“Power”- Kanak-kanak Sertai Ironkids Buat Ramai Teruja & Rasa Tercabar [Video]
Menerusi video yang dikongsikan kelihatan dua kanak-kanak itu berjaya menghabiskan acara renang sejauh 100 meter, berbasikal 4 km dan larian 1.3 km.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap kanak-kanak mempunyai bakat dan hobi yang terpendam dalam diri mereka.
Oleh itu, ibu bapa atau individu di sekeliling yang perlu mencungkil bakat tersebut dan melatih mereka untuk memantapkan lagi kemahiran yang ada.
Malah siapa tahu bakat yang terpendam ini jika diasah boleh menjadi satu kerjaya buat si kecil suatu hari nanti.
Ibu kongsi dua orang anak perempuan sertai Ironkids
Terbaharu, seorang ibu telah berkongsi mengenai dua orang anak perempuannya yang menyertai pertandingan Ironkids.
Pertandingan itu dipercayai telah berlangsung pada Jumaat (23 Mei) yang lalu di Desaru Coast, Johor.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Maryam Sakinah di TikTok, awalnya kelihatan mereka sekeluarga sudah bertolak ke acara tersebut sehari sebelum pertandingan itu bermula.
Malah si ibu turut merakamkan detik-detik indah dua orang anaknya iaitu Mawar, 9, dan Orked, 7, sehari dan beberapa jam sebelum pertandingan bermula.
2 kanak-kanak bersemangat ketika sertai Ironkids
Kelihatan mereka begitu bersemangat dan positif sebelum memulakan pertandingan itu.
Apa yang lebih menarik kelihatan mereka juga telah bersiap sedia dengan pakaian yang diperlukan untuk pertandingan itu.
Pertandingan itu dimulakan dengan acara renang sejauh 100 meter (m) yang memperlihatakn peserta kanak-kanak berlari ke arah pantai sebaik siren dibunyikan.
Sebaik selesai acara renang, kelihatan Orked terus naik ke darat dan bersiap sedia menukar baju untuk meneruskan acara berbasikal sejauh 4 kilometer (km).
Meskipun masih kecil namun kekuatan mental dan ketahanan fizikal mereka amat berbeza.
Turut kedengaran suara ibu dan ayah sentiasa memberikan sorakan kepada dua orang anaknya dalam setiap acara.
Berjaya duduki tempat ke 13 dan 14 untuk acara Ironkids
Malah Orked berjaya menamatkan pertandingan itu di kedudukan 13 manakala kakaknya, Maryam di tempat ke 14.
Di akhir perkongsian, si ibu turut berkongsi rekod masa yang diambil kedua anaknya hingga ke garisan penamat iaitu 28:06 minit (Orked) dan 30:01 (Mawar).
Sewaktu ditanya adakah Orked dan Maryam pernah menyertai mana-mana acara larian, si ibu menjelaskan sebelum ini dia hanya memberikan mereka fokus kepada acara renang dan ini kali pertama menyertai Ironkids.
“Sebelum ni saya fokus berenang. Ni kira baru pertama kali acara larian yang ada latihan. Tak ada lah nak latihan sangat cuma persediaan untuk Ironkids,” katanya kepada BuzzKini.
@maryamsakinahfaudzi Alhamdulillah! MasyaAllah Tabarakallah 🌟 They did it!! 💪✨ Mawar & Orked have officially conquered IRONKIDS DESARU 2025! A day to remember — full of sweat, grit, and triumph. 🏊♀️🚴♀️🏃♀️ ✅ 100m open sea swim ✅ 4km cycling ✅ 1.3km run This was Mawar’s second IRONKIDS and Orked’s very first triathlon ever — and what a surprise! With only 3 weeks of proper prep, Orked stunned us all by finishing 13th, just ahead of her big sister Mawar at 14th! 😱👏 We honestly just prayed for them to finish safely… but Allah gave us so much more. Tears were shed, muscles burned, hearts raced — and they pushed through. 💖 May this experience strengthen their confidence, build their resilience, and remind them: They are capable of more than they ever imagined. To our little champions, you’ve already won in our hearts. 🏅 #mamamaryamberkongsi #ironkidsdesarucoast2025 #ironkidsmalaysia #ironkidschampion #ironkidsgirl #mawarorkedmateenmishary #9years5months #7years5months ♬ original sound – Maryam Sakinah
Ibu harap pertandingan Ironkids buat anak mempunyai keyakinan tinggi dan positif dengan apa yang dilakukan
Di ruangan kapsyen Maryam turut memaklumkan dua orang anaknya itu berlatih selama tiga minggu untuk perlumbaan Ironkids.
“Semoga pengalaman ini menguatkan lagi keyakinan, membina daya tahan dan mengingatkan mereka mampu melakukan apa sahaja lebih daripada apa yang dijangkakan.”
Untuk makluman Ironkids mempunyai acara yang sama dengan Ironman namun pada jarak yang lebih pendek.
Bagi kanak-kanak yang berusia tujuh hingga sepuluh mereka hanya perlu berenang sejauh 100 meter, berbasikal sejauh 4 kilometer (km) dan berlari 1.3 km.
Ramai teruja lihat kanak-kanak sertai Ironkids
Melihat di ruangan komen, ramai yang teruja melihat semangat dua orang kanak-kanak ini dalam pertandingan tersebut.
Malah mengetahui ia bukan perkara yang mudah untuk dilakukan ada juga yang tercabar melihat gelagat dua kanak-kanak comel ini.
Tidak kurang juga ada yang memuji mereka seorang yang hebat kerana berjaya menghabiskan pertandingan itu.
“Comelnya baru tahu ada Ironkids”

“Bangganya tengok! Anak-anak yang hebat dari ibu bapa yang hebat! Semoga terus buat ibu ayahnya bangga. Tahniah ibu dan ayah”

“Wow power! Saya tunggu kamu semua di Ironman Langkawi. Bangga!!

“Kenapa masa aku kecil-kecil tak ada benda ni! Confirm mak aku hantar aku punya”




