fbpx
Now Reading
“Dia Dimalukan” – Adik Sajat Dakwa Anak Diherdik Guru Depan Murid Lain Sehingga Emosi Terganggu

“Dia Dimalukan” – Adik Sajat Dakwa Anak Diherdik Guru Depan Murid Lain Sehingga Emosi Terganggu

Nur Mustika yang juga adik kepada influencer Sajat mendakwa guru-guru di sekolah berkenaan tidak menjaga emosi anaknya, sebaliknya memaksa murid itu untuk mengakui dirinya menipu dengan cara tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Guru merupakan individu yang bertanggungjawab mengajar dan membentuk seseorang menjadi insan berjaya di masa hadapan.

Tugas guru sebagai pendidik bukanlah mudah. Oleh sebab itu, ramai yang menghormati profesion ini hingga ada perumpamaan yang mengibaratkan mereka seperti lilin yang membakar diri.

Namun, sejak akhir-akhir ini ada sahaja berita yang dilaporkan di media mengenai sikap segelintir guru yang dilihat tidak bertanggungjawab serta memberi layanan yang tidak sepatutnya kepada murid.

Baca Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak Lelaki 10 Tahun Lebam Pada Muka, Dipercayai Ditampar & Ditumbuk Guru

Tular Mastika dakwa guru malukan anaknya depan murid-murid lain

Baru-baru ini, tular pula di media sosial pendedahan adik influencer, Nur Sajat iaitu Nur Mustika mengenai anak perempuannya yang didakwa telah dimalukan oleh beberapa guru di sekolah di hadapan murid-murid lain.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, Mustika mendakwa kejadian tersebut berlaku sejak 4 Mac lalu selepas anaknya, Lisa pulang dari sekolah dalam keadaan menangis.

“Lisa sampai je rumah, menangis, cari mummy dalam bilik dan bagitahu apa yang jadi. Masa ini, saya diam dan dengar sambil saya pujuk, tapi dalam hati saya, saya berdoa supaya Allah tunjuk kan apa yang berlaku,” katanya.

Guru hantar video kepada Mastika, tunjuk saat Lisa dimarahi

Menurutnya, apa yang berlaku akhirnya terjawab apabila salah seorang guru dengan sendirinya telah menghantar satu video yang memaparkan Lisa yang dimarahi oleh beberapa cikgu di kawasan terbuka dipercayai kantin sekolah berkenaan.

Dalam video tersebut, jelas kedengaran salah seorang guru mengherdik Lisa sambil menuding jari kepada murid tersebut.

“Pada tarikh 14 April, Lisa mengadu kepada cikgu, tapi akhirnya jadi macam ini dan apa yang buatkan Lisa selalu tertekan tak nak ke sekolah.

“Allah tunjuk bukti nyata. Empat hingga lima orang cikgu kepung dia, panggil satu kelas suruh cakap yang Lisa tipu sambil rekod, di kantin itu penuh pelajar yang ada kelas tambahan,” dakwa Mustika.

Dakwa guru kelas anaknya ‘larikan diri’ setiap kali dia ingin berjumpa

Mustika pada masa turut berkongsi tangkap layar hantaran mesejnya di dalam grup Whatsapp kelas anaknya berhubung isu tersebut yang tidak dijawab oleh guru-guru lain.

Dia turut mendakwa bahawa guru terlibat sering kali mengelak daripada bertemu dengannya untuk membincangkan tentang perkara itu.

Mustika mendakwa guru-guru di sekolah berkenaan tidak menjaga emosi anaknya, sebaliknya memaksa murid itu untuk mengakui dirinya menipu dengan cara tersebut.

Isu berkenaan turut tular selepas dikongsikan oleh penyanyi rap, Caprice di akaun media sosial miliknya.

Malah dia turut meminta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menyelesaikan isu terbabit.

Ramai tak setuju tindakan yang dilakukan guru-guru tersebut terhadap Lisa

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial termasuk warga pendidik tidak bersetuju dengan cara yang digunakan oleh guru-guru berkenaan.

Menurut mereka, permasalahan mengenai murid berkenaan sepatutnya diselesaikan di kawasan tertutup seperti bilik guru kaunseling atau bilik guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM).

Malah, ada yang meminta Mustika untuk membuat aduan berhubung perkara itu kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

“Sebagai seorang guru, saya nak tahu satu benda saja, mana unit kaunseling sekolah ini?”

“Cikgu apa yang tak pandai kawal emosi dan berkasar dengan budak.”

“Kalau murid ini bersalah, gunakan saluran yang betul, serah kepada HEM atau kaunseling”

“Takda fungsi sekolah buat bilik kaunseling macam tu”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.