fbpx
Now Reading
“Ada Untung Ke?” – Ramai Terkejut Peniaga Jual Cendol Pulut Semangkuk RM1 [Video]

“Ada Untung Ke?” – Ramai Terkejut Peniaga Jual Cendol Pulut Semangkuk RM1 [Video]

Menariknya, harga RM1 yang dikenakan bukan sekadar untuk cendol biasa tetapi untuk cendol pulut, kacang, jagung dan cincau.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kenaikan kos barang mentah sememangnya memberi kesan kepada semua lebih-lebih lagi golongan peniaga.

Disebabkan kenaikan ini, ada peniaga yang terpaksa menaikkan harga jualan mereka bagi menampung kos operasi.

Namun, tidak semua menjadikan kenaikan kos itu sebagai alasan malah ada yang masih mengekalkan harga lama.

Bukan Sekadar Cendol Biasa, Peniaga Jual Harga Cendol Pulut RM1 Semangkuk

Baru-baru ini, tular di media sosial seorang peniaga yang menjual cendolnya pada harga yang amat berpatutan.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @bestfoodmy, peniaga wanita itu menjual cendol hanya dengan harga RM1.

Menariknya, harga yang dikenakan bukan sekadar untuk cendol biasa tetapi untuk cendol pulut, kacang, jagung dan cincau.

Malah, sekiranya pelanggan mahu mencampurkan kesemua bahan itu dalam satu bekas, harganya tetap kekal tidak berubah.

“Kalau masuk semua pun RM1 juga,” katanya.

Kedengaran pelanggan itu terkejut apabila mendengar harga berkenaan dan menyatakan harga yang dijual amat murah.

Dah Jual Cendol Selama 35 Tahun, Dapat Untung Kalau Pelanggan Beli Lebih

Jelas peniaga yang mesra memanggil pelanggannya itu dengan gelaran ‘sayang’, dia telah menjalankan perniagaan tersebut selama 35 tahun.

Malah, ketika ditanya adakah dengan harga RM1 itu dia memperoleh keuntungan, peniaga berkenaan tidak mengiyakan pada masa yang sama tidak menafikannya.

“Bolehlah. Kalau orang beli banyak-banyak tu bolehla (ada untung),” katanya.

Menerusi perkongsian itu juga, dapat dilihat harga cendol yang dijual masih berpatutan sekiranya pelanggan mahu membawa balik atau menikmati minuman tersebut di dalam cawan.

Bagi cendol yang dibungkus dengan bungkusan besar, harga yang dikenakan hanyalah RM4 manakala sekiranya pelanggan meminta untuk mengasingkan ais, harganya pula adalah RM6.

Bagi mereka yang mahu menikmati cendol dalam cawan pula, RM3 akan dicaj.

Selain itu, peniaga berkenaan turut menjual Ais Batu Campur (ABC) dengan harga yang bermula RM2 hingga RM4 sahaja.

Info Kedai Cendol Kak Zah

  • Cendol Kak Zah
  • Lokasi: 22, Jalan PJS/3, Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor.
  • Waktu operasi: setiap hari bermula jam 12.15 tengahari sehingga 6.30 petang.
@bestfoodmy

RM1 Cendol Pulut. So delicious! 📍Cendol Kak Zah @ 22, Jalan PJS 2/3, Taman Medan, 46000 Petaling Jaya, Selangor ⏰ 12.15pm – 6.30pm (Open everyday)

♬ original sound – Best Food Malaysia – Best Food Malaysia

Tonton video penuh [DI SINI]

Ramai Terkejut Dengan Harga Murah Yang Dikenakan, Ada Yang Mahu Datang Ke Gerai

Video yang telah mendapat lebih 2.4 juta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang terkejut dan tidak menyangka peniaga berkenaan menjual cendol dengan harga semurah itu.

Manakan tidak, kebanyakan gerai yang dikunjungi mereka akan mengenakan caj berasingan lebih-lebih lagi sekiranya bagi pulut. dan bahan lain.

Malah, ada yang siap mengira kos yang ditanggung olehnya dan berkira-kira nilai keuntungan yang diperolehi.

Tidak hanya itu, ramai yang menyuarakan hasrat mahu berkunjung ke gerai tersebut apatah lagi peniaga itu menggelarkan pelanggan dengan panggilan sayang.

Harga Cendol Di Pasaran Bermula RM2.50

Sekadar info, hasil semakan kami mendapati harga cendol pulut yang dijual di pasaran bermula dengan harga RM2.50.

Malah, ia boleh mencecah RM8 sekiranya dibeli secara dalam talian menerusi platform makanan.

Ini antara komen menarik pengguna TikTok:

“Aku Ni Cef, Hari-Hari Buat Costing, Aku Tak Boleh Brain Kos Cendol RM1 Ni, Harap Akak Ni Sentiasa Dipermudahkan Urusan & Dimurahkan Rezeki”

“Dahla Jual Cendol RM1, Humble, Mesra Panggil Sayang Lagi, Mana Nak Cari Peniaga Macam Ni Sekarang”

“Tak Percayalah Jual Cendol RM1, Boleh Letak Macam-Macam, Kuih Pun Dah RM0.80 Mak Cik, Takkanlah Cendol RM1”

“Murah Lagi, Orang Lain Semua Dah Jual RM2.50 Ke Atas, Murah Rezeki Mak Cik Ni”

“Port Utama Saya Kalau Pergi PJ, Pekena Cendol Dia Sampai 3 Mangkuk, Berbaloi”

Baca Artikel Berkaitan: Gerai Cendol Di Taman Melati Terus ‘Sold Out’ Tak Sampai 24 Jam Lepas Khairul Aming Bantu Promosi

Baca Artikel Berkaitan: “Meniaga Sedekah” – Ramai Teruja Lihat Masih Ada Peniaga Jual Air Balang Dengan Harga Murah [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.