fbpx
Now Reading
Gelagat Anjing Excited Nampak Abang Kurier Datang Melawat Undang Perhatian Ramai [Video]

Gelagat Anjing Excited Nampak Abang Kurier Datang Melawat Undang Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan Abang kurier Shopee Express itu turut membawa anak-anak dan isterinya untuk berjumpa anjing yang mesra dipanggil Pin Pin.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Haiwan peliharaan seperti kucing, dan anjing sering menjadi pilihan ramai untuk dibela.

Bukan sahaja mereka ini comel tetapi mereka juga mempunyai keletah serta gelagat tersendiri yang adakalanya menghiburkan hati tuannya.

Malah kita juga sering lihat di media sosial bagaiamana seekor anjing boleh diharapkan oleh tuannya untuk menjaga rumah, bayi dan banyak lagi.

Tidak dinafikan anjing juga merupakan anjing yang bijak dan sering disifatkan sebagai haiwan yang setia dengan tuannya.

Tuan kongsi gelagat anjing peliharaan excited jumpa abang kurier

Baru-baru ini, seorang individu turut berkongsi video di TikTok memaparkan gelagat anjing peliharaan dikenali sebagai Pin Pin begitu teruja apabila melihat abang penghantar bungkusan atau kurier berkunjung ke rumah.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Brandy Yap di TikTok, awalnya kelihatan lelaki yang sering menghantar bungkusan telah berkunjung ke rumah tuannya untuk berjumpa dengan Pin Pin.

Apa yang lebih menarik perhatian, lelaki yang mesra dipanggil Abang itu tidak keseorangan sebaliknya membawa anak dan isteri untuk melihat anjing peliharaan berkenaan.

Siap goyangkan ekor menunjukkan tanda gembira

Sewaktu Pin Pin melihat Abang berada di hadapan pagar sambil melambainya kelihatan dia begitu teruja dan berjalan ke arah pagar sambil mengoyangkan ekornya menunjukkan tanda suka.

Dia juga dilihat seperti tidak tentu arah apabila berjalan mundar mandir ke arah tuannya dan pagar untuk melihat Abang.

Kedengaran tuannya turut berbual dengan Abang berkenaan dan mengatakan mereka sudah lama tak berjumpa.

Lelaki itu turut memaklumkan pada hari tersebut dia tidak bekerja sebelum mengambil bayi dan anak kecilnya untuk melihat Pin Pin.

Kelihatan si kecil berkenaan turut teruja melihat Pin Pin yang berjalan ke sana sini di dalam rumah tersebut.

“Wah abang Shopee bawa isteri dan anak-anak datang tengok Pin Pin. Abang kata lama tak nampak Pin Pin. Rindu dekat Pin Pin. Pin Pin pun rindu sangat dengan abang. Terima kasih abang datang tengok Pin Pin,” tulis Brandy di ruangan kapsyen.

Sememangnya suka menunggu kehadiran penghantar bungkusan

Dalam beberapa lagi video yang dikongsikan oleh Brandy kelihatan Pin Pin sebelum ini sememangnya suka menunggu kehadiran penghantar bungkusan dan akan menggonggong parcel tersebut kepada tuannya.

@brandyyap322

terima kasih kepada abang abang dan kakak kakak yg sukakan pin pin…😍

♬ My little friends – Yona Yulisia
@brandyyap322

Hari ni abang ABX …😁😁😁

♬ Funny Cats – Backing Track Music

Ramai sifatkan Pin Pin comel dengan gelagatnya

Melihat di ruangan komen, ramai yang suka melihat gelagat Pin Pin bersama dengan abang berkenaan.

Malah ada yang turut menyedari Pin Pin kelihatan gembira kerana mengoyang-goyangkan ekornya.

Bukan hanya itu, ada yang memuji Pin Pin seekor anjing yang comel dan membuatkan ramai senang melihatnya.

Kunjungan abang tersebut secara tidak langsung turut menunjukkan keharmonian rakyat Malaysia yang hidup berbilang kaum dan saling hormat-menghormati.

“Pin Pin goyang ekor tengok abang Shopee sampai, maksudnya dia suka abang shopee dan keluarga jadi kawan dia”
“Pin Pin happy, abang kenapa parcel tak ada?”
“Abang ni betul-betul sukakan Pin Pin, bawa seluruh keluarga datang dan jumpa Pin Pin”
“Terbaik ini yang kita mahukan, kemasyarakatan yang erat tak kira bangsa. Syukur alhamdulillah”
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.