kami,” tulisnya lagi.
Jelas Mira, tujuannya berkongsi kisah itu bukanlah untuk mengaibkan pemilik homestay berkenaan sebaliknya sebagai pengajaran kepada orang ramai agar lebih berhati-hati ketika membuat tempahan dalam talian.
@mira.advisor Replying to @Mira.Shield alhamdulillah lepas call bermacam orang,. Sy dpt bantuan dari Kak Lina, Akak ni ada buat bisnes di Langkawi.. sy simpan sebagai one of contact.. Kak Lina kata dia tlg tny kan dlm group Langkawi dulu siapa yg ada kosong.. dlm sejam, kami dpt rumah ni🥰 Terima kasih yg membantu ❤️ Homestay ni takde nama tau.. tp area Kedawang. Nak contact number owner, PM Mira ✅ See ya LIMA 2027!!🎊
♬ Paper Birds – Jordan Halpern Schwartz
Tonton video penuh [DI SINI]
Pengguna Terkejut Lihat Keadaan Homestay Tidak Terurus
Video yang telah mendapat sejuta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang terkejut melihat keadaan homestay yang tidak terurus dan kotor itu.
Malah, ada yang mahu wanita berkenaan meninggalkan review terkini walaupun pemilik homestay itu telah memulangkan semula wangnya sebagai peringatan buat pengguna lain.
Tidak hanya itu, rupanya ada warganet yang pernah menginap di homestay sama dan mempunyai pengalaman yang serupa.
Ini antara komen menarik pengguna TikTok:
“Nasib Pemilik Homestay Bagi Refund, Dia Expect Apa Eh Orang Nak Duduk Homestay Gini”

“Patutlah Macam Familiar, Saya Pernah Duduk Sini Tahun 2018, Masa Tu Lebih Kurang Juga”

“Walaupun Owner Dah Refund, Harap Bagi Rating Atau Review Jujur Dekat Iklan Tu, Supaya Orang Lain Tak Terkena, Bahaya Ni”

“Kalau Nak Book Homestay Ke Hotel, Saya Akan Cari TikTok Lihat Macam Mana Situasi Tu, Kalau Banyak Bad Review Memang Tak Book La”

“Owner Homestay Tolongla Buat Deep Clean Setahun 2 Kali, Jangan Tahu Nak Untung & Berkira”

Baca Artikel Berkaitan: Tetamu Buat BBQ Dalam Rumah, Pemilik Inap Desa Terpaksa Basuh Lantai & Jemur Kusyen Sebab Berminyak [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Beras Bagi Biasa Je?” – Pemilik Kecewa, Pelanggan Homestay Complaint Barang Dapur Percuma Yang Disediakannya



