fbpx
Now Reading
“Akhirnya Dapat Free!” – Kanak-Kanak Lelaki Menabung 2 Bulan Hanya Untuk Miliki Kasut Idaman Raih Pujian [Video]

“Akhirnya Dapat Free!” – Kanak-Kanak Lelaki Menabung 2 Bulan Hanya Untuk Miliki Kasut Idaman Raih Pujian [Video]

Malah, ramai yang memuji adab kanak-kanak lelaki berkenaan kerana cuba menolak dan hanya mahukan diskaun walaupun diberi kasut percuma.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap orang mempunyai barang idaman yang ingin dimiliki. Namun, ada kalanya barang yang didamkan itu terlalu mahal dan agak mustahil untuk membelinya.

Pun begitu, ada segelintir individu yang tidak melihatnya sebagai halangan malah menjadikan ia sebagai cabaran sebelum memilikinya.

Ini kerana ada yang sanggup ‘ikat perut’ dan mengumpul duit semata-mata mahu membeli dan memiliki barangan tersebut.

Kanak-Kanak Lelaki Kumpul Duit Selama 2 Bulan Nak Beli Kasut Idaman

Itulah yang dilakukan oleh seorang kanak-kanak lelaki apabila berjaya mengumpul duit bagi membeli kasut idamannya, Nike Alphafly.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @wvintage.bundle, kelihatan kanak-kanak berkenaan sudah bersedia untuk membuat bayaran kasut yang dibelinya.

Difahamkan, kasut tersebut berharga RM189 dan kanak-kanak itu membayarnya menggunakan duit hasil menabung selama dua bulan.

Jelas kanak-kanak berkenaan, dia sememangnya sudah lama menanti untuk memiliki kasut tersebut.

Duit Tak Cukup RM10, Minta Diskaun Pada Seller

Namun apa yang menjadi perhatian adalah wang yang diberikan oleh budak lelaki itu kurang RM10.

Menyedari wangnya yang kurang, kanak-kanak tersebut dengan penuh sopan meminta diskaun daripada penjual kasut berkenaan.

Peniaga Bagi Kasut Free Atas Usaha Kanak-Kanak Kumpul Duit

Sebaik mendapat permintaan tersebut, penjual kasut itu lantas menanyakannya beberapa soalan seperti dari mana, bagaimana dia tahu kedai tersebut dan apakah kasut kegilaan kanak-kanak pada masa kini seolah-olah sedia memberikannya diskaun.

Jelas kanak-kanak yang bersekolah di USJ 2, Subang Jaya, dia mengetahui kedai tersebut daripada TikTok.

Dia juga berpendapat, kasut kegilaan kanak-kanak lain pada masa kini adalah Nike Alphafly.

“Kasut Aplhafly, saya pun tergila-gila juga kasut ni,” kata kanak-kanak berkenaan.

Sebaik mendengar jawapan tersebut, peniaga itu membuat keputusan untuk memberi kasut secara percuma lebih-lebih selepas mengetahui kesungguhan kanak-kanak berkenaan yang menabung untuk memiliki kasut tersebut.

Kanak-Kanak Tak Percaya Dapat Kasut Percuma, Tetap Beradab Minta Diskaun

Ketika diberitahu kasut itu akan diberikan secara percuma, kanak-kanak tersebut seolah-olah tidak percaya.

Malah, dia dia dengan penuh sopan meminta diskaun dan mahu membayar dengan harga yang diberikan.

Namun, peniaga berkenaan tetap juga dengan keputusannya untuk memberikan kasut tersebut secara percuma dek kerana kesungguhan kanak-kanak berkenaan.

Tonton video penuh [DI SINI]

Ramai Kagum Lihat Keperibadian Kanak-Kanak, Pilih Nak Bayar Walau Dapat Kasut Free

Video yang telah mendapat lebih 204,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa kagum dan memuji sikap kanak-kanak berkenaan.

Ini kerana dia dilihat tetap mahu membayar dan meminta diskaun walaupun telah dimaklumkan kasut itu diberikan secara percuma.

Pada masa yang sama, ada juga yang memuji peniaga kasut berkenaan kerana sikapnya yang murah hati membantu kanak-kanak tersebut.

Ini antara komen menarik pengguna TikTok:

“Adab Adik Terbaik. Tak Mahu Free Tetap Nak Bayar, Hanya Minta Diskaun Je”

“Dah Bagi Free Pun Tetap Minta Diskaun RM10, Bagus Adik Ni. Semoga Peniaga Ni Juga Dimurahkan Rezeki”

“Bagus Adik Ni, Simpan Duit Sendiri, Usaha Sendiri, Abang Respect, Barang Kita Nak, Kalau Kita Beli Sendiri Rasa Hargai Dia Tu Lain”

“Semoga Dimurahkan Rezeki Peniaga”

“Bagus Adab Anak Ini”

Baca Artikel Berkaitan: Kumpul Duit Selama 3 Tahun, Peniaga Apam Balik Beli Rumah Guna Duit Syiling [Video]

Baca Artikel Berkaitan: 3 Tahun Menabung Dalam Bekas Air, Peniaga Ini Akhirnya Beli Kereta Idaman RM80K Guna Duit Syiling

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.