“Sedap Sangat”- Lelaki Warga Nigeria Puji Dendeng Nyet Khairul Aming [Video]
Menurut isteri kepada lelaki Nigeria tersebut yang merupakan warganegara Malaysia, suaminya itu sedikit cerewet mengenai makanan dan tidak sangka dia menyukai Dendeng Nyet Berapi produk Khairul Aming.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Perkahwinan campur bukanlah suatu perkara baharu sebaliknya ia adalah unik dan sering menjadi perhatian ramai.
Ini kerana dari perkahwinan campur lah yang menyebabkan ahli keluarga, rakan dan individu sekeliling dapat mempelajari budaya masing-masing dari segi adat, makanan dan banyak lagi.
Malah ada juga warga asing yang jatuh cinta dengan makanan di Malaysia sehingga ia menjadi kegemaran mereka.
Lelaki Nigeria pertama kali rasa Dendeng Nyet dari Khairul Aming
Baru-baru ini, seorang lelaki dari Nigeria turut merasakan perkara sama apabila pertama kali merasai makanan ‘ready to eat’ dari usahawan dan influencer Khairul Aming (KA) yang diberikan oleh si isteri, Yana.
Menerusi video yang dikongsikan oleh si isteri, di akaun TikTok, The Hitams Family, awalnya kelihatan dia telah membekalkan suami nasi bersama Dendeng Nyet Berapi iaitu produk Khairul Aming.
Tak sangka suami suka Dendeng Nyet
Bekal tersebut disediakan oleh Yana yang merupakan warga Malaysia buat suaminya yang bekerja pada waktu malam.
“Laki (suami) aku kerja shift malam hari ni. Aku malas masak, bekalkan dendang nyet. Aku cakap dekat suami aku dendeng KA ni popular dekat Malaysia.
“Tiba-tiba dia hantar video ni, kalau tahu kau (suami) nak buat video, sepaket aku bagi bawa pergi kerja tadi,” ujarnya dalam video berkenaan.
Si isteri turut mengatakan dendeng dari usahawan terkenal itu berada di Jerman kerana keluarga berkenaan menetap di sana.
Sifatkan dendeng Khairul Aming sedap sangat
Dalam video tersebut, kelihatan si suami membaca Bismillah (Basmalah) sebelum memasukkan nasi bersama lauk dendeng ke dalam mulutnya.
Sebaik sahaja makan makanan itu kelihatan dia mengangguk dan menggelengkan kepala menunjukkan dia suka dengan rasa daging berkenaan.
“Khairul Aming, dendengnya sedapppppp, sedap sangat,’ kata si suami dalam video berkenaan.
Nak beli lagi apabila balik Malaysia, suami cerewet bab makanan
Di ruangan kapsyen, isteri lelaki itu turut meluahkan dia tidak sangka sang suami menyukainya dan akan membeli lebih banyak lagi apabila pulang ke Malaysia.
“Suka pula dia ni makan Dendeng Nyet Khairul Aming. Dendeng Nyet dah melancong sampai ke Jerman. Nanti balik Malaysia boleh beli lagi, banyak-banyak lah buat stok sebab suami dah approved.
“Dia ni bab makan cerewet sikit tekak dia. KA kalau datang Jerman roger-roger (beritahu) eh. Boleh kirim dekat kau je bawa sini,” kata si isteri lagi.
@the.hitams.family Suka plak dia ni mkn dendeng nyet @Khairulaming.. 😂😂 dendeng nyet da travel smpai ke Jerman..nnti blk Msia lg blh beli lg byk2 la buat stok sbb paktam ni da approved..dia ni bab makan cerewet sikit tekak dia 😂😂😂 KA kalau dtg Jerman roger2 eh..blh kirim kt kau je bawak sini.. 😂😂😂 #dendengnyetberapi #khairulaming #afroasian #malaysia #nigeria ♬ original sound – Hitam's Family 🇲🇾🇩🇪🇳🇬
Ramai suka lihat lelaki Nigeria seronok makan dendeng
Melihat di ruangan komen, ramai yang suka melihat reaksi lelaki Nigeria itu menikmati dendeng tersebut.
Malah ramai juga yang menyeru akaun TikTok Khairul Aming untuk melihat video terbabit.
Tidak kurang juga ada yang bergurau mengatakan dendeng tersebut telah menyebabkan dia bercakap bahasa Melayu sebaik memakannya.
Menerusi semakan kami di TikTok akaun tersebut, suami kepada Yana sememangnya boleh berbahasa Melayu. Malah terdapat dalam satu video dia bercakap Bahasa Melayu dengan baik.
@the.hitams.family Dia siap nyanyi ‘rumah tbakar panggil bomba,bomba datang berlumba2..’ 😂😂😂 adeh la hitam ni… #bomba #jerman #jermanbomba #afrika #malaysia #fypシ゚ #fyp
♬ original sound – Hitam’s Family 🇲🇾🇩🇪🇳🇬 – Hitam’s Family 🇲🇾🇩🇪🇳🇬
“Power lah cakap Melayu terus penangan dendeng”

“Paling suka orang yang macam ni kalau dia review makanan. Dia makan dan feel dulu tu rasa dan baru dia bagitahu sama ada makan tu sedap atau tak”

“Khairul Aming mahal review kali ni”




