fbpx
Now Reading
“Mereka Hina Ibu Saya” – Isu Tunjuk Jari Tengah, Pemain MU Amad Diallo Tampil Beri Penjelasan [Video]

“Mereka Hina Ibu Saya” – Isu Tunjuk Jari Tengah, Pemain MU Amad Diallo Tampil Beri Penjelasan [Video]

Pemain Manchester United itu bagaimanapun turut mengakui telah mengharungi masa yang hebat di Malaysia dengan orang yang baik.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sejak semalam (29 Mei), kecoh di media sosial mengenai tindakan pemain Manchester United, Amad Diallo menunjukkan isyarat lucah menggunakan jari kepada para penyokong The Red Devils di Kuala Lumpur.

Mana tidaknya, keterujaan para penyokong Man United apabila kehadiran kelab gergasi Eropah itu ke Malaysia akhirnya dibalas sedemikian rupa.

Sudahlah terpaksa melihat pasukan kesayangan mereka itu tewas 0-1 di tangan ASEAN All-Stars pada perlawanan kelmarin (28 Mei) di Stadium Bukit Jalil, terima pula isyarat lucah daripada Diallo.

Dakwa ibu kena hina punca Amad Diallo tunjuk isyarat lucah

Terbaharu, Diallo atau lebih popular dengan panggilan Amad di Malaysia tampil mengakui dia tidak sepatutnya menunjukkan jari tengah kepada peminat ketika perlawanan pertama jelajah pasca musim di Asia itu.

Bagaimanapun, pemain sayap Ivory Coast berusia 22 tahun itu menyatakan dia tidak menyesal berbuat demikian kerana mendakwa ada individu yang menghina ibunya.

“Saya hormati orang lain tetapi tidak kepada yang menghina ibu saya. Saya tidak patut bertindak sebegitu tetapi saya tidak kesal dengan apa yang saya lakukan.

“Kami mengharungi masa hebat di Malaysia dengan orang yang baik,” katanya menerusi satu ciapan di akaun X miliknya.

Netizen dakwa Diallo menipu, tiada penyokong MU yang hina ibunya

Bagaimanapun, rata-rata pengguna X menafikan tuduhan Diallo dengan mendakwa pemain itu hanyalah menipu.

Menerusi klip rakaman tular yang dikongsikan di akaun X @datukhensem, kelihatan Diallo terus menunjukkan isyarat lucah sebaik sahaja menuruni bas ketika para penyokong menyebut namanya.

“Player penipu, celah mana entah orang hina mak dia, kenal mak dia pun tidak. Keluar bas terus bagi jari tengah, bukti jelas dalam video,” ciapnya.

Sebagai info, Man United mendapat ejekan ‘boo’ usai tewas kepada team ASEAN All-Stars di Kuala Lumpur.

Pun begitu, pengurus Ruben Amorim berpendapat ejekan itu penting untuk para pemain memandangkan mereka mengharungi musim yang hambar di Liga Perdana (PL).

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.