Masih Ramai Tak Tahu, Timbang Rambut Bayi Bukan Adat Tapi Ibadat [Video]
Menurut Pejabat Mufti WP, perbuatan menimbang rambut bayi itu adalah sunnah sebagai tanda kesyukuran dan menzahirkan kegembiraan melalui bersedekah.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Majlis aqiqah dan cukur jambul sememangnya tidak asing lagi buat masyarakat beragama Islam di Malaysia, bahkan di negara-negara lain juga.
Aqiqah merupakan majlis menyambut kelahiran bayi yang baru lahir dengan menyembelih haiwan ternakan pada hari ke-7, ke-14 atau ke-21 dan hukum melakukannya adalah sunat muakkad, bukannya wajib.
Pasti ramai yang mengetahui tentang perkara ini bukan? Namun, masih ada segelintir rakyat Malaysia yang tidak tahu mengenai ibadat menimbang rambut bayi.
Ada individu persoal video timbang rambut bayi dan kira mengikut nilai emas
Baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan rambut bayi ditimbang untuk mendapatkan jumlah beratnya dan kemudiannya ia dikira mengikut nilai emas.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @emasrozitaipoh, kelihatan di ruangan komen ada segelintir pengguna media sosial mempersoal tentang perkara itu.
Ada yang menyangka jika ia adalah aktiviti menjual rambut dan bermacam-macam lagi komen diberikan. Namun, ramai juga yang mengetahui tentang sunnah terbabit dan terkejut kerana ternyata masih ada individu yang tidak mengetahuinya.
Pun begitu, ada segelintir yang mengetahui perkara itu, namun menyangka ia hanyalah sekadar adat Melayu.
@emasrozitaipoh Sebagaimana sunnah, rambut bayi customer ditimbang dan diganti nilainya dengan emas. Semoga membesar menjadi insan soleh solehah, insyaAllah 🤍 Kalau ada baby baru lahir nak buat macamni boleh datang ke emas rozita ipoh ya ❤️ . #sunnah #timbangrambut #timbangrambutbaby #fyp #emas ♬ For the Rest of My Life – Maher Zain
Timbang rambut bayi adalah ibadat bukan adat
Memetik laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (WP), perbuatan mencukur rambut dan menimbang nilaian rambut itu untuk disedekahkan berdasarkan nilai perak (silver) adalah nas dan perintah Nabi Muhammad SAW.
Berdasarkan hadis daripada Saidina Ali RA, katanya, Rasulullah SAW mengaqiqahkan seekor kambing bagi al-Hasan dan bersabda:
عَقَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الْحَسَنِ بِشَاةٍ وَقَالَ: يَا فَاطِمَةُ احْلِقِى رَأْسَهُ وَتَصَدَّقِى بِزِنَةِ شَعْرِهِ فِضَّةً، قال: فَكَانَ وَزْنُهُ دِرْهَمًا أَوْ بَعْضَ دِرْهَمٍ
“Wahai Fatimah, cukurlah rambutnya dan bersedekahlah perak mengikut berat rambut tersebut.” Ali berkata: “Fatimah pun menimbang rambut itu dan mendapati beratnya satu dirham atau setengah dirham.”
Riwayat al-Tirmizi (1519), Al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra (19776), dan Ibn Abi Syaibah dalam al-Musannaf (5/529)
Tanda syukur dan zahirkan kegembiraan melalui sedekah
Menurut Pejabat Mufti WP, perbuatan itu sebagai tanda kesyukuran dan menzahirkan kegembiraan melalui bersedekah.
Jelasnya, dengan cara seperti ini akan membawa keberkatan dalam hidup dan juga memukadimahkan kehidupan bayi yang baru dilahirkan dengan menghampirkan diri kepada Allah serta menyenangkan jiwa manusia dan orang ramai.
“Marilah sama-sama kita mendoakan semoga anak dan zuriat kita menjadi anak-anak yang soleh. Akhirnya membentuk Baiti Jannati,” kata Pejabat Mufti WP.
Nilai rambut bayi yang ditimbang ikut nilai perak atau emas?
Jika mengikut hadis di atas, nilaian rambut bayi adalah mengikut nilai perak, namun tidak menjadi kesalahan jika ingin mengikut nilai emas.
Mazhab Maliki dan Syafie berpendapat, adalah sunat disedekahkan berat timbangan rambut yang dicukur itu dengan nilai emas atau perak.
Manakala menurut mazhab Hanbali pula nilai timbangan yang disedekahkan adalah berdasarkan kepada nilai perak.
Jadi tak menjadi masalah untuk korang mengira nilaian rambut tersebut mengikut nilai emas mahupun perak.
Berikut komen diberikan netizen di TikTok:







