Pemandu Axia Susah Jalan Kerana Kereta ‘Lowered’, Netizen Perli Rendahkan Lagi Hingga Cecah Lantai [Video]
Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan pemandu terpaksa menyengetkan kereta untuk melalui bonggol kecil terbabit agar bumper tidak tersagat.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tidak dinafikan setiap individu pasti mempunyai minat atau hobi yang berbeza-beza.
Sebagai contoh ada yang gemar menghias kereta dengan bermacam-macam gaya. Malah mereka juga sanggup berhabisan ribuan ringgit demi menukar atau mengubah sesuatu barangan pada kenderaan yang disayangi.
Namun ada juga segelintir yang melakukan modifikasi dengan mengubah kereta sehingga merosakkan kenderaan tersebut.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Myvi ‘Lowered’ Sehingga Keluar Percikan Api Ketika Di Jalan Raya Raih Perhatian Ramai [Video]
Bumper hadapan terpaksa ditahan dengan tangan sewaktu lalui kawasan berbonggol
Baru-baru ini, tular satu video memaparkan sebuah kereta dipercayai Perodua Axia yang dilihat mengalami kesukaran untuk berjalan di atas kawasan yang mempunyai bonggol kecil kerana keadaan kereta rendah.
Menerusi video yang dikongsikan di X, kelihatan seorang lelaki terpaksa membantu pemandu Axia untuk menahan bumper hadapannya yang bergesel dengan lantai sewaktu ingin turun dari sebuah kawasan parkir bertingkat.
Perkara itu dipercayai berlaku kerana pemilik kereta telah merendahkan (lowered) kenderaannya jauh berbeza dengan ketinggian standard.
Bahagian bumper seperti nak terkopak
Malah turut kelihatan bahagian bumper awalnya seperti mahu terkopak sebelum lelaki berkenaan menahan dan merapatkannya ketika ia ingin melalui bonggol kecil itu.
Bukan hanya itu, kereta itu juga terpaksa berjalan sedikit senget agar ia seimbang dan tidak tersagat pada bahagian jalan.
Sebaik sahaja kereta itu melepasi bonggol kedengaran bunyi geseran bumper hadapan dengan jalan terbabit.
Insiden itu secara tidak langsung menunjukkan tindakan merendahkan kenderaan turut membuatkan kereta menjadi rosak kerana berlaku banyak geseran selain boleh menyebabkan bahagian badan bawah kereta rosak.
Aq tak faham …dah elok² kereta tu tu dilahirkan standard…nk juga bagi lower….leps tu sendiri susah…. 🤣🤣🤣 pic.twitter.com/43eBa6kuCv
— 요시로 왕자 (@Cool_Wannabe82) May 21, 2025
Ramai sindir suruh rendahkan kereta hingga ke lantai
Melihat di ruangan komen, ramai yang menyindir pemilik kereta kerana telah merendahkan kereta sehingga menyusahkan orang lain.
Tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman terpaksa menunggu apabila kereta seperti ini lalu di bahagian bonggol kerana mereka perlu menyengetkan kenderaan agar tidak tersagat.
Ada juga yang memerli dengan menyuruh mana-mana pemilik kenderaan yang merendahkan kereta mereka sehingga ke lantai.
“Itulah konon nak lowered”

“Tak cun lah bro, rendahkan sikit lagi bagi cecah lantai baru power”

“Aku tak pandai mana bab kereta ni, tapi rasa macam ada jenis flexible suspension tu. Boleh adjust tinggi rendah suspension”

“Dia selagi tak menyusahkan orang lain beratur tunggu belakang kau, lantak lah. Bila dah ganggu orang lain punya tu memang bang*ng”

BACA ARTIKEL BERKAITAN:



