fbpx
Now Reading
2 Anggota Polis Sanggup Turun Dari Motosikal Peronda & Pimpin Warga Emas Berjalan Raih Pujian [Video]

2 Anggota Polis Sanggup Turun Dari Motosikal Peronda & Pimpin Warga Emas Berjalan Raih Pujian [Video]

Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan 2 anggota polis memimpin tangan wanita warga emas dipercayai untuk membantunya melintas.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sifat empati dan kemanusiaan merupakan salah satu nilai murni yang perlu dididik dan diterapkan kepada setiap individu sejak mereka kecil.

Malah individu dewasa juga perlu sentiasa menjadi contoh dengan menunjukkan nilai kemanusiaan yang baik dengan tolong-menolong antara satu sama lain.

Perkara ini secara tidak langsung dapat mendidik orang ramai untuk sentiasa melakukan kebaikan walau di mana pun mereka berada.

2 anggota polis jadi perhatian apabila sanggup turun dari motosikal untuk bantu wanita warga emas

Baru-baru ini dua orang anggota polis turut menunjukkan contoh yang baik kepada orang ramai sewaktu berada di tengah kota raya Kuala Lumpur dengan membantu seorang warga emas.

Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok, Elena Antohi yang dipercayai sedang melancong di Malaysia, awalnya kedengaran bunyi siren motosikal polis peronda.

Namun tidak lama kemudian kelihatan dua anggota polis telah turun daripada motosikalnya dan menuju ke arah seorang wanita warga emas.

Pimpin tangan warga emas untuk lintas jalan

Sebaik mendekati warga emas berkenaan, mereka memimpin tangan warga emas tersebut untuk berjalan.

Turut kelihatan warga yang memakai baju kurung itu turut membawa barangan bersamanya sewaktu ingin berjalan.

Dua anggota itu dipercayai membantu wanita terbabit untuk melintas jalan secara perlahan-lahan.

Individu rakam momen indah 2 anggota polis rasa terharu

Perkara ini secara tidak langsung membuatkan Elena terharu dan memuji tindakan baik dua anggota polis berkenaan.

Malah dia turut percaya masih terdapat individu yang mempunyai sifat kemanusiaan dengan membantu insan memerlukan.

“Saya masih percaya kepada kemanusiaan,” ujarnya.

@elenaantohi 👏🏼 #kl #pavilionkl #kualalumpur #police #humanity ♬ Stuff We Did (from 'Up') – Piano Version – your movie soundtrack

Ramai puji dan bangga dengan tindakan 2 angggota polis

Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji dua anggota polis berkenaan, selain menyifatkan ia adalah dari didikan ibu bapa yang hebat.

Tidak kurang juga ramai yang meluahkan rasa bangga kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana menunjukkan contoh yang baik.

Malah ada yang berpendapat adab dan akhlak sentiasa menjadi keutamaan walau seseorang itu mempunyai pangkat yang besar.

Ada juga mengatakan dua anggota polis itu merupakan pengawal pengiring golongan kenamaan (VVIP).

“Tahniah dan terima kasih buat rider istana negara, semoga dipermudahkan segala urusan serta berjaya dunia akhirat”
“Kedua-dua hasil didikan kedua ibu bapa yang hebat, semoga abang-abang semua dipermudahkan segala urusan dan sentiasa dimurahkan rezeki.”
“Kebaikan mengatasi segalanya”
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.