fbpx
Now Reading
Tak Semestinya Kaya, Lelaki Dedah Sisi Gelap Buka Stesen Minyak

Tak Semestinya Kaya, Lelaki Dedah Sisi Gelap Buka Stesen Minyak

Beliau turut berkongsi anggaran untung bersih serta kasar setiap bulan yang jauh dari angka ‘realitinya’.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Perniagaan francais bukanlah perkara baharu dalam kalangan masyarakat kita. Jenama besar seperti stesen minyak sering dilihat sebagai peluang keemasan yang menjanjikan keuntungan lumayan.

Namun di sebalik nama gah dan tanggapan ‘kalis rugi’, ramai tidak tahu realiti sebenar yang terpaksa dihadapi para pengusaha di sebalik kaunter. Kos tinggi, margin kecil dan tekanan operasi adalah antara cabaran yang jarang diceritakan.

Seorang bekas dealer tampil mendedahkan pengalamannya sendiri menjalankan dua buah stesen minyak dan perkongsiannya ternyata membuka mata ramai.

Baca Artikel Berkaitan: “Nasi & Telur Kongsi 3 Orang” – Ramai Kongsi Kisah Susah Cari Makan Masa ‘Broke’

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Zhiddin Kongsi Kisah Telaga Talhah, Selit Nasihat Penghargaan & Nilai Pengorbanan Zaman Rasulullah

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Kongsi Tempat Lupuskan Al-Quran Secara Percuma Buat Kariah KL

Lelaki Dedah Cabaran Jadi Dealer Stesen Minyak

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di laman TikTok (@azmiabdullah._), lelaki berkenaan memulakan kisahnya dengan pengalaman menguruskan dua stesen minyak.

Katanya, ramai beranggapan perniagaan ini menjanjikan pulangan besar, tetapi hakikatnya ia sangat bergantung kepada lokasi dan pengurusan.

Beliau membuka stesen pertama pada tahun 2010 dengan modal tunai RM400,000. Menurutnya, SOP yang ketat, termasuk aspek keselamatan dan pemantauan bahan mudah terbakar, membuatkan pengendalian sangat mencabar.

Selepas enam bulan, keuntungan bersih hanya sekitar RM3,000 sebulan, sangat jauh dari jangkaannya.

Pada tahun 2016, beliau mengambil alih sebuah lagi stesen daripada seorang dealer lama yang jatuh sakit. Stesen itu dulunya mampu raih keuntungan bersih RM45,000 sebulan, namun selepas audit, ia didapati hanya menjana RM20,000.

Lebih mengejutkan, komisen jualan minyak yang dijanjikan sekitar 10 sen seliter tidak pun menghasilkan jumlah sebenar seperti atas kertas.

Antara pendedahan penting ialah:

  • Komisen sebenar daripada jualan minyak jauh lebih kecil berbanding jangkaan walaupun jualan mencecah 1.2 juta liter sebulan
  • Keuntungan kasar dari minyak hanyalah RM6,000 sebulan, bukan RM120,000 seperti dianggarkan
  • Jualan kedai stesen menjadi penyumbang utama untung (sekitar RM80,000 sebulan)
  • Kos tetap bulanan termasuk gaji dan bil mencecah RM60,000

Pemilik asal mahukan gaji RM45,000 sebulan, manakala lelaki itu sendiri mengimpikan gaji pengurusan sekitar RM10,000.

Namun realitinya, selepas ditolak semua kos, hanya tinggal keuntungan bersih RM20,000, yang jelas tidak cukup untuk menampung kehendak semua pihak. Akhirnya beliau menyerahkan kembali stesen tersebut kerana ia tidak lagi berbaloi.

Menurutnya, ramai dealer tidak menerima komisen seperti dijanjikan. Beliau juga tidak pasti di mana silapnya. Katanya, mungkin terlalu banyak cukai atau ‘blind spot’ dalam pengiraan.

Bila untung minyak terlalu kecil, peniaga terpaksa harap sepenuhnya pada jualan kedai. Itulah sebab harga minuman tin di stesen jauh lebih mahal berbanding pasar raya.

Tambahnya lagi, stesen yang tidak terletak di kawasan R&R lebuh raya lebih sukar untuk bersaing.

Ramai pelanggan hanya datang untuk isi minyak tanpa masuk ke kedai. Kemudahan seperti ATM pun tidak lagi menarik kerana kebanyakan orang kini guna e-wallet.

Akhirnya, stesen yang diusahakan itu diserah kembali kepada syarikat pemilik jenama apabila ditawarkan skim ‘voluntary surrender’. Beliau hanya dapat semula sekitar 70% daripada modal asal.

Tonton perkongsian penuh [DI SINI].

Netizen Terkesan, Ucap Terima Kasih Atas Perkongsian

Ruangan komen dipenuhi dengan ucapan terima kasih daripada netizen yang menganggap perkongsian ini sebagai pendedahan yang sangat membuka mata.

Ramai mengakui mereka tidak pernah tahu tentang selok-belok sebenar perniagaan ini yang selama ini hanya dilihat sebagai ‘lubuk emas’.

Sumber: TikTok @azmiabdullah._
Sumber: TikTok @azmiabdullah._

Ada juga yang mengambil peluang bertanya lebih lanjut, malah berkongsi pengalaman sendiri menjalankan perniagaan francais yang turut berdepan cabaran serupa. Apa yang dianggap mudah, rupa-rupanya penuh onak duri.

Sumber: TikTok @azmiabdullah._
Sumber: TikTok @azmiabdullah._

Apa Itu Perniagaan Francais?

Francais ialah bentuk perniagaan yang melibatkan pemilik jenama (franchisor) memberi hak kepada individu atau syarikat (franchisee) untuk menggunakan jenama dan sistem operasi mereka.

Dalam konteks stesen minyak, franchisee bertindak sebagai dealer yang menguruskan operasi mengikut piawaian ketat yang ditetapkan.

Walaupun sering dilihat stabil, realitinya tidak semua francais menjanjikan keuntungan seperti yang digambarkan. Lokasi, pengurusan, kos dan perubahan polisi memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan sesuatu cawangan.

Baca Artikel Berkaitan: [Eksklusif] Wanita Kongsi Peranan Sebagai Ibu Bekerja Dalam Industri Penerbangan

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gelagat Opah Ini Kongsi Resepi Berbuka Curi Tumpuan Ramai

Baca Artikel Berkaitan: Kes Kematian Kucing Di UM: Pensyarah Kongsi Gambar Dengan Si Bulus Raih Perhatian Ramai

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.