fbpx
Now Reading
“Biarlah Diri Sendiri Je Tahu” – Lelaki Mualaf Tegur Sikap Segelintir Individu ‘Flex’ Dosa Di Media Sosial

“Biarlah Diri Sendiri Je Tahu” – Lelaki Mualaf Tegur Sikap Segelintir Individu ‘Flex’ Dosa Di Media Sosial

Menerusi video berkenaan, pempengaruh TikTok yang juga seorang mualaf mempersoalkan tindakan segelintir individu yang bangga menayang dosa dilakukan secara terbuka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Dalam menempuhi hari-hari mendatang, setiap insan bernama manusia diberikan kekuatan iman untuk berhadapan dengan pelbagai ujian dan cabaran kehidupan. Walaupun tidak semua mampu melaluinya dengan sempurna, kita masih dituntut untuk menjaga batas dalam segala perbuatan.

Iman sememangnya turun naik, dan manusia diuji dalam pelbagai bentuk. Namun itu bukan lesen untuk kita meremehkan dosa dan maksiat, apatah lagi apabila dilakukan secara terbuka.

Sewajarnya kita sedar bahawa perbuatan harian yang dilakukan atas dasar kehendak tidak boleh sewenang-wenangnya ditayangkan, lebih-lebih lagi jika ia bertentangan dengan syarak dan ajaran agama.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Minum Air Halal Guna Botol Arak, Apa Hukumnya?

Baca Artikel Berkaitan: Umat Islam Haram Pakai Baju Ada Tulisan Atau Jenama Arak & Judi

Baca Artikel Berkaitan: “Hati-hati Makan Di Luar Terutama Nasi Ayam, Mee Kari, Sup” – Cef Ini Dedah Rahsia Dunia Masakan Yang Ramai Tak Tahu

Pempengaruh Mualaf Tegur Individu Kurang Bertanggungjawab

Menerusi satu perkongsian di laman TikTok (@rickkee.lee), seorang pempengaruh mualaf meluahkan rasa terkilan terhadap segelintir individu yang seolah-olah menjadikan dosa sebagai kebanggaan.

Apa yang merisaukannya, individu-individu berkenaan dengan bangga berkongsi suasana di kelab malam dan aktiviti haram di sisi agama yang lain secara terbuka di media sosial.

Menurutnya, tindakan itu tidak hanya memberi kesan kepada diri sendiri, tetapi turut menjejaskan imej Islam di mata warga bukan Muslim.

Dia menegaskan bahawa walaupun bukan tugasnya untuk menjaga dosa orang lain, sebagai Muslim, kita tetap perlu menasihati dan mengelak daripada menjadikan perkara mungkar sebagai bahan tontonan umum.

Lebih merisaukan, dia turut berkongsi pengalaman apabila rakan sekerjanya yang bukan Muslim bertanya adakah orang Islam dibenarkan minum arak, kerana sering melihat rakannnya yang beragama Islam di tempat-tempat sedemikian.

Soalan itu menjadi tamparan dan mendorongnya bersuara agar kekeliruan seperti ini tidak terus berlaku.

Jelasnya lagi, dia hanya mampu menjawab dari sudut pandangan agama bahawa perkara tersebut sememangnya diharamkan dan segala perlakuan bertentangan dari hukum itu merupakan 100% kehendak individu semata-mata.

Tonton video penuh [DI SINI].

Netizen Sokong Teguran, Malu Dosa Diumbar Seperti Perkara Biasa

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyokong penuh teguran yang dikongsikan oleh lelaki tersebut.

Ramai turut meluahkan rasa malu apabila seorang saudara baru lebih menjaga reputasi agama berbanding sesetengah golongan yang sejak lahir memeluk agama tersebut.

Sumber: TikTok @rickkee.lee

Ada juga yang menyifatkan individu-individu ini sedang mengalami kejutan budaya dan cuba menormalisasi maksiat atas nama hiburan atau kebebasan.

Sumber: TikTok @rickkee.lee
Sumber: TikTok @rickkee.lee
Sumber: TikTok @rickkee.lee

Malangnya, tindakan itu memberi kesan jangka panjang terhadap persepsi umum terhadap umat Islam sendiri.

Arak Merupakan Maksiat Jelas Dalam Islam, Bukan Sekadar Isu Sosial

Sumber: Pexels

Untuk info, arak bukan sekadar isu sosial atau pilihan gaya hidup moden. Ia merupakan maksiat yang terang-terangan diharamkan dalam Islam dan dikategorikan sebagai dosa besar.

Memetik penjelasan di laman rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, arak bukan sahaja merosakkan akal dan tubuh badan, malah menjadi punca kepada banyak kerosakan moral serta sosial.

Disebabkan itu, Islam mengharamkannya secara menyeluruh dan menyeru umatnya supaya menjauhi segala bentuk hubungan dengannya.

Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, berhala dan mengundi nasib adalah kekotoran daripada perbuatan Syaitan. Maka jauhilah ia agar kamu berjaya.

Surah al-Maidah ayat 90

Larangan ini bukan sekadar tidak meminumnya, tetapi juga mencakupi jual beli, penyimpanan dan sebarang urusan berkaitan arak.

Rasulullah SAW turut menegaskan dalam sabdanya:

Setiap yang memabukkan adalah haram. Apa yang banyak memabukkan, maka yang sedikit pun adalah haram.

Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi

Ulama menjelaskan bahawa arak adalah punca kepada banyak kemungkaran kerana ia melemahkan akal, merosakkan pertimbangan dan membuka pintu kepada maksiat lain.

Lebih parah, ia menjauhkan seseorang daripada solat dan mengingati Allah. Kepada anda yang masih kurang jelas, ketahuilah bahawa kita boleh menolak kemungkaran selagi akal masih waras.

Tapi bila arak sudah diminum dan minda hilang kawalan, semua dosa yang dulu kita benci pun akhirnya kita buat dengan hati terbuka tanpa sedar.

Baca Artikel Berkaitan: “Pemandu E-Hailing Beragama Islam Tak Boleh Hantar Penumpang Ke Tempat Maksiat” – Dr Zulkifli Al Bakri

Baca Artikel Berkaitan: “Jangan Halalkan Yang Haram” – Netizen Kecam Influencer Promote ‘Soju Halal’ Di Bangi

Baca Artikel Berkaitan: Produk ‘Cleansing Oil’ Jenama Korea Didakwa Mengandungi Sake, Ini Penjelasan Mufti

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.