“Sebulan Duduk Tiada Kad Akses” – Influencer Dakwa ‘Management’ Kondo Di KL Bermasalah [Video]
Berkongsi lanjut, Iman Kamil turut mendakwa kebanyakan penduduk berpendapat yang sama selepas ditanya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kediaman jenis strata seperti kondominium, pangsapuri dan flat kebiasaannya mempunyai pihak pengurusan yang diambil daripada syarikat lain untuk mengendalikan kawasan itu.
Pihak pengurusan ini akan mengambil yuran penyelenggaraan (maintenance fee) daripada penduduk atau pemilik rumah untuk memastikan keselesaan, keselamatan dan kebersihan kediaman berkenaan.
Namun, tidak dinafikan masih ada segelintir pihak pengurusan sesebuah kediaman terutamanya jenis strata yang tidak menjalankan tanggungjawab diberikan sehingga mendatangkan kesusahan kepada penduduk.
Baca Artikel Berkaitan: “Kami Tiada Niat” – Kes Larang Laungan Azan Di Tanjung Tokong, Pengerusi JMB Kondominium Mohon Maaf [Video]
Influencer dakwa pihak pengurusan sebuah kondominium di KL bermasalah
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial seorang influencer yang dikenali sebagai Iman Kamil meluahkan rasa tidak puas hati dengan pihak pengurusan di sebuah kondominium di Kuala Lumpur yang baru sahaja didudukinya selama sebulan.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, Imam mendakwa pihak pengurusan di kediaman tersebut tidak membuat kerja mereka seperti yang sepatutnya.
Dakwa Iman Kamil, penduduk di sana telah membuat pelbagai aduan kepada pihak pengurusan di kediaman itu sejak 7 tahun yang lalu, namun sehingga kini banyak tindakan yang belum diambil.
Dah sebulan duduk kad akses dan kad parkir langsung tak dapat, sukar pindah barang
Menurut Iman, sepanjang sebulan dia menetap di sana, pihak pengurusan tidak memberikannya kad akses untuk masuk ke kawasan kediaman dan meletakkan kenderaan (parkir).
“Dah banyak kali minta, aku pergi dekat ‘management’ untuk mohon kad akses dan kad parkir untuk masukkan barang, barang aku tak ada lagi, ini semua barang yang dah memang ‘fully furnished’. Dekat ofis pengurusan tiada orang pun, cuma ada komputer sahaja,” katanya.
Ujarnya, pihak ejen serta tuan rumah di kediaman terbabit juga telah membantunya memohon kad akses, namun tiada apa-apa kemaskini yang diberikan oleh pihak pengurusan.
Dah sebulan tak kerja, perabot di rumah lama tak dapat pindah ke rumah baru
Difahamkan, ketiadaan akses kad itu menyebabkan Iman sukar untuk memindahkan perabot-perabot serta barangan-baranganya daripada rumah lamanya ke rumah baru itu.
Katanya, perkara itu menyebabkan dia tidak dapat melakukan pekerjaannya sebagai ‘content creator’ sepanjang tempoh terbabit.
Mana tidaknya, Iman mendakwa terpaksa turun dari kenderaan dan mengisi borang setiap kali ingin memarkir kenderaan serta perlu menggunakan kad akses yang dipegang pengawal keselamatan untuk menaiki lif ke tingkat rumahnya.
Iman dakwa 2 jam tunggu di luar pejabat management
Dakwa Iman lagi, salah seorang pihak pengurusan yang berada di dalam pejabat juga tidak membuka pintu ketika dia menekan loceng untuk berjumpa bagi membincangkan tentang perkara terbabit.
“Hari itu aku tunggu lama hampir dua jam tunggu dekat luar, memang aku tekan (loceng) dia (pihak pengurusan) tak buka, orang lain datang tekan pun dia tak buka tapi ada kontraktor yang datang tekan loceng dia buka pintu.
“Jadi maksudnya dia dah tengok CCTV, orang yang dia kenal dia bagi masuk (pejabat), tapi orang yang dia tak kenal, dia tak bagi masuk,” katanya lagi.
Banyak penduduk turut akui pihak pengurusan di sana teruk
Berkongsi lanjut, Iman turut mendakwa kebanyakan penduduk berpendapat yang sama selepas ditanya.
Malah, dia juga berkongsi beberapa tangkap layar ulasan penduduk yang tidak berpuas hati dengan pihak pengurusan kediaman itu.
Di akhir perkongsian, Iman menyatakan bahawa luahan serta video terbabit dimuat naik olehnya untuk menyuarakan tentang perkara itu agar permasalahan yang telah berlarutan bertahun-tahun ini dapat diselesaikan.
@yes_iman ⚠️JANGAN DUDUK DEKAT SCOTT GARDEN, KL. Management lansung tak buat kerja. Dah banyak feedback and report orang dah buat since 7 tahun lepas. Masalah yang sama. Sampai sekarang tak diambil tindakan👎🏻. Staff yang bekerja lansung tak buat kerja. Nak berurusan di office tapi taknak buka pintu. Orang yang dia kenal je dia buka. Nak tunggu berapa tahun lagi baru nak diambil tindakan???
♬ original sound – Iman Kamil
Baca Artikel Berkaitan: Kondo Papar Maklumat Pemilik Liat Bayar ‘Maintenance’ Pada Papan Digital [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Aku Tak Halalkan” – Habis Beribu Ringgit, Influencer Tegur Individu Curi Video Untuk Buat Affiliate



