Tular Lori Jatuh Gaung Gara-gara Elak Pemandu Wanita Tukar Lorong Mengejut [Video]
Kemalangan melibatkan sebuah lori dan Perodua Viva itu dilaporkan berlaku sekitar jam 2.30 petang pada Sabtu lalu (17 Mei) di Lebuhraya Link Kedua.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Belakangan ini, sering kali kita mendengar berita kemalangan melibatkan kereta atau motosikal yang dirempuh oleh kenderaan berat seperti lori dan treler bukan?
Ada kemalangan yang berlaku disebabkan kecuaian ‘pilot darat’ iaitu pemandu lori itu sendiri dan ada juga kerana masalah teknikal seperti brek gagal berfungsi dan bermacam-macam lagi.
Tidak dinafikan, terdapat individu yang akan terus menyalahi pemandu lori setiap kali berlakunya kemalangan melibatkan kenderaan berat itu, namun hakikatnya tidak semua berpunca daripada mereka.
Tular lori jatuh gaung gara-gara elak kereta
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu rakaman dashcam yang memaparkan detik kemalangan sebuah lori akibat kecuaian pemandu kereta yang menukar lorong secara mengejut tanpa memberi isyarat.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun TikTok @mynewshub, kelihatan lori berkenaan hilang kawalan semasa ingin mengelak daripada merempuh kereta jenis Perodua Viva itu sebelum terjunam ke dalam gaung.
Kemalangan terbabit dikatakan berlaku sekitar jam 2.30 petang pada Sabtu lalu (17 Mei) di Lebuhraya Link Kedua.
Pemandu selamat hanya bahagian hadapan lori yang remuk
Difahamkan, kemalangan itu menyebabkan bahagian hadapan kenderaan berat itu remuk kerana melanggar besi pembahagi jalan sebelum terjatuh ke gaung.
Bagaimanapun, pemandu lori tersebut dilaporkan berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Rakaman saat kejadian yang sohor di media sosial telah meraih pelbagai reaksi di mana rata-rata orang ramai mengecam tindakan pemandu Viva itu.
Ok….kali ni lori tak bersalah…
— MYNEWSHUB (@mynewshub) May 17, 2025
Pemandu Lori Hampir Maut Terjunam ke Gaung Akibat Elak Kereta di Lebuhraya Link Kedua
SENAI 17 Mei – Seorang pemandu lori nyaris maut selepas kenderaan berat yang dipandunya terbabas dan terjunam ke dalam gaung dalam satu kejadian cemas di… pic.twitter.com/7Kch392rI1
Viva dipandu wanita berusia 51 tahun
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulai, ACP Tan Seng Lee berkata, siasatan awal pihaknya mendapati Perodua Viva terbabit dipandu seorang wanita berusia 51 tahun, manakala lori jenis Hino itu pula dipandu lelaki berusia 34 tahun.
Menurutnya, kedua-dua kenderaan yang berada di Lebuhraya Link Kedua itu dari arah yang sama dan sedang menghala ke Lebuhraya Utara Selatan (Plus).
“Kes disiasat mengikut di bawah Peraturan 6(1) LN 166/59. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan tersebut boleh menghubungi pegawai penyiasat kes Sarjan Che Awang Che Ahmed di talian 017-7291436 atau hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai.”
Ketua Polis Daerah Kulai, ACP Tan Seng Lee



