Now Reading
Gelagat Pengunjung PBAKL Berebut-Rebut Di Pintu Masuk Undang Pelbagai Reaksi [Video]

Gelagat Pengunjung PBAKL Berebut-Rebut Di Pintu Masuk Undang Pelbagai Reaksi [Video]

Menerusi video turut kelihatan ada yang berlari dan tersepit disebabkan tolak-menolak serta berebut ketika ingin memasuki pintu masuk pesta buku itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Tak dinafikan sejak dari kecil kita sentiasa disarankan untuk membaca buku serta menjadikannya sebagai satu budaya di kalangan setiap masyarakat.

Ini kerana budaya sihat seperti ini tidak sahaja membentuk seseorang untuk mempunyai minat dalam membaca bahkan menjadikan kita sebagai masyarakat yang berpengetahuan.

Setiap individu mempunyai genre bahan bacaan yang berbeza-beza mengikut minat mereka.

Malah setiap tahun juga negara akan mengadakan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) untuk pembaca mencari lebih banyak lagi bahan bacaan yang pastinya bermanfaat untuk mereka.

Gelagat pengunjung PBAKL 2025 berebut ketika di pintu masuk raih perhatian

Baru-baru ini, tular satu video di X memaparkan gelagat pengunjung di PBAKL 2025 berebut-rebut memasuki di sebuah pintu masuk pesta berkenaan yang diadakan di Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur.

Menerusi video tersebut, awalnya kelihatan orang ramai telah berkumpul di pintu berkenaan. Malah turut kelihatan seorang anggota Rela dan seorang anggota polis sedang berdiri di hadapan pintu itu.

Ada yang berlari, tolak-menolak dan tersepit ketika di pintu masuk

Tidak lama kemudian kelihatan mereka berebut-rebut memasuki pintu berkenaan dan berlari.

Malah dapat dilihat ada yang tersekat di pintu terbabit ekoran beg tangan yang tersepit di antara celahan pengunjung yang berada di pintu itu.

Bukan hanya itu, kedengaran suara anggota Rela seperti menjerit seolah-olah meminta orang ramai untuk bersabar.

“Bukti rakyat Malaysia minat membaca. 2,160,956 (juta) pengunjung PBAKL 2025,” tulis di dalam video itu.

@penerbitusm

Replying to @suzieaziz79 boleh lawan food fest kalau macam ni..

♬ original sound – Penerbit USM@USAINS – Penerbit USM@USAINS

Gelagat pengunjung berebut undang pelbagai reaksi

Melihat di ruangan komen, video memaparkan tindakan pengunjung berebut-rebut sewaktu memasuki pintu masuk berkenaan telah mengundang pelbagai reaksi.

Ada yang merasakan setiap pengunjung itu tidak perlu untuk berebut mahupun saling tolak-menolak ketika berkunjung ke PBAKL 2025.

Malah ada yang berpendapat, seseorang yang suka membaca buku tidak mungkin berkelakuan sebegitu rupa.

Tidak kurang ada yang mempersoalkan mengapa hanya satu pintu yang dibuka ketika itu, dan merasakan ia akan lebih memudahkan jika kedua-dua pintu boleh dibuka.

Malah ada yang meminta orang ramai untuk mewujudkan budaya berebut-rebut seperti itu kerana ia dilihat tidak sopan.

Bukan hanya itu, ada yang berpendapat mungkin itu adalah cara untuk membina satu pemasaran mengenai program tersebut.

“Mesti ada job buat crowd frenzy.. Daripada food bazaar, baju, minyak wangi dan sekarang buku sekali. Bina permintaan palsu”
“Tak faham kenapa perlu tolak-menolak, yang lawan arus pun ada. Ingat tolak-tolak tu makin cepat ke?”
“Ni selalunya kes kejar promo atau buku viral. Tapi aneg juga lah ada yang lawan arus”
“Hampir semua buku yang saya baca tak ajar kita tidak berdisiplin, tak berebut-rebut…”
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.