Now Reading
Ramai Bengang Lihat Rakaman Bos Kasari Pekerja Wanita, Didakwa Berang Kerana Dokumen Hilang [Video]

Ramai Bengang Lihat Rakaman Bos Kasari Pekerja Wanita, Didakwa Berang Kerana Dokumen Hilang [Video]

Difahamkan, kejadian yang berlaku pada 15 Mei lalu berpunca selepas majikan yang berusia 56 tahun itu menuduh wanita itu menghilangkan dokumen.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap individu yang bekerja pasti mempunyai cabaran yang terpaksa dihadapi ketika di tempat kerja.

Antara cabaran yang biasa didengar adalah beban tugas yang banyak, sikap rakan sekerja atau majikan itu sendiri.

Ada yang bernasib baik mendapat persekitaran kerja yang harmoni namun tidak semua menerima nasib sama.

Lebih teruk, ada yang terpaksa berdepan dengan sikap panas baran majikan malah turut dikasari secara fizikal.

Majikan Bertekak Mulut Sebelum Tarik Pekerja Wanita

Semalam (28 Mei), tular di media sosial insiden perbalahan seorang lelaki yang dipercayai majikan dan seorang pekerja wanita.

Menerusi video yang dikongsikan semula di X @ kamaghul, kelihatan pada mulanya lelaki berkenaan sedang bercakap kepada pekerja wanita yang pada ketika itu duduk di meja kerjanya.

Namun apa yang menjadi perhatian, berlaku pertengkaran mulut antara mereka sehingga menyebabkan majikan tersebut menarik wanita berkenaan dari tempat duduknya.

Malah, berlaku insiden tarik dan tolak menolak oleh lelaki tersebut sambil disaksikan oleh seorang lagi pekerja.

Tidak hanya itu, lelaki berkenaan turut menarik wanita itu pergi ke pintu namun pekerja berkenaan seolah-olah mempertahankan dirinya dari ditarik sebelum mangsa kembali semula ke meja kerja.

Laporan Polis Telah Dibuat Oleh Mangsa

Menerusi perkongsian lain, pekerja wanita yang berusia 35 tahun itu telah membuat laporan polis di Balai Scientex, Seri Alam, Pasir Gudang, Johor.

Menerusi salinan laporan polis yang tular, kejadian berlaku pada 15 Mei lalu di tempat kerjanya dipercayai berpunca selepas majikan yang berusia 56 tahun itu menuduh mangsa menghilangkan dokumen ‘sekolah’.

Sedangkan, dia mendakwa tidak menerima apa-apa dokumen daripada majikannya itu.

Kejadian itu juga menyebabkan mangsa mengalami sakit badan akibat ditarik secara kasar.

Pengguna Media Sosial Geram Lihat Tindakan Lelaki Kasari Pekerja Wanita

Perkongsian yang telah mendapat lebih 232,000 tontonan dan turut dikongsikan di Facebook nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa geram melihat tindakan majikan berkenaan mengasari pekerja wanitanya memandangkan dia telah melakukan sentuhan fizikal.

Namun, ada segelintir yang berpendapat kemungkinan pekerja wanita itu telah melakukan provokasi hingga lelaki tersebut bertindak demikian.

Apa Pekerja Boleh Buat Kalau Kena Pukul Majikan?

Untuk info, seorang pekerja boleh mengambil tindakan sekiranya dia menjadi mangsa pukul majikan.

Jelas seorang konsultan sumber manusia (HR) di TikTok, seorang majikan tidak boleh memukul pekerja mereka.

Sekiranya ada pekerja yang dipukul majikan, mangsa boleh terus membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.

“Majikan itu akan dituduh mengikut Kanun Keseksaan. Selain daripada itu, awal boleh bincang dengan peguam untuk tuntut saman sivil,” terangnya.

Tonton video penuh [DI SINI]

Ini antara komen menarik pengguna media sosial:

“Majikan Zaman Sekarang Banyak Yang Macam Ni, Diorang Fikir Pekerja Ni Hamba Diorang Boleh Senang-Senang Naik Tangan. Bila Pekerja Lawan Balik, Sibuklah Bagi Alasan Budak Zaman Sekarang Ni Lembik”

“Ingat Dia Ada Duit Boleh Suka-Suka Mengamuk Ke?”

“Salah Pukul-Pukul Ni Tapi Macam Perempuan Tu Kelihatan Seperti Memprovok Lelaki Tu, Tapi Still Aku Tak Setuju Dia Pukul Perempuan”

“Mana Ofis Ni? Ramai Yang Sudi Tolong Ajar Majikan Macam Ni”

“Mohon Pekerja Ini Hubungi Saya Untuk Bantuan Guaman Atas Pengusiran Kerja Sebegini”

Baca Artikel Berkaitan: Bos Baling Makanan Atas Lantai Kerana Bengang Staf Masak Terlalu Banyak Cetus Perdebatan [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Lama Makan Hati, Pengawal Keselamatan Akhirnya Berjaya Tuntut RM58,000 Gaji OT Selama 3 Tahun

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.