Guna Untuk Rawatan Sahaja, Pengguna Ganja Di Thailand Perlu Ada Sijil Perubatan
Menteri Kesihatan Awam, Somsak Thepsutin berkata, peraturan baharu berkaitan penggunaan ganja itu perlu dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Awam dalam tempoh 40 hari.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pada 2022 lalu, Thailand telah menjadi negara pertama di Asia yang membenarkan orang ramai menanam ganja di rumah.
Keputusan yang mengejutkan dunia ini membolehkan rakyat di negara Gajah Putih itu memproses, mengimport, mengeksport, mengedar, mengambil serta memiliki ganja kerana ia bukan lagi satu kesalahan di sisi undang-undang Thailand.
Baca Artikel Berkaitan: ‘Untuk Keperluan Diri Sendiri’ – Thailand Kini Benarkan Rakyat Tanam Ganja Di Rumah
Bagaimanapun, pada tahun lalu, Thailand dilihat membuat pusingan-U selepas mengambil langkah mengklasifikasikan semula ganja sebagai dadah berbahaya yang bermula sejak 1 Januari 2025.
Pengguna ganja di Thailand perlu ada sijil perubatan, termasuk yang menghisap
Terbaharu, negara itu mengumumkan pula bahawa pengguna ganja di sana perlu memiliki sijil perubatan bagi memastikan tumbuhan berkenaan digunakan bagi tujuan perubatan sahaja.
Menteri Kesihatan Awam, Somsak Thepsutin berkata, pengumuman yang dilakukan itu adalah perkembangan terkini dalam usaha Thailand mengawal selia penggunaan ganja sejak ia dinyahjenayahkan hampir tiga tahun lalu.
Menurut Berita Harian yang memetik Bangkok Post, Thepsutin berkata, beliau akan menambah baik peraturan penggunaan ganja di negara itu dengan mengambil contoh mereka yang menggunakan ganja untuk merokok mungkin perlu menunjukkan sijil perubatan.
“Pengguna ganja sama ada warga asing atau rakyat tempatan perlu memiliki sijil perubatan.
“Kami akan mengarahkan agensi kerajaan untuk terus menguatkuasakan undang-undang dan tidak membiarkan sebarang masalah timbul,” katanya.
Beri tempoh 40 hari untuk keluarkan peraturan baharu itu
Jelas Thepsutin, peraturan baharu itu perlu dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Awam dalam tempoh 40 hari.
Perubahan utama yang dicadangkan adalah mewajibkan pengguna ganja mendapatkan sijil perubatan, dengan preskripsi dikeluarkan oleh pengamal perubatan bertauliah, pengamal perubatan tradisional Thailand serta doktor perubatan am.
Penggunaan ganja hanya bagi tujuan perubatan sahaja
Dalam pada itu, Ketua Pengarah Jabatan Perubatan Tradisional dan Alternatif Thailand, Dr Somlerk Jeungsmarn berkata, peraturan baharu itu perlu menjelaskan bahawa pengguna ganja adalah bagi tujuan rawatan perubatan sahaja.
Ujarnya, pengguna perlu memiliki sijil perubatan yang membuktikan mereka menghidap penyakit seperti sawan, sakit kepala atau insomnia pada masa hadapan.
Baca Artikel Berkaitan: Gugurkan Ganja Dari Senarai Bahan Terlarang, PBB Gesa Thailand Beri Alasan Kukuh
Baca Artikel Berkaitan: Ladang Ganja Terbakar Di Thailand, Satu Kampung Khayal & ‘Ketawa Tidak Henti’



