“Kedai Ni Untuk Orang Korea Je” – Staf Kedai Di Vietnam Didakwa Rasis Dengan Pelancong Malaysia [Video]
Lelaki dikenali sebagai Syukri itu berkata, staf kedai cenderamata di Vietnam itu memaklumkan harga barangan di sana mahal sebelum bertindak menghalau mereka.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Ramai di antara kita yang suka bercuti ke negara orang bagi melihat budaya mereka di sana. Namun tidak dapat dinafikan apabila melancong ke luar negara, isu racism (perkauman) masih berlaku meskipun pada masa kini.
Bukan semua tempat, tetapi hanya segelintir sahaja. Kadangkala, perkara itu berlaku apabila terdapat jurang bahasa. Malah ada juga yang memperlekehkan rupa, asal-usul dan sebagainya.
Hal itu kemudiannya boleh membuatkan anda ‘moody’ dan mempunyai pengalaman bercuti yang buruk ke sesebuah negara.
Lelaki Kongsi Pengalaman Kurang Senang Ketika Melancong Di Vietnam
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang lelaki dikenali sebagai Syukri Afifi (@syukriafifi) berkongsi pengalamannya semasa melancong ke Vietnam.
Momen bercuti dengan damai tidak berjalan lancar seperti yang diharapkan apabila Syukri mendakwa peniaga di sana berkelakuan rasis terhadap dia bersama rakannya yang lain.

Sumber: Autour Asia
“Saya tak sangka saya akan melalui perkara sebegini semasa melancong. Tapi baru-baru ni masa bercuti di Vietnam, saya jadi mangsa perkauman.
“Depan kami punya (penginapan) Airbnb, ada kedai cenderamata. Jadi kami ambil keputusan untuk pergi ke sana untuk cuci mata dan tidak lebih dari itu.
“Salah seorang staf datang kepada kami, dan tanya kami dari mana. Bila cakap kami dari Malaysia, dia terus cakap, ‘Minta maaf kamu semua tak boleh ke sini, kedai ini hanya untuk orang Korea’,” dakwa Syukri.
Staf Tak Benarkan Masuk Ke Kedai Kerana Barangan Yang Mahal
Punca mengapa mereka dihalau adalah disebabkan harga-harga barangan di kedai berkenaan adalah mahal sekaligus membuatkan Syukri berfikiran bahawa staf memandang rendah terhadap rakyat Malaysia.
“Terkedu aku dibuatnya. Saya cakap dengan dia, kita hanya mahu melihat tapi dia ulang balik, ‘Barang mahal. Tolong pergi.’
“Saya tanya dia terus, ‘Kamu ingat kami ni miskin sebab kami ni bukan orang Korea?’ Saya cakap benda tu (halau pelanggan) rasis dan terus keluar dari situ,” tambahnya lagi.
Lelaki Ingatkan Orang Ramai Untuk Bersuara Jika Perbuatan Berbaur Rasis Berlaku
Keluh Syukri, dia tidak sangka sikap rasisme dan diskriminasi sedemikian masih wujud pada tahun 2025. Syukri berkata tiada siapa layak diperlakukan sebegitu rupa dan dinilai dari aspek tempat asalnya.
“Buat sesiapa yang sedang melancong, jangan biarkan orang macam ni rampas kegembiraan korang. Bersuara dan berdiri teguh,” katanya di akhir perkongsian.
@syukriafifi it’s 2025 and I can’t believe people like this still exist
♬ original sound – Syukri Afifi
Tonton video penuh [DI SINI].
Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Tentang Dakwaan Dikriminasi Di Kedai Sekitar Vietnam
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berasa kecewa apabila mengetahui Syukri dilayan seperti itu.
“Baru nak bercuti ke Sapa. Tapi banyak dah baca benda buruk pasal Vietnam ni. Lagi-lagi dari segi beli barangan,” dakwa seorang lagi wanita.
Malah ada segelintir individu yang mendakwa mereka mendapat layanan yang sama ketika mengunjungi kedai cenderamata itu sebelum ini.
Sementara itu, sesetengah warganet juga meminta agar Syukri berfikiran positif tentang perkara tersebut.
“Tak, cuba fikir macam ni. Mungkin memang mahal dan nak selamatkan kamu dari berbelanja di sana sebab kedai tu caj mahal untuk pelancong luar,” kata seorang pengguna TikTok.
Pun begitu, ada juga yang mendakwa pemilik kedai tersebut adalah warga Korea.
“Saya berduka cita benda tu jadi kepada awak. Memang sedih dengarnya. Menurut Google review, kedai tu memang sasar pelancong Korea dan pemilik juga adalah warga Korea.
“Ramai cakap produk di sana mahal tapi berkualiti. Sesetengah individu sampai dijerit dan dihalau oleh pengawal keselamatan,” dakwa seorang netizen.








Google Review Buktikan Dakwaan Sama
Menerusi semakan kami, berikut adalah antara komen yang ditinggalkan di ruangan Google review kedai berkenaan yang mirip dengan apa yang dilalui Syukri:

Baca Artikel Berkaitan: TikToker Australia Dedah Pengalaman Lihat Rakyat Malaysia Jadi Mangsa ‘Racism’ Di Korea Selatan
Baca Artikel Berkaitan: Rakyat Malaysia Dihalau Imigresen Korea Selatan Gara-gara Mahu Bantu Adik Di Lapangan Terbang
Baca Artikel Berkaitan: Dikecam Kerana Ajuk Cakap Jepun & Buat Mata Sepet, TikTokers Buat Permohonan Maaf [Video]