fbpx
Now Reading
Sopan & Anggun! Ramai Puji Pakaian Pengantin Perempuan Kahwini Mat Saleh [Video]

Sopan & Anggun! Ramai Puji Pakaian Pengantin Perempuan Kahwini Mat Saleh [Video]

Menerusi video, kelihatan keluarga lelaki mat saleh dari Australia itu turut tidak ketinggalan memakai Baju Kurung dan Baju Melayu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Apabila berbicara soal jodoh dalam perkahwinan, tiada siapa yang akan tahu siapakah insan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT untuk menjadi pasangan kita.

Bukan hanya itu, cara pertemuannya juga berbeza-beza dan unik mengikut percaturan yang dirancang oleh Allah SWT.

Malah tiada yang pernah menyangka jodoh mereka itu merupakan seorang kenalan rapat, atau individu jauh dari benua berlainan dan sebagainya.

Wanita kahwini mat saleh, baju jadi perhatian

Baru-baru ini, seorang lelaki yang juga perancang perkahwinan (wedding planner) telah berkongsi momen indah salah seorang pelanggannya yang berkahwin dengan seorang jejaka warga Australia.

Menurut perancang perkahwinan yang dikenali sebagai Rahimi Musa, majlis yang indah itu berlangsung di Bukit Besi, Terengganu.

Menerusi video yang dikongsikan, awalnya kelihatan pengantin lelaki, Justyn yang segak berbaju Melayu rona putih berjalan di atas permaidani sambil dipimpin dua individu dipercayai ibu bapanya.

Tidak lama kemudian, kelihatan pula pengantin yang dikenali sebagai Shi berjalan beriringan ibunya di atas permaidani sama.

Pakaian lengkap menutup aurat

Apa yang menjadi perhatian, kelihatan pengantin wanita begitu cantik dan mengenakan pakaian berwarna putih yang cukup sopan dan menutup auratnya dengan sempurna.

Malah kelihatan dia anggun tersenyum sepanjang berjalan menuju ke pelamin untuk majlis akad nikah.

Sebaik selesai lafaz akad nikah, terpampang wajah gembira pengantin lelaki yang tersenyum sambil dudul di sebelah wanita yang sah bergelar isterinya.

Bagi majlis persandingan pula, pasangan ini mengenakan pakaian songket bagi mengekalkan adat Melayu.

@rahimimusa92 Akad Cinta Justyn & Shi.. "Antara Malaysia dan Australia, terbentang lautan dan langit yang berbeza. Namun cinta Shi dan Justyn tetap teguh,kerana mereka tahu, tak perlu langit yang sama, cukup hati yang saling percaya. Seperti firman-Nya, 'Dan Dia menjadikan untukmu pasangan agar kamu tenang bersamanya',itulah tenang yang mereka temui, walau dipisah benua. Jarak hanya menguji, bukan melemahkan. Cinta sejati, akan tetap kembali." #wedding #fypシ #fypシ゚viral #WeddingInspo #LuxuryDecor #weddingday #australia #malaysia #akadnikah #outdoorwedding #rahimimusacreation ♬ Sholawat Badar – Jamik Jams

Majlis turut dihadiri keluarga dengan pakaian tradisional

Majlis persandingan itu turut dihadiri oleh ahli keluarga Justyn yang berasal dari Australia.

“Akad cinta Justyn dan Shi. ‘Antara Malaysia dan Australia’, terbentang lautan dan langit yang berbeza. Namun cinta Shi dan Justyn tetap teguh.

“Kerana mereka tahu, tidak perlu langit yang sama, cukup hati yang saling percaya. Seperti firmanNya, ‘Dan Dia menjadikan untukmu pasangan agar kamu tenang bersamanya’.

“Itulah tenang yang mereka temui, walau dipisah benua. Jarak hanya menguji, bukan melemahkan. Cinta sejati, akan tetap kembali,” kata Rahimi di ruang kapsyen.

@rahimimusa92 Replying to @zainori Hadir dari seberang, menjunjung cinta di bumi bertuah. Bersongket indah, mat salleh jadi raja sehari,penyatu dua budaya dalam satu cinta yang suci. #wedding #fypシ #fypシ゚viral #WeddingInspo #LuxuryDecor #weddingday #australia #malaysia #akadnikah #songket ♬ Bismillah Cinta – UNGU & Lesti

Ramai puji baju pengantin sopan dan cantik

Melihat di ruangan komen, ramai yang suka dan memuji pakaian pengantin perempuan dan menyifatkan ia begitu sopan serta sejuk mata memandang.

Malah ada yang mengatakan majlis yang berlangsung juga begitu indah serta mendoakan pasangan diberkati Allah SWT.

Ada juga yang memuji keluarga sebelah lelaki yang turut mengenakan pakaian Baju Kurung dan Baju Melayu serta kelihatan sangat sopan.

“Biasanya tengok perempuan yang kahwin denga mat saleh ni, pakaiannya Allah.. Tapi yang ni pertama kali tengok rasa wow! Cantik, sopan, redup mata memandang.”
“Sopannya, padahal kahwin dengan mat saleh. Sejuk mata memandang”
“Anugerah pakaian dan majlis paling sopan bila kahwin dengan mat saleh boleh bagi dekat korang”
“Pakaian dari kedua-dua belah pihak sungguhlah sopan dan menghormati majlis. Alhamdulillah, Selamat Pengantin Baru dan semoga berbahagia hingga ke Jannah”
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.