Wanita Jepun Pilih Lelaki Malaysia, Akui Antara Yang Terkacak Di Asia [Video]
Malah, mereka tetap memilih lelaki Malaysia berbanding lelaki-lelaki di Filipina dan juga Indonesia.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tidak dinafikan, rupa paras yang cantik atau kacak adalah sesuatu yang subjektif, ini kerana setiap orang pasti mempunyai pandangan yang berbeza-beza terhadap seseorang.
Sebagai contoh, seseorang mempunyai kulit yang putih gebu mungkin dianggap cantik bagi segelintir lelaki di Malaysia, namun ada juga yang lebih gemar yang sebaliknya.
Begitu juga dengan kaum Hawa, pasti wanita di setiap negara mempunyai tanggapan atau pandangan yang berbeza untuk setiap lelaki di seluruh dunia.
Wanita Jepun anggap lelaki Malaysia antara ‘terhensem’ di Asia
Seperti baru-baru ini, siapa sangka dua wanita di Jepun mengakui lelaki di Malaysia adalah antara yang terkacak di Asia.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @girlsinterviewjapan, kedua-dua wanita itu harus memilih lelaki yang dianggap mereka kacak mengikut pilihan dua negara.
Pada awalnya, mereka lebih memilih lelaki Korea berbanding jejaka di negara China, Iran, Thailand, Bangladesh dan Myanmar.
Namun, Korea kemudiannya kalah dengan lelaki India kerana kedua-duanya lebih memilih jejaka di negara selatan Asia itu.
Wanita Jepun pilih lelaki Malaysia, akui nampak ‘cool’ di TikTok
Bagaimanapun, kedua-dua wanita dari negara Matahari Terbit itu memilih jejaka Malaysia pula berbanding lelaki di India.
Malah, mereka tetap memilih lelaki Malaysia berbanding lelaki-lelaki di Filipina dan juga Indonesia.
Ketika ditanya mengapa, wanita-wanita itu berkata kerana rupa paras lelaki Malaysia yang dianggapnya sempurna dan kelihatan ‘cool’ di TikTok.
@girlsinterviewjapan Which country in Asia has the most handsome guys? #japaneseinterview #japanesegirl #girlsinterviewjapan #streetinterview ♬ オリジナル楽曲 – Girls Interview Japan



