Siap Timbang Beg Plastik, Wanita Kecewa Peniaga Buah Di Festival Makanan Caj Harga Tak Masuk Akal
Difahamkan, wanita berkenaan membeli dua biji buah jambu air, setengah jambu batu dan sedikit nenas daripada festival makanan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Bagi sesetengah individu khususnya si kaki makan, festival makanan merupakan antara tempat yang wajib dikunjungi.
Manakan tidak, disitulah terhimpunnya segala jenis makanan yang unik dan berbeza dari kebiasaan.
Namun sejak akhir-akhir ini, ada sahaja kisah kurang senang mengenai festival makanan terutama harga tidak masuk akal yang dikenakan oleh segelintir peniaga.
Pengguna Beli 3 Jenis Buah, Terkejut Lihat Peniaga Timbang Semua Termasuk Beg Plastik
Itulah yang dialami oleh seorang wanita apabila dia pertama kali menjejakkan kaki ke sebuah festival makanan popular.
Menerusi hantaran yang dikongsikan di Threads @itazzizzati, dia berkongsikan pengalamannya ketika berkunjung ke festival tersebut.
Sewaktu berkunjung ke situ, dia telah membeli buah potong dari seorang peniaga dan harga buah itu dicaj mengikut gram iaitu sekitar RM4.
Apa yang menjadi perhatian adalah dia mendakwa peniaga berkenaan telah menimbang buah termasuklah kuah rojak, kacang dan serbuk cili serta beg plastik yang diberikan kepadanya.
Hanya Ambil 3 Jenis Buah Potong, Harga Keseluruhan Jadi RM35.90
Difahamkan pada ketika itu, dia membeli dua biji buah jambu air, setengah jambu batu dan sedikit nenas.
Malah dia mendakwa, peniaga itu turut memaksanya mengambil serbuk cili yang dijual. Ini menjadikan harga makanan yang dibelinya adalah RM35.90.
“Aku ambil jambu air dua biji, jambu batu half biji and secoet nenas. Sikit je gais, RM35.90
“Kenapa mahal? Dia timbang semua ini sekali termasuk plastik bag! Patutlah peniaga ni paksa aku ambil ambil cili tu.
“Nak cancel tak boleh sebab dia dah cedok. Tulis kat papan, harga buah per gram. End up dia timbang semua benda. Siapa pernah terkena macam aku?” kongsinya.
Perkongsian Untuk Pengajaran, Bukan Untuk Tutup Periuk Nasi Peniaga
Jelas wanita itu dalam hantaran terbaharunya, dia berkongsikan kisah itu hanyalah untuk pengajaran kepada orang ramai dan bukanlah untuk menutup pintu rezeki peniaga.
Malah dia mendakwa, harga yang dipamerkan oleh peniaga berkenaan juga agak mengelirukan.
“Aku share sebab taknak orang lain terkena. Bukan sebab nak tutup periuk nasi peniaga.
“Bagi aku, harga RM35.90 tu terlampau mahal. Harga yang dipamerkan juga agak mengelirukan.
“Sepatutnya tulis sekali kat situ harga per gram termasuk bekas dan sos. Untuk first timer macam aku, aku tak tahu dia akan timbang macam tu.
“Memang terkedu habis masa nak bayar. Nak reject buah dah potong and letak siap-siap dalam plastik. Nak tak nak kena bayarla kan? Serik!” tulisnya.
View on Threads
Rupanya Ramai Pernah Terkena, Beli Buah Potong Tapi Harga Mahal
Perkongsian yang telah mendapat lebih 193,000 tontonan itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, rupanya ramai yang pernah menjadi mangsa peniaga buah timbang ini.
Ada yang mendakwa pernah dicaj lebih RM50 gara-gara membeli buah timbang sebegitu.
Pada masa yang sama, ada yang mahu pihak berkaitan khususnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) mengambil tindakan sepatutnya terhadap peniaga berkenaan.
Ini antara komen menarik pengguna Threads:
“Okay Je Nak Timbang Kuah Dengan Serbuk Asam, Tapi Untuk Berapa Ketul Tu, Takkan La Total RM35.90?”

“Kenapa Tak Report KPDN, Ambil Gambar Banner, Ambil Cara Timbang, Minta Resit Pembelian”

“Mahal, Timbang Sekali Dengan Bekas & Pencicah, Tak Beretika”

“Bukan Tak Nak Support Food Festival, Tapi Harga Dia Kadang-Kadang Kalah Kedai Dalam Mall”

“Hari Tu Abang Depan Saya Ambil Dua Mangkuk Buah, Dia Dah Standby RM50, Sekali Timbang RM60 Lebih”

Baca Artikel Berkaitan: “Macam Pasar Malam Tapi Harga Mahal” – Ramai Persoal Harga Makanan Di Food Festival
Baca Artikel Berkaitan: “Harga Lagi Dajal Dari Kedai Makan” – Pandangan Netizen Terhadap Harga Food Truck
Baca Artikel Berkaitan: Food Festival Buat Jalan Sesak? Doktor Terpaksa Call Ambulans Minta Ambil – “Pesakit Nak Bersalin” [Video]



