fbpx
Now Reading
Tular Pengetua Diarak Naik BMW i8 Roadster Ketika Majlis Persaraan Raih Perhatian Ramai [Video]

Tular Pengetua Diarak Naik BMW i8 Roadster Ketika Majlis Persaraan Raih Perhatian Ramai [Video]

Difahamkan, guru besar yang dikenali sebagai cikgu AB. Mutalib Mahad itu merupakan seseorang yang disukai dan disenangi oleh guru-guru, ibu bapa serta para pelajar.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pasti ramai di antara kita yang pernah menyambut Majlis Persaraan Guru semasa di bangku sekolah dahulu bukan?

Jasa seorang guru amatlah besar, maka wajarlah sekiranya mereka diraikan untuk kali terakhir bersama warga pendidik dan pelajar-pelajar di sekolah berkenaan.

Kebiasaannya setiap sekolah akan mengadakan majlis terbabit yang disertakan dengan sesi mengiring guru bersara keluar daripada sekolah dengan kreativiti masing-masing.

Tular pengetua bersara naik BMW i8 Roadster

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan Majlis Persaraaan Pengetua SMK Bukit Gambir, Tangkak, Johor yang diiring keluar dengan menaiki kereta mewah jenis BMW i8 Roadster.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @eiza_liza, difahamkan, pengetua yang dikenali sebagai cikgu AB. Mutalib Mahad itu merupakan seseorang yang disukai dan disenangi oleh guru-guru, ibu bapa serta para pelajar.

Kelihatan di dalam video lambain serta senyuman yang diukirkan cikgu AB Mutalib kepada para pelajar dan guru-guru di sekolah terbabit.

@eiza_liza

Selamat Bersara Cikgu AB. Mutalib.. Pengetua SMK Bukit Gambir… cikgu yg sangat di sukai dan di senangi oleh guru2..ibubapa.. dan para pelajar…

♬ Memori Tercipta – è

Walau bagaimanapun, perkongsian terbabit tidak disenangi segelintir individu apabila ada yang mempersoal mengenai status kereta mewah yang dinaiki oleh guru besar terbabit, adakah ianya disewa dengan menggunakan duit sekolah atau sememangnya milik pendidik itu.

Majlis persaraan cikgu AB Mutalib kebanyakannya ditaja, tak guna duit sekolah

Susulan itu, pemilik video yang dipercayai ibu kepada tiga orang pelajar di sekolah berkenaan tampil menjelaskannya.

Menurut wanita tersebut, kereta mewah itu bukanlah dibeli atau disewa dengan menggunakan duit sekolah.

“Maaf semua, jangan salah faham. Tak guna duit sekolah pun, semua layanan untuk majlis persaraan ini memang layak untuk beliau.

“Cikgu AB. Mutalib seorang cikgu yang sangat baik, disenangi oleh warga sekolah, ibu bapa dan pelajar. Jadi tidak hairanlah ramai yang sudi taja di hari persaraan beliau.

“Orang baik memang akan dapat layanan yang baik, orang baik ramai yang sayang,” tulisnya di ruangan komen.

BMW i8 Roadster dipercayai milik pengasas MK Curtain

Menerusi semakan kami, kereta mewah BMW i8 Roadster itu dipercayai milik Datuk Wira Calvin Khiu iaitu pengasas MK Curtain.

Berkemungkinan kereta tersebut dipinjamkan kepada pihak sekolah untuk majlis persaraan Cikgu AB.

@khiu19_oe Sudah jadi Tauke besar pun jangan sombong kan ?😂 #oeacademy #Mkcurtain ♬ original sound – Dato’Calvin khiu-Mk

Sementara itu, kebanyakan pengguna media sosial lain yang mendakwa bekas pelajar kepada cikgu AB turut mengakui bahawa guru berkenaan sememangnya seorang yang baik, peramah serta disukai pelajar.

Tidak kurang juga yang berkongsi mengenai majlis persaraan guru-guru mereka, ada yang serius dan ada pula yang berseloroh.

Video penghargaan cikgu AB. Mutalib turut dikongsikan di laman Facebook rasmi SMK Bukit Gambir.

“Sekolah saya kalau cikgu berpisah guna kereta Koenigsegg Jesko”

“Guru kegemaran dah bersara”

“Bekas pelajar, terima kasih cikgu Mutalib”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.