fbpx
Now Reading
“Ni Apa Maksudnya?” – Pilot Darat Dapat ‘Mini Love’ Selepas Beri Pemandu Wanita Laluan [Video]

“Ni Apa Maksudnya?” – Pilot Darat Dapat ‘Mini Love’ Selepas Beri Pemandu Wanita Laluan [Video]

Difahamkan, pada awalnya wanita itu tidak memberi ‘double signal’ sebagai ucapan terima kasih kerana memberi laluan kepada pemandu lori terbabit.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sikap bertolak ansur semasa memandu tidak merugikan, sebaliknya dapat mengurangkan risiko kemalangan jalan raya.

Sebagai contoh, jika ada kenderaan lain yang ingin memasuki laluan kita, apa salahnya jika diberi ruang agar pemandu terbabit dapat masuk dengan selamat.

Malah, di zaman ini pula kebanyakan pemandu juga sudah mula menggunakan lampu isyarat kecemasan (double signal) yang dihidupkan untuk dua detik sebagai tanda ucapan terima kasih seperti di Jepun.

Pasti sejuk hati dan rasa diri dihargai kalau dapat double signal bukan?

Pilot darat dapat isyarat tangan tanda terima kasih – SH

Namun, lain pula ceritanya dengan seorang pemandu kenderaan berat ini yang mendapat isyarat tangan berbentuk hati daripada seorang pemandu wanita sebagai ucapan terima kasih kerana memberinya laluan.

Menerusi rakaman dashcam yang dimuat naik di akaun TikTok @dashcam.my, kelihatan pemandu wanita itu pada awalnya membuka ‘sunroof’ di kereta barunya itu.

Dia kemudiannya memberi isyarat jari ‘mini love’ kepada pilot darat terbabit sebelum memberi isyarat tangan berbentuk hati pula yang dilakukan sebanyak beberapa kali.

Bagaimanapun, tidak diketahui lokasi jalan serta waktu semasa kejadian berlaku.

Bagi mini love selepas kena high beam

Difahamkan, pada awalnya wanita itu tidak memberi double signal sebagai ucapan terima kasih kerana memberi laluan kepada pemandu lori terbabit.

Susulan itu, pemandu lori berkenaan memberi lampu tinggi (high beam) kepada wanita tersebut.

“Saya bagi amoi ini laluan untuk keluar simpang, tapi dia tak bagi saya double signal pun ucap terima kasih. Bila saya high beam tiba-tiba dia bagi isyarat ini.

“Ini apa maksudnya ya? Perlu ke saya cari dia untuk ajak minum? Mohon bantuan korang,” katanya secara berseloroh.

@dashcam.my Sy bagi amoi ni laluan untuk keluar simpang , tapi dia x bg sy double signal pun ucap terima kasih . Bila sy high beam tiba2 dia bg isyarat ni . Ni apa maksudnya ya ? Perlu ke sy cari dia untuk ajak minum? Mohon bantuan korang #dashcamvideo #malaysiamemes #dashcamvideos #dashcamera #dashcams #dashcam #dashcameracarcrash #dashcammalaysia #dashcameralessons #malaysia #malaysiareaction #malaysiasong #多少柔情多少泪 #malaysiaboleh #malaysian #malaysiaboleh #dashcamcarcrash #malaySiameme #malaysianupdate #malaysiamemestamil ♬ original sound – xkuchen

Netizen beri pelbagai reaksi, siap ada yang suruh ajak dating

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi pelbagai reaksi setelah melihat video tersebut.

Kebanyakan netizen berseloroh dengan meminta pemandu lori itu untuk mengajak wanita berkenaan ‘dating’.

Tidak kurang juga yang berpendapat bahawa pemandu wanita itu bukannya tidak mahu memberi double signal sebaliknya masih belum terbiasa dengan butang-butang yang ada pada kereta barunya.

Baca Artikel Berkaitan: “Nak Belanja Dia Minum” – Wanita Cari Lelaki Bantu Tap Kad Touch ‘n Go Di Tol Curi Perhatian [Video]

Tonton video berkaitan:

@buzzkini

Sopan santun sangat tu, cukuplah signal dengan angkat tangan. 🤣 Bagus didikan mak ayah, sampai ke cilok jam adabnya.

♬ original sound – BuzzKini
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.