fbpx
Now Reading
Hanya Kerana Parkir Kereta Di Kawasan Flat Yang Telah ‘Dicop’, Kereta Kena Conteng & Cermin Sisi Pula Dikepak

Hanya Kerana Parkir Kereta Di Kawasan Flat Yang Telah ‘Dicop’, Kereta Kena Conteng & Cermin Sisi Pula Dikepak

Melalui perkongsian tersebut, tertera perkataan ‘nak parking’ pada bahagian pintu belakang kereta berkenaan yang berwarna perak (silver) ketika wanita itu memarkir kenderaannya di Flat Columbia.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Budaya cop parkir lebih-lebih lagi di kawasan perumahan seperti flat bukanlah satu perkara yang asing.

Kadangkala, ada sahaja kisah atau keluhan orang ramai mengenai sikap pentingkan diri segelintir individu ini.

Lebih parah, ada yang bertindak di luar batasan gara-gara tidak puas hati dan berang apabila tempat letak kereta yang telah dicop diambil orang lain.

Kereta Diconteng & Cermin Kereta Dikepak Gara-Gara Parkir Di Tempat Kereta Yang Dicop Orang

Itulah yang dialami oleh seorang wanita apabila keretanya dirosakkan oleh seseorang yang dipercayai penduduk sebuah flat di ibu negara.

Menerusi satu hantaran di Thread, wanita itu meluahkan rasa kecewa apabila kereta miliknya diconteng malah cermin sisi pula dilipat.

Melalui perkongsian itu, tertera perkataan ‘nak parking’ yang diconteng pada bahagian pintu belakang kanan kenderaannya yang berwarna perak (silver).

Dakwanya, perbuatan tidak bermoral itu dibuat hanya kerana dia meletakkan kenderaannya pada tempat parkir yang telah ditanda sebelum ini.

“Terima kasih kepada makhluk tuhan yang conteng dan mengepak side mirror (cermin sisi) kereta saya atas sebab saya parking dekat kawasan parking yang awak selalu cop,” tulisnya.

Kejadian dipercayai berlaku di Flat Columbia yang terletak di AU2, Taman Keramat, Kuala Lumpur.

Pemilik Kereta Dah Buat Laporan Polis & PBT, Dakwa Letak Kereta Di Parkir Kosong

Jelas wanita itu lagi, dia telah membuat laporan polis dan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) berhubung kejadian berkenaan.

Kongsinya, dia memilih untuk meletakkan kereta di situ memandangkan parkir berkenaan kosong dan tiada kenderaan.

“Saya parking pun sebab kosong dekat tempat tu bukan saya main parking.

“Nak tanya kalau orang rasa diri dia terpaling gengster kawasan ni nak buat apa ya? Macam dia yang buat jalan, bukan dia beli pun lot depan tu,” tulisnya lagi. 

View on Threads

Ramai Luah Rasa Geram Dengan Tindakan Individu Rosakkan Kereta

Perkongsian yang telah mendapat lebih 82,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa geram melihat tindakan individu yang tidak bertanggungjawab itu.

Apatah lagi, kawasan parkir tersebut adalah kawasan terbuka dan setiap orang bebas untuk meletakkan kenderaan di mana sahaja.

Tidak hanya itu, ada pengguna media sosial yang meminta mangsa untuk mencari pelaku dan berdepan dengannya.

Malah, ada juga yang turut berkongsi pengalaman sama berhadapan situasi serupa.

Ini antara komen menarik pengguna Threads:

“Masalah Flat Dekat Sini, Bila Kita Tegur Dalam Group, Melenting. Suruh Parking Dekat Padang La, Ahli Keluarga Dia Boleh Park Dekat Situ”

“Dulu Mak Cik Aku Sewa Sini Juga, Aku Datang Rumah Dia Park Dekat Tempat Kosong, Ada Sorang Mak Cik Tu Cakap Jangan Parking”

“Dekat Flat Aku Pun Macam Ini Perangai, Siap Cat Merah Kotak Parking, Orang Lain Masuk, Dia Halau”

“Mesti Ada Cap Jari”

“Ini Confirm Yang Buat Orang Dah Biasa Park Situ”

Baca Artikel Berkaitan: “Wujud Lagi Spesies Ni?” – Tular Lelaki ‘Cop Parking’ Raih Kecaman Ramai [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Sikap Segelintir Penduduk Flat Guna Botol Air Untuk Cop Parking Buat Netizen Berang [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Boleh Relate Luahan Wanita Tentang Budaya Cop Parkir Di Rumah Flat [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.