fbpx
Now Reading
“Tadi Kakak Rabun” – Cubaan Miliki Cermin Mata Gagal, Jawapan Tidak Konsisten Si Anak Buat Ramai Terhibur [Video]

“Tadi Kakak Rabun” – Cubaan Miliki Cermin Mata Gagal, Jawapan Tidak Konsisten Si Anak Buat Ramai Terhibur [Video]

Difahamkan, ujian mata di klinik sudahpun dilakukan dan keputusan menunjukkan mata si kecil tiada sebarang masalah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Menjadi ibu bapa kepada anak yang sedang membesar memerlukan kesabaran dan kebijaksanaan dalam menghadapi pelbagai ragam. Setiap hari, pasti ada sahaja permintaan atau tingkah laku yang mencabar logik tetapi tetap menghiburkan hati.

Anak-anak pada usia ini sering terpengaruh dengan persekitaran dan rakan sebaya. Ada kalanya mereka meminta sesuatu bukan kerana keperluan sebenar, tetapi sekadar mahu meniru apa yang dilihat di sekeliling mereka.

Baru-baru ini, tular satu video memaparkan seorang kanak-kanak perempuan yang tiba-tiba meminta untuk memakai cermin mata walaupun tidak mengalami sebarang masalah penglihatan.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gosip Dengan Bapa Tak Pandang Kiri Kanan, Reaksi Si Anak Kantoi ‘Ngumpat’ Ibu Bikin Dekah

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Mak Ayah Boleh Relate, Anak-Anak Kena Serah Gajet Lepas Cuti Sekolah Tamat

Baca Artikel Berkaitan: Nak Elak Beri Gajet Kepada Anak Kecil? Wanita Ini Kongsi 3 Tips Mudah Buat Ibu Bapa

Bapa Uji Anak Secara Spontan, Jawapan Tidak Konsisten Cetus Gelak

Menerusi satu perkongsian di laman TikTok (@ameerhakeemy), si ayah berkongsi situasi di mana anak perempuannya secara bersungguh-sungguh cuba meyakinkannya bahawa dia memerlukan cermin mata.

Difahamkan, permintaan itu timbul selepas anaknya melihat ramai rakan di sekolah memakai cermin mata, sekali gus menimbulkan keinginan untuk turut memiliki aksesori yang sama.

Sebagai langkah untuk mengesahkan permintaan tersebut berasaskan keperluan sebenar atau sekadar mengikut trend, si ayah bertindak menguji secara spontan. Ujian pertama adalah dengan menyuruh anaknya berjalan seperti biasa.

Anak itu mula berjalan secara perlahan sambil menunjukkan reaksi seperti seseorang yang benar-benar tidak dapat melihat dengan jelas. Dia juga berkata, “Tadi masa kelas BM, kakak rabun,” dalam nada bersungguh-sungguh.

Ujian kedua pula menyaksikan si ayah menghulurkan satu jari ke hadapan dan bertanya berapa jumlah jari yang dilihat oleh anaknya.

Anak itu menjawab satu. Namun apabila jarinya dijauhkan sedikit, jawapan si anak berubah kepada dua. Ujian itu diulang beberapa kali, dan jawapannya kekal sama.

Dalam kapsyen video, si ayah menulis secara jenaka, “Peer pressure ni normal kut ye pada wanita, mungkin bila pakai spek rasa segak.”

@ameerhakeemy

Rasanya benda ni normal kot kat bdk bdk perempuan? Peer pressure. Bila pakai spek rasa segak. Tak gitu @sitihajaraisyahradzi ? HAHA

♬ Funny lazy donkey (hilarious song)(937200) – LEOPARD

Tonton video penuh [DI SINI].

Netizen Terhibur, Dapat Relate & Teringat Zaman Kecil

Ruangan komen video itu dipenuhi dengan pelbagai reaksi lucu dan sokongan daripada netizen. Ramai mengakui turut pernah berkelakuan sama sewaktu kecil semata-mata mahu memakai cermin mata walaupun tidak mengalami rabun.

Ada yang berkongsi pengalaman berpura-pura tidak nampak ketika di sekolah kerana terpengaruh dengan penampilan rakan yang memakai cermin mata. Namun, apabila sudah dewasa dan perlu memakai cermin mata atas sebab kesihatan, mereka mengakui ia bukan sesuatu yang menyeronokkan.

Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang mengambil berat dan mencadangkan agar pemeriksaan mata sebenar tetap dilakukan, bagi memastikan tiada sebarang masalah tersembunyi.

Menjawab cadangan tersebut, si ayah menjelaskan bahawa pemeriksaan telah pun dilakukan dan keputusan menunjukkan tiada masalah penglihatan. Anak perempuannya sekadar terpengaruh dengan keadaan sekeliling dan ingin kelihatan seperti rakan-rakannya di sekolah.

Sumber: TikTok @ameerhakeemy
Sumber: TikTok @ameerhakeemy
Sumber: TikTok @ameerhakeemy
Sumber: TikTok @ameerhakeemy

Tips Agar Anak Mendengar Kata

Dalam kehidupan seharian, anak-anak sering kali menunjukkan pelbagai ragam. Ada kalanya mereka tidak mendengar kata, enggan memberi respon atau mudah hilang fokus apabila diajak berbual.

Sebagai ibu bapa, perkara ini sememangnya mencabar dan memerlukan pendekatan yang bijak agar komunikasi bersama anak berjalan dengan lebih baik.

Memetik laporan Hello Doktor, ini beberapa langkah proaktif yang boleh diambil untuk dijadikan rujukan ketika ingin melatih anak-anak agar lebih mendengar kata. Antaranya:

  • Gunakan Bahasa Yang Lembut
    Elakkan perkataan negatif. Gunakan ayat positif dan sopan agar anak lebih mudah menerima arahan tanpa rasa tertekan.
  • Renung Mata Anak
    Pastikan paras mata anda dan anak sejajar. Ini membantu anak memberi fokus dan faham arahan dengan lebih baik.
  • Sebut Nama Anak
    Panggil nama penuh anak sebelum memberi nasihat atau arahan supaya mereka rasa dihargai dan tahu anda serius.
  • Ringkas Dan Jelas
    Gunakan ayat mudah difahami. Elakkan berleter atau memberi terlalu banyak arahan serentak.
  • Hadiah Dan Pujian
    Berikan ganjaran bersesuaian dan pujian ikhlas sebagai dorongan untuk anak terus berkelakuan baik.
  • Jadi Teladan
    Tunjukkan contoh yang baik dalam percakapan dan perbuatan. Anak mudah meniru sikap ibu bapa.
  • Peluk Dan Cium Anak
    Sentuhan kasih sayang seperti pelukan mampu meredakan emosi anak dan menjadikan mereka lebih terbuka menerima nasihat.

Kesimpulannya, sabar adalah kunci utama dalam mendidik anak. Luangkan masa untuk memahami, bukan sekadar memarahi.

Baca Artikel Berkaitan: “Minta Terus Bagi” – Ibu Kongsi Perubahan Positif Anak, Kesan Lawatan Ke Muzium Penjara Malaysia

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gelagat Anak Jalan Kaki Kerana Merajuk Ayah Lambat Jemput Pulang Dari Sekolah Cuit Hati Ramai

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Terhibur Lihat Gelagat Si Abang Mengomel Kerana Adik Buat Sepah

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.