“Nak Letak Jawatan, Letak Saja Tanpa Syarat” – Peguam Persoal Tindakan 2 Menteri Habiskan Cuti Dahulu
Dalam pada itu, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Zaid Ibrahim turut menjelaskan kesan keputusan peletakan jawatan tersebut adalah berkuat kuasa serta-merta tanpa perlu menunggu cuti dihabiskan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Semalam (28 Mei), kecoh di media sosial mengenai peletakan jawatan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli serta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Peletakan jawatan yang berkuat kuasa pada 17 Jun bagi Rafizi dan 4 Julai bagi Nik Nazmi selepas mereka menghabiskan baki cuti tahunan.
Pengumuman ini nyata mengejutkan ramai pihak namun ada segelintir yang sudah menjangkakannya selepas masing-masing gagal mempertahankan jawatan mereka sebagai Timbalan Presiden dan Naib Presiden dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini.
Malah, ada yang mempersoal tindakan mereka yang memilih untuk menghabiskan cuti tahunan sebelum mengundurkan diri sebagai anggota pentadbiran kerajaan.
𝐑𝐚𝐟𝐢𝐳𝐢 𝐑𝐚𝐦𝐥𝐢 𝐔𝐦𝐮𝐦 𝐋𝐞𝐭𝐚𝐤 𝐉𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐄𝐤𝐨𝐧𝐨𝐦𝐢 𝐁𝐞𝐫𝐤𝐮𝐚𝐭 𝐊𝐮𝐚𝐬𝐚 𝟏𝟕 𝐉𝐮𝐧 Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli sebentar…
Posted by BuzzKini on Tuesday 27 May 2025
Selepas Datuk Seri Rafizi Ramli, kini Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad pula meletakkan…
Posted by BuzzKini on Wednesday 28 May 2025
Baca Artikel Berkaitan: Rafizi Umum Letak Jawatan Menteri Ekonomi, Akui Sudah Hilang Mandat Selepas Kalah Pemilihan PKR
Baca Artikel Berkaitan: Pemilihan Timbalan Presiden PKR: Jom Kenali Rafizi & Nurul Izzah
Menteri Dilantik Yang Di-Pertuan Agong Atas Nasihat Perdana Menteri, Bukan Pegawai Kerajaan
Terbaharu, seorang peguam, Datuk Shamsuddin Nawawi tampil mengulas mengenai isu peletakan jawatan Rafizi dan Nik Azmi.
Jelas Shamsuddin, pelantikan menteri dibuat oleh Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) atas nasihat Perdana Menteri malah lantikan tersebut adalah secara politik.
“Mereka bukan Government Servants (Kakitangan Kerajaan) yang terikat dengan General Orders atau peraturan-peraturan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA),” katanya.
Dia turut menjelaskan perkiraan pencen bagi golongan ini juga tidaklah sama seperti penjawat awam yang lain.
Malah, cara peletakan jawatan menteri juga berbeza dengan penjawat awam lain yang perlu membayar sebulan gaji jika meletakkan jawatan bagi tempoh 24 jam.
Peguam Berpendapat Menteri Perlu Letak Jawatan Serta Merta, Tak Perlu Main Politik
Oleh itu, tegas Shamsuddin, menteri tidak boleh menjadikan alasan untuk menghabiskan cuti tahunan sebagai syarat sebelum meletakkan jawatan.
Dia berpendapat, menteri seharusnya tidak perlu bermain politik dan test market dalam hal sebegini.
“Pendeknya adakah menteri itu faham bahawa dia bukan pegawai kerajaan. Kalau hendak berhenti, tulislah serta merta dan tunggu samada Perdana Menteri terima atau tidak.
“Janganlah kata nak cuti dahulu sebab masa cuti itu anda masih berstatus menteri dan sebagai menteri lantikan politik, hendak berhenti pun janganlah main politik juga.
“Tak perlu test market manalah tahu mungkin dipujuk dan sebagainya. Nak letak jawatan, letak saja tanpa syarat.
“Ramai sangat menteri-menteri sebelum kamu yang letak jawatan tak ada pulak bagi syarat,” tulisnya lagi.
Menteri Letak Jawatan. 1. Menteri dilantik oleh YDP Agong setelah menerima nasihat PM. Biasanya siapa juga yang…
Posted by Shamsuddin Nawawi on Wednesday 28 May 2025
Portfolio Penting Perlu Dilantik Pengganti Atau Pemangku Dengan Segera
Dalam pada itu, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Zaid Ibrahim turut menjelaskan keputusan tersebut adalah berkuat kuasa serta-merta tanpa perlu menunggu cuti dihabiskan.
“Cuti yang diambil adalah hak menteri, tetapi ia tidak bermakna pengunduran jawatan masih tergantung sehingga cuti tersebut digunakan sepenuhnya,” katanya.
Malah, Zaid turut mempersoalkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung tiada penggantian bagi setiap jawatan menteri yang telah dikosongkan dan sebaliknya perlu menunggu mereka pulang dari cuti.
𝐀𝐧𝐰𝐚𝐫 𝐈𝐛𝐫𝐚𝐡𝐢𝐦 𝐁𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐅𝐢𝐤𝐢𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐑𝐨𝐦𝐛𝐚𝐤 𝐊𝐚𝐛𝐢𝐧𝐞𝐭 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚 𝟐 𝐌𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐒𝐞𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐞𝐫𝐜𝐮𝐭𝐢 Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…
Posted by BuzzKini on Wednesday 28 May 2025
Jelasnya, kementerian yang mempunyai portfolio penting seperti Kementerian Ekonomi serta Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam memerlukan penggantian segera bagi memastikan kesinambungan pentadbiran.
“Kalau tiada calon sesuai, adalah wajar melantik menteri penjaga sementara (pemangku). Kecuali langkah ini mungkin cara Perdana Menteri, (Datuk Seri) Anwar Ibrahim menyatakan portfolio Rafizi dan Nik Nazmi tidak kritikal,” katanya.
When a Minister resigns, it takes immediate effect. The leave that he takes is his entitlement, but it does not mean the…
Posted by Datuk Zaid Ibrahim on Wednesday 28 May 2025



