fbpx

Ramai Simpati Lihat Wanita Menjerit Tepi Jalan, Rupanya Kereta Kena Tarik & Anak Masuk Hospital

Menerusi video kelihatan wanita itu tidak lama selepas menjerit melintas jalan bersama anaknya beredar dari kawasan berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Tak dinafikan setiap individu di dunia ini pasti akan berdepan ujian dan cabaran hidup masing-masing.

Meskipun ia adalah lumrah kehidupan, namun ada segelintir yang berdepan ujian berat dan mungkin memerlukan bantuan seseorang.

Apa yang lebih menyedihkan sekiranya ujian atau sesuatu kesusahan itu terpaksa dijalani seorang diri tanpa mempunyai individu lain sebagai sokongan.

Wanita menjerit tepi jalan raih perhatian ramai

Terbaharu, seorang wanita turut berdepan dengan perkara sama apabila diuji dengan pelbagai ujian sehingga meraih perhatian ramai.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Sweet Honey di TikTok, awalnya kelihatan seorang wanita bersama dua orang anak kecilnya duduk di tepi tangga sebuah kaki lima.

Dilihat menjerit dan menangis ketika duduk di tepi jalan

Kelihatan wanita yang duduk di belakang anaknya seperti sedang menjerit atau meraung seolah-olah meluahkan sesuatu sambil memegang kepalanya.

Malah dia turut dilihat seperti menangis sewaktu duduk di tepi tangga berkenaan.

Dalam satu lagi video yang dikongsikan oleh Sweet Honey, tidak lama selepas itu kelihatan dia mendukung anak kecilnya sambil diikuti seorang lagi anak yang membawa beg sebelum melintas jalan.

Dia kemudian dilihat pergi ke arah sebuah teksi seperti bertanya sesuatu sebelum beredar dari kawasan berkenaan.

@honeysweetbee91

kesian akak Dan anak2 dia.. SMG dipermudahkn urusan..

♬ Originalton – Dqan68

Rupanya kereta kena tarik dan anak masuk hospital

Menurut Sweet Honey sewaktu disoal oleh netizen apa yang berlaku kepada wanita berkenaan dia menjawab anak kepada wanita berkenaan telah masuk ke hospital dan keretanya pula ditarik.

“Anak dia masuk Hospital Kuala Lumpur (HKL), kereta dia pula kena tarik. Akak ni duduk di kawasan Kuala Selangor. Dia takut tak boleh balik dan suami mungkin hubungi marah-marah dia.

“Dia dah buntu tak boleh nak buat apa, anxiety pun menyerang. Syukur ada orang baik bantu hulurkan duit untuk mereka balik. Kita doakan sis tu kuat dan tabah menghadapi ujian hidup dia,” dakwa Sweet Honey di ruang kapsyen.

@honeysweetbee91 Replying to @dolspeedlimited ♬ Perjalanan – Putra Aiman & Haikal Iman

Ramai simpati lihat wanita menjerit tepi jalan

Melihat di ruangan komen, ramai yang bersimpati dengan perkara berlaku kepada wanita berkenaan.

Malah ada yang berpendapat wanita itu mungkin mempunyai masalah tekanan dan memerlukan seseorang untuk bercakap.

Tidak kurang juga ada yang kasihan melihat anak-anak kecil wanita berkenaan dan berdoa agar urusannya dipermudahkan.

“Kita selalu bercakap mengenai kesihatan mental di Malaysia, tapi kita tak melakukan apa-apa”
“Dia menjerit sambil tengok telefon”
“Kesiannya mesti mental penat lagi-lagi suami jenis nak letak segala beban dekat bahu isteri”
“Allahu akbar, kesiannya. Dia pun tak mahu jerit-jerit dekat tempat awam. Maknanya limit dia dah habis, hanya dia sahaja tahu kenapa…”
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.