fbpx
Now Reading
“It’s Ugly”- Gelagat Pelajar Tegur Ayah Untuk Berhenti Merokok Buat Ramai Terhibur [Video]

“It’s Ugly”- Gelagat Pelajar Tegur Ayah Untuk Berhenti Merokok Buat Ramai Terhibur [Video]

Dalam video tersebut, pelajar berkenaan turut menunjukkan kepada abahnya kesan buruk yang berlaku pada kesihatan jika merokok dan menyifatkan gambar itu hodoh.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Umum mengetahui perbuatan merokok merupakan perkara yang bahaya dan boleh merisikokan kesihatan diri.

Malah pada kotak rokok sendiri turut terpampang kesan buruk yang boleh dialami oleh perokok bagi memberi kesedaran.

Bukan hanya itu, pelbagai iklan turut di keluarkan di dalam televisyen, media sosial serta akhbar untuk memberi kesadaran betapa bahayanya rokok kepada kesihatan.

Namun segala iklan, dan kesan buruk yang dimaklumkan ini masih sukar untuk membuatkan segelintir perokok berjaya berhenti dari ketagihannya.

Pelajar tunjuk gambar kesan buruk merokok untuk tegur ayah supaya berhenti

Terbaharu, seorang pelajar perempuan telah menjadi perhatian ramai apabila dia menegur tabiat bapa yang juga perokok.

Menerusi video yang dikongsikan oleh ibu, @t’cher.FizzySherani di TikTok awalnya kelihatan pelajar itu berdiri di tepi tingkap kenderaan sambil memegang sebuah buku.

Dia kemudian menunjukkan kepada ayahnya satu gambar rajah di dalam buku teks Pendidikan Kesihatan kesan buruk yang boleh dialami oleh perokok.

“Ini adalah akibat-akibat merokok, khas untuk abah,” katanya sambil menunjuk ke arah gambar rajah berkenaan.

Walaupun ditegur, ayah masih mendengar ceramah si anak dengan baik

Perkara itu secara tidak langsung membuatkan si ayah terkelu, dan ketawa kerana anak perempuan menegur perbuatannya.

Meskipun ditegur oleh anak, namun bapa pelajar itu dilihat mendengar dengan baik setiap perkara dimaklumkan anak kesayangannya.

Jelas pelajar itu, dia perlu melukis gambar rajah berkenaan dan menyifatkan dia tidak bersemangat untuk melakukannya.

Siap lukis model gambar kesan merokok dengan hodoh

Malah dia turut mengatakan gambar rajah itu dilihat begitu hodoh.

“Ini adalah hodoh, tengok ini. Yes, saya dah macam tengok sekali. Imagine abah macam ni, sakit hati kan? Siapa pun tak sakit hati? Jadi saya melukisnya dengan hodoh,” kata pelajar itu.

Selepas menegur dia kemudian tersenyum kerana melihat reaksi si ayah yang ketawa menerima teguran tersebut.

Bukan hanya itu, si ayah turut berpesan agar si anak menjaga dirinya di sekolah dan makan mengikut waktu.

Ini kerana, pelajar itu dipercayai merupakan pelajar asrama di sekolah seni di Johor Bahru.

“Pesanan buat abah katanya, sanggup bawa buku teks Pendidikan Kesihatan semata-mata nak tunjuk dekat abah model orang merokok,” tulis Fizzy Sherani di kapsyen.

Menurut Fizzy Sherani sebelum pertemuan itu, anaknya itu turut membebel pada ayahnya di dalam panggilan telefon.

“Sebelum tu dalam telefon, dia bebel juga. Itu lagi pedih ayatnya. Tapi abahnya masih macam tu juga tu yang siap bawa buku tu.

“Abahnya ketawa je (apabila ditegur anak). Tak ada pun marah ke sentap ke, dia tahu anaknya prihatin (kepada kesihatan abah),” ujar Fizzy Sherani kepada BuzzKini.

@teacherfzsherani Pesanan buat abah katanya.. sanggup bawak buku teks Pendidikan Kesihatan semata2 nak tnjuk kt abah model org merokok 🤭 #therostams #sekolahsenimalaysiajohor #theonlydaughter #quinnayra ♬ original sound – t’cher.FizzySherani 🧕🏻

Ramai terhibur lihat cara anak ceramah ayah untuk berhenti merokok

Melihat di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan gelagat pelajar berkenaan menegur bapanya.

Malah ada juga yang menyifatkan teguran si anak itu kerana dia sayang dan mahu ayah sentiasa berada dalam keadaan baik.

Tidak kurang juga, ada yang mengatakan gelagat pelajar itu menegur ayahnya sama seperti anak mereka.

“Tahniah anak terdidik. Berhenti merokok ya abah. Your daughter needs you”
“Maknanya dia sayangkan abah dia. Dia takut abah dia akan jadi macam tu walaupun ada gurauan”
“Sekali sekala anak bagi ceramah motivasi dekat ayahnya”
“Kelakar wei dia cakap tu ‘i do it ugly'”
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.