Ramai Puji Cara Ryzal Ibrahim Ajar Anak Erti Kecantikan Sebenar, Bukan Kulit Putih Semata [Video]
Melalui perkongsian itu, kedengaran anak perempuan Ryzal, Rina memberitahu dia memakai semburan pelindung matahari (sunscreen) bagi mengelak kulitnya menjadi gelap yang dianggapnya tidak cantik.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kecantikan merupakan satu perkara yang subjektif. Ini kerana setiap orang mempunyai pandangan tersendiri tentang maksud sebenar kecantikan.
Bagi kebanyakan orang, individu yang berkulit putih cantik dipandang berbanding mereka yang berkulit gelap atau sawo matang.
Kadangkala pemahaman sebegini juga turut difahami oleh si kecil. Oleh sebab itu, ibu bapa lah yang memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak tentang erti kecantikan sebenar.
Anak Anggap Kulit Warna Putih Cantik, Ryzal Ibrahim Ajar & Tukar Persepsi Anak Tentang Kecantikan
Baru-baru ini, tular di media sosial video rakaman perbualan di antara pempengaruh dan usahawan, Ryzal Ibrahim dan anak sulungnya, Rina.
Menerusi video yang dikongsikan di Facebook milik Ryzal, dia telah membetulkan pemahaman anaknya yang menilai rupa paras manusia hanya berdasarkan warna kulit.
Melalui perkongsian itu, kedengaran Rina memberitahu Ryzal dia memakai semburan pelindung matahari (sunscreen) bagi mengelak kulitnya menjadi gelap yang pada pemahamannya tidak cantik.
Malah, si cilik itu turut menyatakan dia tidak suka dengan kulit yang berwarna coklat.
Namun apa yang menjadi perhatian adalah respon Ryzal dalam mengubah persepsi anaknya tentang erti kecantikan sebenar.
Jadikan Watak Kartun Kegemaran Rina, Moana Sebagai Contoh
Ryzal yang juga suami kepada pempengaruh Maryam Durian Kimchi itu menjadikan watak kartun kegemaran anak perempuannya, Moana sebagai contoh orang yang berkulit gelap namun tetap cantik.
“Rina tahu tak Moana tu? Cantik tak? Tapi kulit Moana tu putih ke brown (coklat)? Brown kan? Rina tak boleh cakap brown tu tak cantik.
“Brown tu cantik, Rina pun brown taw, cantik, tengok appa, appa brown, handsome tak?
“Jadi, tak semua orang kulit putih cantik, ada je orang kulit brown, black (hitam) cantik,” jelasnya.
Rina Akhirnya Akui Diri Berkulit Coklat, Ryzal Titip Nasihat Semua Orang Cantik Tanpa Kira Warna Kulit
Lebih menarik, Rina akhirnya menerima bahawa dia seorang yang berkulit coklat dan mengakui kecantikan diri.
Turut kedengaran Ryzal sekali memberikan nasihat kepada Rina tentang definisi sebenar kecantikan dan perlu berbangga dengan warna kulitnya.
“Rina kalau nampak orang brown ataupun black, Rina tak boleh cakap tak cantik, sebab ada orang cantik.
“Tengok Moana cantik kan? Mermaid tu warna apa? White ke? White pun cantik, brown pun cantik. Adik Moana pun cantikkan?” katanya.
“Rina kena bangga, Rina kena happy. Saya perempuan berkulit coklat, I’m beautiful brown girl,” jelas Ryzal lagi.
Rina Salah Faham Putih Saja Cantik, Ryzal Ubah Cara Rina BerfikirRina Salah Faham Putih Saja Cantik, Ryzal Ubah Cara Rina Berfikir
Posted by duriankimchi on Monday 26 May 2025
Ramai Kagum Lihat Cara Ryzal Didik Anak & Ubah Persepsi Tentang Kecantikan Sebenar
Video yang telah mendapat lebih 468,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa kagum dan memuji cara didikan Ryzal dalam mengajar anaknya tentang definisi kecantikan selain menghargai apa yang dimiliki.
Malah, ada yang berpendapat itulah tindakan yang sepatutnya dilakukan lebih-lebih lagi ketika anak masih kecil.
Ini antara komen menarik pengguna Facebook:
“Penerangan Yang Bijak Untuk Kanak-Kanak Macam Rina. Level Down Ikut Pemikiran Anak, Guna Contoh Yang Dekat Dengan Kehidupan Anak. Good Job Ryzal!”

“Didikan Yang Bagus Ryzal, Good Job”

“Bagusnya, Aku Pun Blur Macam Mana Nak Terangkan Level Kanak-Kanak, Good Job Ryzal”

“Good One Ryzal. Kena Ubah Cara Pemikiran Anak Supaya Yakin Dengan Diri Sendiri Tanpa Mengira Warna Kulit & Rupa Paras”

“Suka Sangat Parenting Skill Cara Macam Ni, Abah Saya Pun Dari Kecil Didik Pasal Warna Kulit Tu Dah Cantik Allah Bagi”

Baca Artikel Berkaitan: Baru Umur 3 Tahun Dah Macam Dewasa, Aksi Si Cilik Ketika Makan Seorang Diri Buat Ramai Kagum [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Demi Maruah & Pengajaran Kepada Orang Ramai, Ryzal DurianKimchi Tekad Teruskan Saman
Habiskan 1/3 dari 24 jam sehari dengan menulis. Isu trending, lifestyle dan apa sahaja yang dekat dengan realiti kehidupan seharian jadi 'makanan' saya di BuzzKini ✍️✨.





