Dua Ekor Anjing Jadi ‘Bodyguard’ Teman Kanak-Kanak Pergi Sekolah Curi Perhatian [Video]
“Anjing memang spesies garang, tapi dalam garang ada manja, setia tu paling mahal kalau baik dengan haiwan.”
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Bagi kebanyakan orang khususnya muslim, anjing merupakan antara haiwan yang paling ditakuti. Apabila terjumpa atau terserempak dengan haiwan tersebut, pasti akan ada yang lari tak cukup tanah!
Ini kerana selain perlu disertu, ramai yang menganggap haiwan itu berbahaya apatah lagi ada sahaja berita di media sosial mengenai insiden melibatkan anjing.
Baca Artikel Berkaitan: Kes Anjing Serang 5 Individu Di Baling: Pemilik Setuju Lupus Dua Ekor Anjing Rottweiler
Namun, tidak semua haiwan ini garang dan bersikap ganas dengan manusia. Malah, ada yang terlebih manja, setia dan bersifat melindungi khususnya kepada individu yang telah dikenali.
Dua Ekor Anjing Jadi Bodyguard Teman Kanak-Kanak Pergi Sekolah
Baru-baru ini, tular di media sosial video dua ekor anjing liar menemani kanak-kanak perempuan yang berjalan kaki pergi ke sekolah.
Detik manis itu dikongsikan sendiri oleh ibu kanak-kanak berkenaan yang dikenali sebagai Hayati menerusi satu video di TikTok @ tiey_jf.
Melalui perkongsian itu, dapat dilihat seekor anjing berwarna hitam dan seekor lagi berwarna keemasan yang masing-masing diberi nama Janggut dan Oren mengekori kanak-kanak terbabit pergi ke sekolah.
Apa yang menjadi perhatian adalah kedua-dua haiwan berkenaan bukan hanya sekadar menemani sewaktu pergi bahkan waktu balik juga turut diambil oleh mereka.
“Bodyguard adik. Pergi sekolah mereka hantar, balik sekolah mereka ambil. Janggut dan Oren,” tulisnya pada video berkenaan.
Wanita Turut Bagi Makan Kepada Anjing
Melalui perkongsian itu juga, dapat dilihat Hayati menyediakan makanan berupa campuran nasi dan ayam untuk kedua-dua haiwan itu.
Lebih menarik, terdapat seekor lagi anjing yang diberi nama si Ibu sering datang ke kediamannya hanya untuk makan.
Jelas Hayati, kesemua anjing tersebut amat baik dan tidak membuat kacau terutama kepada kucing yang turut berada di kawasan itu.
Rupanya Anjing Dah Duduk Depan Rumah Hampir 3 Tahun
Kongsi Hayati kepada BuzzKini, kedua-dua anjing berkenaan sebenarnya telah tinggal di hadapan rumah mereka sejak tiga tahun yang lalu.
Segalanya bermula apabila anjing berwarna hitam telah datang mengikut anjing liar yang lain ke rumah jirannya yang merupakan seorang pemberi makanan (feeder) kepada anjing dan kucing jalanan.
Malah, Hayati kadangkala turut memberi makan apabila jirannya tidak sempat berbuat demikian.
Lebih mengejutkan, haiwan ini pada asalnya merupakan anjing liar namun mula menjadi jinak setelah diberi makan setiap hari.
Tidak hanya itu, sekiranya Hayati mempunyai hal di sekolah, anjing berkenaan tetap setia menanti dia dan anaknya di luar pagar sekolah.
@tiey_jf Makhluk paling setia.. dia nampak kita dari jauh pun dia dah kenal.. dgr cakap.. tapi kalau time dia merajuk jgn bwk ckp.. hbis dia sondol🤣🤣🤣 #CapCut #fyp #fypシ゚viral🖤tiktok
♬ original sound – トワン・カシャ🇲🇾 – トワン・カシャ🇲🇾
Tonton video penuh [DI SINI]
Ramai Kagum & Teruja Namun Ada Juga Yang Minta Berhati-Hati
Video yang telah mendapat lebih 645,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang kagum dan teruja melihat sikap melindungi serta setia anjing berkenaan sewaktu menemani kanak-kanak itu pergi ke sekolah.
Namun, ada yang meminta wanita itu berhati-hati kerana perkongsiannya itu didakwa boleh menyebabkan pihak lain mengambil tindakan terhadap anjing tersebut.
Ada juga pengguna media sosial yang berkongsi pengalaman sendiri memberi makan kepada anjing jalanan.
Ini antara komen menarik pengguna TikTok:
“Anjing Memang Kenal Siapa Yang Baik & Bagi Dia Makan, Saya Setiap Pagi Bagi Makan Anjing”

“Hati-Hati Kak, Manusia Zaman Sekarang Lebih Kejam, Tak Suka Tengok Makhluk Yang Setia Ni”

“Diorang Kenang Jasa Yang Akak Pernah Buat Dekat Diorang”

“Anjing Memang Spesies Garang, Tapi Dalam Garang Ada Manja, Setia Tu Paling Mahal Kalau Baik Dengan Haiwan”

“Kita Pun Ada Anjing Macam Ni, Pergi Kerja Balik Kerja Mesti Dia Datang Ambil”

Baca Artikel Berkaitan: “Ini Makhluk Allah” – Peniaga Kecewa, Ada Orang Nak Boikot Restoran Hanya Kerana Bagi Anjing Makan [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Tindakan Wanita Beli Ayam Goreng Bagi Anjing Makan Raih Pujian Ramai [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Telatah ‘Bosco Sang Anjing’ Tak Dekati Penjaganya Yang Hendak Ke Masjid Raih Perhatian Netizen [Video]



