Kanak-Kanak Lupa Bawa Berus Gigi Tapi Tetap Ikut Kelas Dengan Cara Tersendiri Raih Pujian [Video]
Lebih menyentuh hati, kanak-kanak berkenaan dilihat menundukkan kepala sebagai tanda terima kasih ketika gurunya memberikan berus gigi yang baharu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebagai manusia tidak kira tua atau muda, ada hari tertentu kita pasti akan terlupa melakukan sesuatu perkara.
Keadaan ini kadangkala boleh menganggu mood seharian lebih-lebih lagi jika perkara yang terlupa itu amat penting.
Namun, ramai yang tidak menganggap ia satu masalah yang boleh menganggu kehidupan.
Malah, ada yang pandai mencari alternatif dan menyesuaikan diri dengan keadaan walaupun dalam kekurangan.
Lupa Bawa Berus Gigi Tak Halang Pelajar Ikuti Kelas Dengan Cara Tersendiri
Baru-baru ini, tular di media sosial video pelajar sebuah sekolah rendah di Marang Terengganu sedang mengikuti pembelajaran tentang cara memberus gigi dengan betul..
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @msaidiyusof, kelihatan kesemua pelajar tersebut memberus gigi dengan berus gigi yang dibawa dari rumah.
Malah, masing-masing turut mempunyai cawan berisi air di hadapan untuk kegunaan berkumur.
Namun apa yang menjadi perhatian, di sebalik kesemua pelajar itu, terdapat seorang pelajar lelaki yang memberus giginya hanya menggunakan jari.
Difahamkan, kanak-kanak berkenaan terlupa untuk membawa berus gigi ke sekolah pada hari tersebut.
Melalui perkongsian berkenaan, dapat dilihat dia tidak menjadikan kekurangan itu sebagai satu alasan untuk dia tidak belajar dan tetap menyertai rakan-rakannya yang lain.
Siap Tunduk Kepala Tanda Terima Kasih Bila Cikgu Beri Berus Gigi Baharu
Lebih menyentuh hati, kanak-kanak berkenaan dilihat menundukkan kepala ketika gurunya memberikan berus gigi yang baharu.
Dia kemudiannya terus kembali duduk bersama kawannya yang lain dan sambung menggosok gigi.
“Dia lupa bawa berus gigi tetapi dia tak lupa bawa adab,” tulis pengguna berkenaan.
@msaidiyusof “Apabila mati anak Adam, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: ilmu yang bermanfaat, anak soleh yang mendoakannya dan sedekah jariah,” — Riwayat Muslim#anak #sekolah #adab #vibes #fypageシ
♬ original sound – Saidiyusof – Saidiyusof
Tonton video penuh [DI SINI]
Ramai Kagum Dengan Keperibadian Murid & Puji Hasil Didikan Ibu Bapa
Video yang telah mendapat lebih 885,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang kagum dan memuji keperibadian pelajar berkenaan apatah lagi dia langsung tidak menjadikan terlupa membawa berus gigi sebagai alasan untuk tidak mengikuti kelas tersebut.
Lebih membuatkan ramai kagum apabila melihat reaksinya yang menundukkan diri kepada guru sebagai tanda terima kasih ketika mendapat berus gigi yang baharu.
Pada masa yang sama, ibu bapa kanak-kanak itu juga turut mendapat pujian daripada pengguna media sosial yang menganggap mereka telah memberikan didikan yang baik.
Ini antar komen menarik pengguna TikTok:
“Tiada Alasan, Hanya Usaha, Jari Pun Jadi, Dapat Berus Gigi Terus Tunduk Tanda Terima Kasih, Respect Dik”

“Siapa Ibu Bapa Dia? Tolong Muncul, Nak Cakap Anda Ibu Bapa Yang Berjaya Tunjuk Watak Hebat Untuk Anak”

“Hebat Adab Dia, Hebat Juga Ibu Ayah Dia”

“Abang Dulu Masa Tadika Pun Gosok Gigi Pakai Jari”

“Memang Anak Yang Baik, Adab Yang Tinggi”

“Dia Datang Balik, Dia Buat (Gosok Gigi) Betul-Betul”

Baca Artikel Berkaitan: Pelajar Cemerlang SPM Cari & Ajak Mak Cik Kantin Bergambar Lepas Dapat Result Raih Pujian [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Ibu Terharu 2 Pelajar Cilik Siap Pimpin Tangan Anak OKU Untuk Ke Kantin [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Gelagat Comel Pelajar Perempuan Sanggup Dukung Kawan Sebab Tak Nak Kena Tinggal Buat Ramai Geli Hati [Video]



