fbpx
Now Reading
Parkir Kereta Di Hospital, Wanita Berang Dakwa Ibu Diugut Pengawal Keselamatan Minta RM50 [Video]

Parkir Kereta Di Hospital, Wanita Berang Dakwa Ibu Diugut Pengawal Keselamatan Minta RM50 [Video]

Dakwa wanita berkenaan, insiden peras ugut itu sudah berlaku dua kali dan pengawal keselamatan berkenaan memulangkan RM50 milik ibunya selepas dia mengatakan ingin melaporkan kejadian berkenaan kepada polis.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Umum mengetahui apabila berada di kawasan awam seperti hospital dan sebagainya pasti mempunyai kawasan parkir khas untuk pelawat.

Kawasan parkir pelawat ini kebiasaannya adalah percuma namun jika ia perlu dibayar palang khas akan diletakkan di pintu masuk bagi memudahkan urusan pembayaran.

Bukan hanya itu, untuk keselamatan yang lebih terjamin pengawal juga diletakkan di kawasan berkenaan bagi memudahkan urusan orang awam dan sebagainya.

Wanita dakwa ibu diugut oleh pengawal keselamatan, minta bayar RM50

Namun berbeza dengan pengalaman dialami oleh seorang wanita ini apabila mendakwa ibunya diugut oleh seorang pengawal keselamatan di sebuah hospital di Selangor sewaktu memarkir kereta.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Allyszulkeflee di TikTok, awalnya kelihatan dia sedang mengekori seorang pengawal keselamatan wanita yang didakwa telah meminta wang sebanyak RM50 ketika memarkir kereta di kawasan hospital itu.

Ugut nak clamp kereta

Malah dakwa Allys lagi, pengawal itu turut mengugut ingin mengapit tayar atau roda (clamp) kereta.

Di dalam video juga kedengaran Allys meminta wang yang telah diambil oleh pengawal berkenaan dengan segera.

“Kisah dia mak aku kena semalam, hari ini memang aku pergi cari sebab dah kali kedua minta lagi. Memang senang kau buat duit. Siap pulangkan duit takut aku bawa balai polis atas kesalahan dia, pemerasan dan ugut orang tua aku,” dakwa Allys.

Wanita dakwa insiden dah berlaku dua kali kepada ibu, sudah dihubungi pihak berkenaan berhubung kes

Allys turut memberitahu kepada BuzzKini insiden itu telah berlaku sebanyak dua kali dan terbaharu pada Februari. Jelasnya dia juga telah dihubungi oleh pihak berkenaan berhubung insiden yang berlaku selepas video tular.

“Disember 2 kali, terbaharu Februari. Tiada tindakan daripada pihak atasan dan saya buat keputusan untuk ambil tindakan (berkongsi video) dari saya baru pihak atasan hubungi saya berkaitan hal ini.

“Dan dimaklumkan hal ini bukan kali pertama dan berulang kali (berlaku). Ramai warga emas yang kena dengan pihak pengawal keselamatan di sana,” dakwanya lagi.

Ibu takut nak parkir di dalam kawasan hospital ekoran insiden berlaku

Tambahnya, sewaktu insiden berlaku Allys tidak bersama ibu dan disebabkan ia sudah berlaku untuk kali kedua dia mengambil tindakan untuk mencari pengawal terbabit dan merakam video.

“Dalam masa yang sama waktu itu ada juga individu lain, orang tua juga kena sama (peras ugut) sama seperti ibu saya.

“Masa pemerasan saya tiada di sana, adik saya masuk kerana denggi masa tu. Esok hari mak saya maklum takut dan minta parkir di luar dan barulah mak cerita kejadian yang berlaku.”

Jika clamp kena bayar RM150

Katanya ketika kejadian, ibunya memarkir kenderaan di kawasan kotak parkir awam dan mendakwa pengawal itu memeras akan mengapit tayar dan perlu membayar RM150 jika tidak bayar kepadanya.

“Ya dia peras (peras ugut) mak kalau tak bayar dia akan terus clamp dan perlu bayar RM150. ‘Kalau tak nak bayar bagi saya sekarang RM50’. Jadi orang tua ni dia takut dan panik bab-bab ini,” ujarnya.

Allys turut menjelaskan tindakan diambil bukan untuk mengaibkan sebaliknya ia memberi kesan besar kepada orang ramai khususnya warga emas yang sudah ‘terkena’.

Selain itu dia juga mahu orang ramai lebih berhati-hati dan tidak terkena dengan perkara itu.

@allyszackry_ Alang2 ramai dah kena ni lah muka dia hati hati bila pergi hospital kajang , nama dia MANUSHA , target dia orang tua orang luar. alasan dia adalah parking staf dan untuk claim atau bayar dia duit rm50 kalau tidak clamp kete!! mak aku kene berderau darah..#pdrmmalaysia #hospitalkajang ♬ original sound – allyszulkeflee🕊️

Ramai sifatkan tindakan pengawal tak wajar dan minta buat laporan polis

Melihat di ruangan komen, ada yang mendakwa pengawal keselamatan berkenaan tidak sepatutnya melakukan tindakan itu.

Malah ada yang meminta Allys untuk membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan.

Tidak kurang juga ada yang bertanya adakah ia pengawal sama dikongsikan oleh seorang individu di TikTok juga mengalami situasi sama di kawasan parkir.

Namun menerusi carian kami, tidak dapat dipastikan sama ia individu sama atau tidak tetapi berlaku di hospital sama.

@yes_iman

Kalau korang sanggup bayar atau sanggup clamping? Yee salah tetap salah, tapi kenapa tak clamp?🤔 📍 Hospital Kajang

♬ original sound – Iman Kamil – Iman Kamil

Berikut adalah komen netizen:

“Serve you all right. Memang pengawal hospital K***** memang kurang ajar. Semua nak makan duit, kalau parking salah memang claim duit. Bagi viral”
“Report polis biar tangkap, pengawal keselamatan hospital K***** memang macam ni. Saya pun pernah kena sekali”
“Baru lepas tengok video Iman Kamil tadi. Pengawal yang sama ke ni yang minta tu?”
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.