fbpx
Now Reading
Main Alat Contoh Tali Pinggang Dalam Pesawat, Reaksi Lelaki Ini Buat Ramai Pecah Perut [Video]

Main Alat Contoh Tali Pinggang Dalam Pesawat, Reaksi Lelaki Ini Buat Ramai Pecah Perut [Video]

Menerusi video tersebut kelihatan penumpang berkenaan terkejut serta tidak keruan apabila pramugari melihat gelagatnya bermain dengan alat tali pinggang keselamatan itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Tak dinafikan menaiki pesawat merupakan salah satu perkara yang disukai oleh segelintir individu.

Ini kerana, tidak semua orang mempunyai peluang untuk menaiki pesawat selain ia merupakan salah satu pengalaman yang berbeza dengan menaiki kenderaan lain kerana ia terbang ke udara.

Disebabkan ia terbang ke udara pelbagai perkara khususnya hal mengenai keselamatan perlu dititik beratkan.

Lelaki jadi perhatian ketika main alat contoh tali pinggang keselamatan

Baru-baru ini, seorang lelaki telah berkongsi satu kejadian yang membuatkan dia seperti tersipu malu sewaktu menaiki pesawat.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Shin Ridhwan, awalnya kelihatan dia sedang duduk di kerusi bahagian hujung yang berdekatan dengan tempat laluan.

Di atas meja kerusinya itu, kelihatan terdapat alatan contoh tali pinggang keselamatan yang sering digunakan oleh pramugari apabila ingin memberikan penjelasan mengenai cara untuk memakainya.

Umum mengetahui sebelum kapal terbang berlepas, para pramugari akan memberikan taklimat keselamatan seperti cara memakai tali pinggang, kenali lokasi kecemasan, penggunaan pelampung dan alat oksigen serta banyak lagi.

Kononnya cuba nak tiru gaya taklimat sebelum kantoi dengan pramugari

Dalam video itu, kelihatan Shin telah bertindak mengambil alat tali pinggang keselamatan dan cuba untuk meniru gaya sering dilakukan oleh pramugari setiap kali ingin menunjukkan contoh kepada penumpang.

Namun sewaktu dia sedang bermain dengan tali pinggang terbabit tidak lama kemudian kelihatan pramugari datang dan lalu disebelahnya.

Perkara itu secara tidak langsung membuatkannya sedikit gelabah kerana pramugari itu menyedari tindakannya. Malah dalam video kelihatan wajah Shin seperti terkejut serta tersenyum malu sambil menutup mukanya.

Pramugari turut terhibur lihat gelagat penumpang

Walau bagaimanapun, kelihatan pramugari itu tidak memarahi Shin sebaliknya turut terhibur melihat gelagat penumpangnya apabila dilihat tertawa sambil menutup mulutnya.

“Peluang nak buat konten je ni,” kata Shin sambil tersenyum malu.

@shinplaysgames

Alamak kantoi dengan konduktor bas

♬ original sound – Shin Ridhwan

Dalam beberapa lagi video yang dimuat naik, Shin turut berkongsi momen dia dan rakan sewaktu menaiki bas untuk menuju ke pintu pesawatnya.

Kelihatan Shin seperti seorang yang suka bergurau bersama rakan-rakannya, kerana dia turut memesan kepada seorang kawan lelaki untuk menekan butang loceng apabila mereka sampai ke destinasi.

@shinplaysgames Naik bas pergi Ijok @afiqchii ♬ Huh Sound – Alollin
@shinplaysgames Panjang bas ni. @afiqchii ♬ original sound – Shin Ridhwan

Ramai geli hati lihat gelagat lelaki apabila kantoi main alat tali pinggang dengan pramugari

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terhibur melihat reaksi tidak keruan Shin apabila dia terkantoi dengan pramugari sewaktu bermain dengan alatan tersebut.

Malah ada juga netizen yang bergurau Shin bernasib baik kerana pramugari itu tidak memintanya untuk membuat demo keselamatan sewaktu menaiki pesawat terbabit.

Tidak kurang juga ada yang menonton video itu beberapa kali kerana merasakan ia lucu.

Perkara yang sering diingatkan setiap kali menaiki pesawat

Antara arahan keselamatan yang sering diberikan oleh pramugari setiap kali menaiki kapal terbang adalah:

  • Ikuti taklimat keselamatan menerusi video atau secara fizikal yang diberikan sewaktu di dalam pesawat.
  • Memakai tali pinggang keselamatan sepanjang masa meskipun lampu isyarat sudah dipadamkan.
  • Menyimpan barangan peribadi dengan betul seperti di ruang penyimpanan atas dan bawah tempat duduk.
  • Kenali lokasi pintu kecemasan, malah mereka yang duduk di bahagian pintu kecemasan turut diberi taklimat cara untuk membuka pintu sekiranya berlaku hal tidak diingini.
  • Dilarang menggunakan peranti elektronik ketika berlepas dan mendarat.
  • Ikuti arahan anak kapal kerana mereka sudah dilatih untuk menangani situasi kecemasan.
  • Kekal tenang ketika kecemasan dan ikut arahan anak kapal. Tindakan panik akan membuatkan usaha untuk menyelamat penumpang lain lebih sukar.

Berikut adalah komen netizen:

“Sopannya pramugari tu gelak kalau aku dah guling-guling gelak. Patutlah aku bukan pramugari”
“Nasib baik dia tak suruh kau bangun demo depan penumpang lain bang”
“Sampai merah muka kau bang”
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.